Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Go-Bourze!

"Gobusters - Fourze"

Mengenai Tokusatsu lagi nampaknya, tetapi kali ini adalah movie Gobuster dan Fourze yang dijadualkan ditayangan pada musim panas lalu. Untuk pengetahuan, kedua - dua movie dari setiap francais ini; Super Sentai dan Kamen Rider telah digabungkan dan ditayangkan dalam satu filem. dan secara malasnya juga aku mengabungkan kedua- dua movie ini didalm satu entri

1. Tokumei Sentai Go-Busters the Movie: Protect the Tokyo Enetower!

Penceritaan movie ini adalah sebelum kemunculan Escape (orang suruhan Messiah yang kedua) dan selepas kemunculan Beet Buster dan Stag Buster.


Filem pendek yang berdurasi 35 minit ini (director cut) mengekalkan barisan pelakon dan konsep penceritaan yang sama seperti siri televisionnya. Dimana penceritaan tertumpu kepada Skuad Gobuters dalam menjalankan misi menyelamat yang berpunca daripada tindakaan puak jahat iaitu Enter. Seperti yang dapat dilihat pada tajuk filemnya iaitu "Tokyo Enetower", misi mereka adalah menghalang Enter dalam menggunakan Tokyo Enetower sebagai alat pemancar sumber tenaga Enetron dan kemudianya dihantar ke Hyperspace bersama kawasan sekitar yang membabitkan orang awam iaitu melalui suatu item yang berada dimenara berkenaan.

Bagi memberi daya penarik, movie ini memperkenalkan sebuah Buddyroid yang tidak bertuan iaitu Ene-tan dan sebuah Buster Machine yang baru.

Ene-tan yang di inspirasi dari haiwan katak

Secara keseluruhan movie ini tampak biasa sahaja dan kurang menyerlah. Ini mungkin durasi movie ini yang sangat pendek dan plot cerita yang agak suram.

- Tamat bahagian Gobusters the movie~

2. Kamen Rider Fourze the Movie: Space, Here We Come!



Kini bergerak ke movie kedua iaitu movie dari francais Kamen Rider iaitu Kamen Rider Fouze. Penceritaan movie ini boleh dikatakan adalah selepas kesemua rahsia dalam siri berkenaan telah diketahui oleh setiap ahli Kamen Rider Club iaitu seperti identiti Ryusei sebenar,  rahsia Rabbit Hatch dan kemunculan kesemua 12 Zodiart (Horoskop). Tetapi hanya satu perkara yang disimpan untuk dikaitkan dengan siri television Kamen Rider Fouze iaitu identiti sebenar Sagittarius.

Pada permulaan movie ini ditunjukan ketika pengetua sekolah AGHS berurusan dengan orang Foundation X dan dengan secara tiba - tiba, mereka telah diserang oleh seorang wanita misteri yang bernama Inga Blink. Dimana beliau cuba untuk mencuri kesemua Horoscopes Switches yang sedang mereka berurusan. Disamping kemunculan wanita misteri berkenaan, didapati terdapat sebuah robot; Black Knight membantu beliau dalam menjaya misi mencuri berkenaan.


Seterusnya penceritaan bergerak ke sekolah AGHS dimana ahli Kelab Kamen Rider didatangi oleh seorang wanita yang pelik dari OSTO (Outer Space Technology Organization) iaitu Shizuka Shirayama yang memerlukan bantuan dari mereka. OSTO Legacy menjelaskan bahawa Inga Blink merupakan salah seorang dari Alicia Federation yang mencipta Space Ironman seperti Black Knight dan untuk menewaskan Black Knight, ahli Kamen Rider perlu ke angkasa untuk melumpuhkan Satellite Weapon XVII yang merupakan senjata terkuat mereka bagi mengelak mereka menawan bumi.

Dalam pada menyiapkan diri mereka pergi ke angkasa, mereka diserang lagi oleh Inga dan Black Knight yang bertujuan untuk mengagalkan rancangan memusnahkan Satellite Weapon XVII. Dimana dalam pertarungan berkenaan, Inga menggunakan kesemua switches yang dirampas sebelum itu untuk menewaskan Fourze dan Meteor.



Movie ini juga merupakan penampilan pertama untuk Kamen Rider Wizard, dimana Wizard datang membantu ketika pertempuran sengit antara Zodiart dan Fourze serta Meteor berlaku dan dalam masa bagi membolehkan Gentarou dan Ryusei menaiki Exodus untuk ke ruang angkasa untuk menjalankan misi mereka.

Penceritaan seterusnya sehingga penamat adalah membabitkan misi kelab kamen rider berserta orang OSTO diruang angkasa melawan serangan dari mesin/ komputer Satellite Weapon XVII. Kemudianya ianya membabitkan pendedahan penceritaan yang agak besar iaitu terdapatnya twist plot dan kewujudan watak baru.

Baiklah kini adalah point lain - lain, secara senarai ringkas mengenai movie ini

  • Berdurasi lebih 1 jam, berbeza dengan movie Gobusters.
  • Penceritaan dan plot movie ini adalah lebih menarik berbanding dengan movie pertama Kamen Rider Fourze.
  • Babak pertempuran didalam movie ini adalah lebih baik dimana tumpuan yang diberi pada babak pertarungan yang membabitkan Fourze serta Meteor secara "tanpa henti" adalah begitu mengagumkan. Malah yang lebih menarik, kesemua ahli Kamen Rider Club  terlibat dalam pertarungan mereka di XVII. Ini berbeza seperti didalam siri television mereka  dimana mereka semua lebih menjadi kayu atau tukang sorak sahaja.
  • Secara kreatifnya para penulis membabitkan kesemua watak -watak tambahan yang pernah muncul dalam siri television Kamen Rider Fourze untuk terlibat dalam final-epic-sobbing-scene. Iaitu untuk "melahirkan" switch baru dan seterusnya memperkenalkan state baru; Meteour Fusion State


Sebelum terlupa, Secara janggalnya apabila menoton movie ini dimana melihat akan usaha Gentraou yang ingin bersahabat dengan mesin. Seperti yang disediamaklum sebelum ini, perwatakkan Gentarou memang suka berkawan tetapi tidak menjangka tahapnya sebegini rupa.

Baiklah itu sahaja review aku untuk kedua - dua movie ini, mungkin tampak ringkas kerana aku sekadar menulis pengenalan dan menghurai serba sedikit jalan ceritanya. Untuk pengetahuan, movie ini adalah movie suku penamat bagi kemunculan gobusters kerana movie seterusnya adalah pertempuran mereka dengan Gokaiger. Dan bagi fouze pula, movie ini mungkin suku terakhir juga bagi kemunculan mereka, sebelum watak fourze/meteor yang akan dijadualkan akan muncul dalam Kamen Rider × Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie War Ultimatum.

Ada lagi, kedua - kedua francais iaitu super sentai dan kamen rider akan bergabung sekali lagi dalam movie Super Hero Taisen Z, tetapi kali ini ditemani Polis Angkasa, Gavan, jadi nantikan.

- Sekian

Sunday, November 11, 2012

Taisen

taisen = war/perang



Setalah sekian lama menunggu keluaran movie crossover ini, dimana aku menunggu movie "peperangan" antara kesemua Super Sentai & Kamen Rider ini dari ianya mula dijadualkan tayangan dipawagan seterusnya pengeluaran dvd, dan akhirnya kini sudah diagihkan sarikatanya oleh para fan-subs.

Untuk pengetahuan movie ini melibatkan kemunculan semula kesemua watak - watak dari siri Gokaiger, Go-busters, Kamen Rider Decade, OOO, dan Fourze yang mengalas sebagai watak tumpuan utama untuk movie ini dan tidak dilupakan kepada KESEMUA para Super Sentai dan Kamen Rider dari siri lalu yang muncul sebagai watak sampingan.

Baiklah bagi permulaan movie ini; ianya tidak teragak - agak terus menunjukkan dimana Gokai Red / Captain Marvelous bertempur dengan Legendary Seven Rider  iaitu tujuh Kamen Rider yang paling terawal  (Kamen Rider 1, 2, V3, Riderman, X, Amazon, dan Stronger) dan kemudiannya diikuti dengan kemunculan Kamen Rider Decade.



Bagi menyelitkan keluaran terbaru francais masing - masing didalam movie crossover ini, Gobusters dan Fourze diberi babak pendek mereka dimana untuk menerangkan serba sedikit mengenai jalan cerita movie  ini. Manakala antara perkara penting mengenai movie ini yang membuatkan para penonton agak keliru daripada permulaan movie lagi ialah apabila watak Kamen Rider Decade berkerjasama dengan puak villan (Dai-Shocker) bagi menghapuskan kesemua Super Sentai, dan manakala Gokai Red pula berkerjasama dengan puak villan (Dai-Zangyack) juga untuk turut menumpaskan kesemua generasi Kamen Rider.

 

Akan tetapi "kerjasama" Captain Marvelous tersebut tidak diketahui oleh rakan - rakan lanun Gokaiger yang lain iaitu dalam menumpaskan kesemua Kamen Rider dan ini membuatkan mereka sangsi dan keliru akan tindakan wajar yang patut dilakukan. Boleh dikatakan dari pemulaan sehingga menuju klimaks, jalan cerita agak mendatar-menjunam. Dimana kebanyakkan pergerakkan jalan cerita iaitu di pertengahan plot penceritaan adalah dibawa oleh watak Joe, Hakase (Gokaiger), Kaito (Decade) dan Hina (OOO).

Bagi klimaks movie ini sudah tentu apabila kesemua generai Kamen Rider dan Super Sentai bergabung ditengah padang apabila "misi rahsia" mereka sudah berjaya. Dalam pada itu juga, dapat dilihat dimana para wira Super Sentai dan Kamen Rider berkerjasama dalam menumpaskan puak jahat.



Antara babak yang tidak boleh dilupakan dalam pertarungan epic tersebut adalah bila para Gokaiger bertukar kepada OOO forms dengan menggunakan Os Ranger Key, GOKAI CHANGE!!!



dan dalam pada itu juga; Kamen Rider Blade, Ryuki, Decade mengunakan Gosei-Cards untuk mengaktifkan mode pelindung dalam menewaskan puak jahat;



Kemudiannya, secara tiba - tiba pertukaran plot penceritaan berlaku dimana watak Kaito (Kamen Rider Diend) cuba melaksanakan hasrat puak jahat juga dan peristiwa tersebut dibawa sehingga penamat cerita. Tetapi dalam menuju ke penamat cerita, agak ralat bagi aku, iaitu dari permulaan sehingga klimaks cerita; jalan cerita dibawa oleh watak - watak dari Gokaiger dan Decade, tetapi apabila sampai kepenyudah; Fourze dan Gobusters mengambil alih pertarungan terbesar/akhir.

Baiklah secara keselurahan jalan cerita amat menarik tetapi cara penyampaian agak lemah  Apa yang lemah dimana jalan cerita begitu tertumpu apabila para wira hensin/gokai change (bertukar) kepada rupa wira berbanding ketika di mode manusia biasa. Seterusnya kurangnya penjelasan yang jelas akan apa yang sebenarnya berlaku sebelum konflik permusnahan antara Super Sentai dan Kamen Rider tercetus. Malah agak malang bagi Kamen Rider Meteor (Ryusei) kerana tidak mendapat airtime yang banyak dalam movie crossover ini.

Sebelum terlupa movie crossover ini juga berjaya menduduki di #1 carta box-office movie japan pada minggu pertama ia ditayangkan. Dimaklumkan juga dimana movie ini berjaya mencatat rekod iaitu dalam mengumpulkan jumlah adiwira yang banyak dalam satu movie (banyak stuntman/suit-actor terlibat).

- Sekian

Saturday, July 21, 2012

Riders

Jika entri pada sebelum ini banyak menumpukan mengenai jdrama sahaja tetapi pada kali ini, entri berbalik kepada adiwira jepun iaitu Kamen Rider Fourze pula, dimana aku baru berkesempatan menonton movie terbaru mereka yang berjudul; Kamen Rider x Kamen Rider Fourze & OOO: Movie War Mega Max.


Dimana seperti movie - movie Kamen Rider yang lalu, movie ini juga menampilkan beberapa Kamen Rider yang terdahulu untuk menarik minat kipas-susah-mati dan para penonton. Seperti yang dapat kalian lihat pada judul movie ini, Kamen Rider yang dibariskan ialah; Kamen Rider; Fourze, OOO, W dan kemunculan istimewa; Legendary Seven Rider iaitu tujuh Kamen Rider yang paling terawal  (Kamen Rider 1, 2, V3, Riderman, X, Amazon, dan Stronger). Malah khas untuk movie ini diperkenalkan 3 Kamen Rider baru. Dan untuk mengetahui siapakah dan apakah peranan mereka, terusan membaca.

Bagi kisah plot untuk movie Kamen Rider Fouze pertama ini; ianya dipecahkan kepada beberapa kisah penceritaan yang bebeza iaitu setiap jalan cerita diwakilkan kepada setiap Kamen Rider. Dimana untuk permulaan jalan cerita, ianya diperceritakan setiap kisah tersebut secara berperingkat tetapi dalam masa yang sama, ia masih memegang kepada jalan cerita pokok dan dibawa sehingga ke penamat cerita. Baiklah mari lihat pecahan permulaan jalan cerita :-

Dimana pada permulaan cerita dipecahkan kepada 3½ kisah
  • Permulaan, Legendary Seven Rider bertarung dengan orang - orang Foundation X dan dalam pada masa yang sama munculnya Kamen Rider dari masa hadapan; Kamen Rider Poseidon
  • Seterusnya Kamen Rider OOO bertarung pula dengan Kamen Rider Poseidon dan serba sedikit mengetahui akan Kamen Rider masa hadapan tersebut.



  • Lalu muncul pula Kamen Rider Aqua dalam membantu Kamen Rider OOO menumpaskan Kamen Rider Poseidon.
  • Kemudian Kamen Rider W cuba memberhentikan para penyelidik Foundation X dan selepas itu, W mendapati hasil kajian Foundation X telah "melarikan" diri. Dalam pada itu juga, ia memaparkan akan musibah yang menimpa pada Legendary Seven Rider.
  • Selepas itu, ia memaparkan slot Kamen Rider Fourze pula, dimana latarbelakang memaparkan Gentarou dan rakan - rakan sedang menjalankan aktiviti festival sekolah mereka dan secara tetiba - tiba muncul seorang gadis dari langit. Dalam pada itu ia menunjukkan watak Gentarou telah tertambat hati dengan gadis tersebut. 



  • Selang beberapa ketika Gentarou dan rakan - rakan telah diserang dan kemudian munculah Kamen Rider Wanita yang khusus unutk movie ini sahaja dan tidak muncul didalam siri fourze; Kamen Rider Nadeshiko. Dimana kamen rider tersebut meniru hampir segala yang dilakukan oleh Kamen Rider Fourze. Kisah Gentarou dan cinta pertamanya berlarutan sehingga penamat cerita.

Itulah kisah "permulaan" cerita bagi movie ini dan seperti yang dapat anda lihat ianya plot permulaan amat panjang lebar sekali sehinggakan plot pertengahan dan penghujung movie ini telah disingkatkan. Akibat plot yang sedemikian aku merasakan tidak perlu menulis ringkasaan penamat untuk movie ini. 

Dan semasa mengamati jalan cerita sehingga ke penghujung, didapati kelibat Kamen Rider W seperti hilang secara mengejut iaitu bila tiba disuku akhir cerita, ini bermungkinan untuk menumpukan hanya dua Kamen Rider utama sahaja di pertarungan akhir dan sejajar dengan tajuk movie ini yang tidak menyebut langsung tentang Kamen Rider W.

Secara keseluruhan, movie ini agak meleret penceritaanya terutama pada bahagian Kamen Rider OOO dan yang lainnya agak sekadar baik sahaja dan bagi aku tarikan utama movie ini sudah tentunya Kamen Rider Nadeshiko & Legendary Seven Rider

Sebelum terlupa, movie yang berikutnya ialah summer movie special, iaitu dibintangi  oleh watak Kamen Rider Fourze sahaja dan tidak didatangi watak Kamen Rider yang lain. Jadi nantikan DVD keluaran movie summer ini iaitu berkemungkinan dipasarkan selepas musim panas kelak atau mungkin musim sejuk nanti. Jadi itu sahaja dari aku.

- Sekian.

Wednesday, May 16, 2012

tentera robot

Bosan dengan posting wira - wira bertopeng sahaja kebelakangan ini? baiklah kali ini aku ingin bercerita mengenai wira berwarna biru yang datang dari masa depan pula. Bagi aku wira jugalah kot, kalau diambil kira dari terbitan filem panjangnya, kalau manga ataupun siri televison pula mungkin biasa - biasa sahaja. Baiklah kita mulakan.

Baiklah wira biru yang aku maksudkan itu adalah Doraemon dan sedia maklum setiap tahun akan ditayangkan movie terbaru doraemon tetapi "malangnya" bagi tahun 2011, ianya menayangkan movie remake (bikin semula), dimana ianya berdasarkan movie doraemon yang terdahulu dan judul filemnya ialah; Doraemon: Nobita and the Steel Troops [Tentera Robot] (1986). Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah movie pertama yang dibikin semula, dimana sebelum ini juga ada ditayangan movie lama yang dibikin semula seperti movie Doraemon: Nobita's New Great Adventure into the Underworld – The Seven Magic Users dimana ianya ditayangkan pada 2007.

Baiklah kali ini aku bukan nak review mengenai anime drawing-style atau lebih - lebih jalan ceritanya, cuma kali ini aku sahaja nak membuat berbezaan movie yang lama dengan yang baru. Kerana setiap movie yang diremake semestinya ada penambahbaikkan samada dari segi plot jalan cerita mahupun watak. Kalau tiada sia - sianya sahaja.

Baiklah, perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam permulaan movie remake ini dimana ianya menceritakan akan sejarah pembuatan robot pertama diplanet tentera robot. Lalu tempoh masa penceritaan dikehadapankan dengan menunjukkan Tentera Mega Tobias mengisytiharkan misi penaklukan planet bumi untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba. Dan bagi memastikan rancangan itu berjalan lancar, android mirip manusia  Li LuLu ditugaskan untuk menjadi perisik untuk menyelidik latarbelakang sasaran mereka sebelum menghantar askar mereka bagi menjalankan proses penaklukan. Ini Agak perbeza dengan permulaan movie tahun 1876 yang tertumpu pada watak Nobita yang meninginkan robot bersaiz bangunan. Seterusnya plot/ jalan cerita bagi movie remake ini adalah mirip movie lama dimana watak Nobita terjumpa sebijik "Bola" dikutub utara dan membawanya pulang malah tidak dilupakan sebahagian bahagian robot. 

Perbezaan seterusnya boleh dikatakan mengubah sedikit pergerakkan jalan ceritnya berbanding dengan yang asal. Dimana diwujudkan watak baru dan pengenalan akan watak ini bermula apabila watak android yang dihantar kebumi; Li Lulu mencari rakannya iaitu Juuto yang telah "diculik" oleh Nobita dimana  ketika itu Li LuLu mencari Juuto ketika berada dikutub utara. Mungkin kalian pembaca tertanya siapakah Juuto?



Inilah Juuto yang dicari oleh Li Lulu dimana ianya berperanan sebagai "pengerak" Zanta Cluas dan tanpanya Li Lulu tidak boleh meneruskan misi menakluki bumi. Untuk pengetahuan kalian, Juuto adalah bola bulat yang menyerupai bola bowling (kalau diingat kembali dalam movie asal tahun 1986,) dan khas untuk movie remake ini ianya telah diubah kepada haiwan "comel" melalui alat doraemon dan wataknya dikekalkan sehingga penamat. Kalau dibanding dengan movie asal, peranan bola bowling ini hanya sekejap sahaja dimana hanya memaklumkan akan rancangan tentera robot yang akan datang menakluki bumi dan kemudiannya, bagi membuatkan bola bowling itu memihak kepada puak bumi, doraemon telah melakukan pengubahsuaian. Aku rasa itulah rutin movie remake Doraemon pada masa akan datang, dimana akan ditambah dengan sebentuk haiwan comel.

aku senaraikan perbezaan seterusnya secara ringkas dan padat  :-
  • Movie doreamon kali ini (2011) didengari banyak lagu latar menghiasi jalan cerita dan boleh dikatakan jumlah lagu yang diputarkan adalah begitu banyak sekali.
  • Jika di amati balik; kita dapat lihat bahawa watak Juuto lebih mendapat "spotlight" berbanding Li Lulu dimana ini sangat berbeza dengan movie asalnya dan juga watak Li Lulu hanya menjadi kawan baik Sizuka manakala Juuto menjadi kawan baik nobita (jadi boleh fikir, siapa yang kerap muncul dalam setiap babak) 
  • Alangkah ruginya movie ini kerana tidak memperbanyakkan kemunculan semula robot mainan milik Sunoe yang "diberi nyawa" oleh doreamon seperti dalam movie asal kerana perwatakkannya yang sangat lucu bagi aku. Untuk pengetahuan robot mainan sunoe hanya muncul pada permulaan movie sebagai robot mainan yang bosan.

Baiklah itu sahaja berbezaan yang boleh aku nilai dan huraikan, yang lain pergi tengok sendiri kerana dari pertengahan cerita hingga penamat; jalan ceritanya masih mirip dengan movie asal dan yang hanya berubah  adalah watak yang berperanan dalam sesuatu babak (Juuto).

Jadi itu sahaja carutan untuk kali ini cuma diharapakaan pihak produksi doreamon yang baru ini agar janganlah membikin semula movie Negara Awan; kerana movie itu sudah cukup sempurna jalan ceritanya. Tetapi apakan daya kalau nak untung dan masuk carta box office kenalah bikin juga. owh ya sebelum terlupa movie doremon untuk tahun 2012 juga ada diterbitkan iaitu diberi judul; Doraemon: Nobita and the Island of Miracles—Animal Adventure dan berjaya berada ditangga #1 di carta box office mereka disana (jepun).

-  Sekian

Saturday, March 31, 2012

Ghostship + Gavan

Disangkaan penantian akan berlaku dalam tempoh yagg lama tetapi segalanya berubah dan kini aku pun sudah berjaya menonton 2 movie Gokaiger sekaligus iaitu : The Flying Ghost Ship & Gokaiger vs. Gavan. Baiklah aku akan merge-kan sekali dua movie ini dalam 1 entri kerana banyak sangat posting mengenai gokaiger sahaja.

PERTAMA:-



Apa yang agak terkejut sekali mengenai movie ini, dimana durasi movienya yang hanya 31 minit 00 saat. Jika diikutkan durasi movie biasa selalunya akan berdurasi lebih kurang 1 jam lebih dan kemudiannya aku terus labelkan movie ini sebagai movie pendek yang yang memang pendek. Baiklah berbalik mengenai jalan cerita movie ini, dimana movie berkisar sebelum kematian komander muda Warz Gill; agak rindu telatah komander sengal ini.

Jalan cerita berkisar seperti di tajuk movie ini iaitu "Ghostship" dimana pada mulanya Kapal Hantu Lanun dijumpai oleh Gai iaitu Gokai Silver. Kemudian Captain Marvelous dan rakan - rakan lanun lain menyedari akan tentang kewujudan kapal hantu tersebut dan seterusnya mengkaji akan latar belakang kapal tersebut. Dalam pada kajian tersebut mereka mengetahui akan satu harta yang terdapat didalam kapal tersebut iaitu diberi nama "The God Eye" dan tanpa membuang masa para lanun gokaiger berazam untuk mendapatkan harta tersebut kerana dikhabarkan harta tersebut boleh menunaikan hajat mereka iaitu mempercepatkan penemuan kuasa yang mereka cari selama ini.

Secara keseluruhan jalan cerita movie ini boleh sahaja diselitkan didalam siri television gokaiger dan dalam pada itu khas untuk movie ini, dapat dilihat semula puak-kuli jahat yang berabad lalu bergabung menetang gokaiger. Malah dapat dilihat juga pertarungan Lanun Vs. Lanun.



Baiklah itu sahaja mengenai movie pertama, kita bergerak ke movie seterusnya

KEDUA:-


Siapa ingat lagi akan wira polis angkasa Gaban?? sudah tentu ramai yang ingat, tetapi tahukah anda? selama ini kita telah disesatkan dengan nama Gaban. Dimana nama sebenarnya ialah Gavan. Baiklah usah risau akan hal itu, ini kerana ianya sering berlaku apabila animasi/siri jepun masuk di siaran kaca tv malaysia, hmm apa sahaja yang tak berubah namanya.

Baiklah berhenti mencarut panjang tentang hal tidak sepatutnya, aku ingin mencerita mengenai movie gokaiger yang ketiga dipasarkan ini. Pada permulaan cerita ini Puak Gokaiger telah diserang tanpa diketahui sebab oleh wira polis angkasa; Gavan. Setelah Gokai Galleon (kapal gokaiger) tumbang dimusnahkan Gavan lalu Gavan serta merta ingin menahan puak lanun Gokaiger atas sebab kesalahan lanun angkasa.



Agak hairan jugak 30 tahun berlalu, Gavan masih tidak pecen lagi #keskeskes. Ok kita teruskan; akibat perangai lanun yang tidak akan menyerah kalah lalu berlakulah bertempuran antara polis Angkasa; Gavan dengan Lanun Angkasa; Gokaiger. Akan tetapi, malangnya puak lanun tewas dan telah dipenjarakan sebelum dihukum bunuh. Mujur watak Gai yang tidak ada pada waktu itu kemudiannya menyelematkan mereka. Sebelum itu Gavan sendiri mengetahui dirinya sudah ditipu oleh jeneral yang mengarahkan untuk menangkap puak lanun gokaiger adalah merupakan puak jahat.

Sebelum pada itu ketua lanun angkasa gokaiger: Captain Marvelous teringat akan kisah lama beliau sewaktu zaman kanak- kanak dimana beliau telah diselamatkan oleh salah seorang polis angkasa dan secara gerak hati menganggap Gavan adalah polis angkasa itu.



Baiklah itu sahaja nampaknya aku mengspoiler-kan diri kalian pembaca sekalian. 

Tarikan movie ini juga boleh dikatakan tentang kehadiran pelakon senior super sentai dan francais superhero toei yang lain iaitu pelakon Kenji Oba yang melakon 3 watak berlainan iaitu Retsu Ichijouji (Gavan), Shiro Akebono (Battle Kenya), Daigoro Oume (Denzi Blue). Dimana kesemua watak tersebut adalah watak yang dibawanya sebelum ini. Tidak dilupakan juga akan kemunculan semula antagonis Go-ongers yang dipenjarakan di Maaku Space. Dan bagi memperkenalkan super sentai yang seterusnya, Tokumei Sentai Go-Busters membuat first debut didalam movie ini iaitu ketika babak untuk mematahkan hasrat Basco yang ingin cuba merampas Ranger Keys sewaktu gokaiger pergi meyelamatkan Gavan.



Ternyata "pakaian" Go-buster seperti pakaian hendak masuk pejabat. Hmm sebelum aku terlupa boleh dikatakan akhirnya hasrat peminat gokaiger untuk melihat kesemua wira lanun gokaiger untuk bertukar kepada satu warna ini boleh dikatakan ditunaikan kerana sepanjang 34 siri super sentai, warna ini hanya dipegang oleh super sentai perempuan sahaja, jadi mari lihat.

GOKAI CHANGE!!!!

[-/+] Lihat Disini

Itu sahajalah mengenai movie gokaiger yang ke-2 dan ke-3, kini hanya menantikan kemunculan movie crossover Gokaiger vs Kamen Rider: Super Hero Taisen yang akan ditayangkan dijepun tidak lama lagi dan buat masa ini tamat sudahlah kisah gokaiger dan aku mungkin kena beralih ke Go-buster.

- Sekian

Tuesday, February 7, 2012

Arrietty

Siapa yang tidak menantikan filem animasi dari studio ghibli, kan? dimana studio ini banyak menghasilkan filem animasi yang menarik dan antara yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman ialah "Spirited Away".


The Secret World of Arrietty

Filem ini telah ditayangan di jepun pada tahun 2010 lagi dan berjaya mengumpul 126 juta dengan bajet filem hanya 23 juta sahaja. Ini adalah rendah kutipannya berbanding filem "Ponyo" (2008) yang berjaya mengutip 201 juta. Baiklah kali ini aku berkesempatan menonton filem animasi studio Ghibli yang terbaru iaitu "The Secret World of Arrietty" dimana filem ini menceritakan kisah Arrietty dan penghidupan orang keci, peminjam muda yang tinggal di bawah lantai rumah "manusia normal". Sebelum terlupa, untuk makluman; filem ini merupakan adaptasi dari novel "The Borrowers" yang ditulis oleh Mary Norton.


Arrietty teruja untuk "meminjam" kali pertama

Pada permulaan filem ini, ia membawa penonton untuk mendekati dunia kecil Arrietty yang tinggal bersama keluarganya dan bagi untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya, mereka perlu "meminjam" (istilah baik sikit dari mencuri) dari kaum manusia dan operasi meminjam selalunya dilakukan pada waktu malam apabila manusia sudah nyeyak tidur. Akan tetapi kewujudkan kaum kecil ini perlu dirahsiakan dari manusia agar keselematan mereka terjamin. Untuk pengetahuan, proses meminjam hanya ditunjukkan sekali sahja dalam filem ini iaitu pada permulaan dan seterusnya tertumpu kepada kisah Arrietty sendiri dan kisah Sho yang menghidapi masalah penyakit jantung sejak dari kecil lagi.

Disini aku tidak perlulah menulis dengan lebih panjang kerana pengenalan yang aku berikan itu telah menrangkumi 80% jalan ceritanya dan seperti dalam filem animasi studio Ghibili yang lain sebelum ini, aspek - aspek pemandangan, persekitaran kehidupan watak, & kesedapan makaan telah memanjang cerita ini. Bagi aku filem ini merupakan filem yang lemah dari studio Ghibli kerana aku mengharapakan kisah cerita yang lebih menarik. Ini kerana kisah mengenai orang "kecil" ini sudah terlalu banyak dan kebanyakkannya  hampir sama dari segi jalan ceritanya ceritanya. Walau-apa-pun, Studio Ghibli berjaya membikin filem edisi orang "kecil" nya sendiri, syabas disitu.

Sebelum mengakhiri, filem ini masih belum memasuki pasaran Amerika lagi kerana filem ini akan diedarkan oleh Walt Disney dan dijadualkan akan ditayangkan pada 17 Feb 2012.

- Sekian.

Wednesday, November 16, 2011

199 Hero Battle

Akhirnya penantian untuk menonton filem ini berakhir selepas dvd filem ini telah pun dipasarkan dan filem yang dimaksud itu ialah : Gokaiger & Goseiger: Super Sentai 199 Hero Grand Battle. Penantian agak lama juga sebenarnya kerana tayangan filem super sentai ini dijadualkan dalam bulan lima dan terpaksa dilewatkan sehingga bulan enam 2011 akibat bencana alam yang berlaku dijepun dan kemudiannya dipasarkan dalam bentuk dvd sekitar bulan sebelas 2011 dan kini barulah boleh menonton.


Baiklah berbalik mengenai filem ini, bagi aku filem ini jalan ceritanya kurang diisi/ menceritakan matlamat paling utama dikalangan puak jahat mahupun dipuak baik. Berkemungkinan perihal utama filem ini adalah ingin menunjukkan mengenai "LIHAT EPIKNYA /RAMAINYA AHLI KELUARGA SUPER SENTAI".

Setelah memahami akan jalan ceritanya ternyata filem ini amat berhubung kait akan kisah permulaan siri super sentai yang "terbaru"; Kaizoku Sentai Gokaiger dan ianya berlaku sebelum kemunculan Gokai Silver. Dimana permulaan filem menceritakan bagaimana wira - wira super sentai terdahulu; yang terdiri daripada super sentai Goranger sehinggalah Goseiger berganding bahu dalam menumpaskan puak jahat Zangyack dan sehinggalah mereka semua kelihangan kuasa pertukaran dalam usaha melindungi bumi. Perkara ini telah memaksa AkaRed / Red Pirate menjalankan misi mencari semula kuasa tersebut di ruang angkasa atau lebih tepat diplanet - planet yang lain dan kemudianya bermulalah kisah Gokaiger.


Dalam pada masa yang sama filem ini membaris pelakon - pelakon asal Goseiger bagi digandingkan dengan para pelakon super sentai semasa Gokaiger. Kisah filem ini mula bergerak apabila wira - wira Goseiger ingin mengambil/merampas semula kuasa mereka dari tangan wira lanun angkasa Gokaiger iaitu bagi menumpaskan puak jahat. Akibat daripada tindakan wira - wira Goseiger merampas Ranger Keys itu, ianya telah mendatangkan kemarahan di kalangan wira Gokeiger kerana beranggapan wira Goseiger telah mencuri harta mereka dan sejurus itu berlakulah bertempuran sesama puak baik terlebih dahulu.


Khusus untuk filem ini, wujudnya "orang" jahat yang agak "baru" iaitu dalam membantu Space Empire Zangyack untuk menewaskan kesemua kuasa super sentai dan orang jahat yang dimaksudkan itu adalah Black Cross King. Kisah berlaku ketika Black Cross King datang sendiri secara sukarela lalu menawarkan kuasa jahatkan untuk membantu puak Zangyack dalam menghapuskan super - super sentai.



Semasa pentempuran dengan Black Cross King, wira - wira Goseiger dan Gokaiger telah dipisahkan dari sesama pasukan mereka dan ini telah membuatkan mereka belajar untuk mengenali sesama mereka. Lalu sejurus itu wira Goseiger dan Gokaiger telah berjaya bergabung tenaga dalam menumpaskan ketiga - tiga orang kanan Black Cross King.

Seperti aku katakan diatas, filem ini tiada matlamat atau cerita pokok dan ini membuatkan pergerakkan jalan cerita seterusnya tidak perlu aku memceritakannya.

Apa yang diperkatakan "199 Hero Battle" seperti tajuk posting diatas adalah jumlah keseluruhan wira super sentai bertarung sesama mereka dalam masa yang sama selepas Black Cross King merampas kesemua kunci kuasa super sentai dan menyeru kesemua 197 wira - wira super sentai terdahulu untuk menumpaskan Goseiger & Gokaiger



Akibat pertempuran epik sesama super sentai, mari kita lihat sedikit babak pertempuran sama-warna diantara mereka

Merah lawan merah
Biru lawan biru

[-/+] Lihat Selebihnya


Hijau+hitam lawan hijau+hitam (jadah lawan sebegitu rupa)
Kuning lawan Kuning
Merah Jambu lawan merah jambu

Tidak cukup pertarungan epik menggunakan senapang, parang, kapak dan tukul, pertarungan seterusnya dibawa kepada pertarungan menggunakan robot pula. Secara bertuahnya muncul semula robot - robot dari super sentai yang lepas dan mujur tidak berlaku pengabungan diantara kesemua robot dan jika ini berlaku ternyata nampak rumit terhadap mecha/robot berkenaan.



Seperti didalam siri super sentai Gokaiger, filem ini juga membariskan pelakon - pelakon asal super sentai terdahulu seperti pelakon asal super sentai Denziman, Dairangers, J.A.K.Q. Dengekitai, Shinkenger, Boukenger dan sebagainya. Kemunculan mereka hanyalah dalam side-story sahaja dimana tidak ada kena mengena dengan jalan cerita utama dan mungkin bagi aku, pihak produksi ingin memberi tribute kepada pelakon -pelakon asal/lama super sentai didalam filem ini.

dan komen lain pula
  1. Barisan pelakon Goseiger nampak "tidak sihat" berbanding Gokeiger (aku tak pernah tengok Goseiger)
  2. Dalam filem ini juga, team post-procduction terpaksa menggunakan semula babak - babak pertempuran/ serangan dari super sentai yang lama (tampak kuno) jadi ini membuatkan aku agak kurang faham pada mulanya kerana diingatkan segment imbas kembali. Mungkin super sentai perlu ada muzium menyimpan semua khazanah mereka.
Baiklah bagi movie Gokaiger yang seterusnya ini terdapat 2 filem khas yang bakal menyusul iaitu Kaizoku Sentai Gokaiger the Movie: The Flying Ghost Ship. Dimana movei kedua ini sudah ditayangkan dipawagan jepun pada bulan lapan lepas dan tunggu kemunculan DVD sahaja dan filem ketiga yang seterusnya bernama; Kaizoku Sentai Gokaiger vs. Space Sheriff Gavan dimana movie ini khusus untuk meraikan hari "tua" gaban dan dijadualkan ditayangkan dipawagam jepun pada hujung tahun 2011 (tahun depan juga baru boleh tengok).

Saturday, July 2, 2011

Transformers 3

Minggu pertama ditayangkan sudah pergi menonton



Seperti semua sediamaklum, movie sequel ketiga ini: Transformers: Dark of the Moon, tidak didatangi oleh bintang panas Megan Fox, itu merupakan satu kekecewaan bagi pengemar/ pengikut movie ini. Mari terus kepada senarai komen, seperti biasa edisi padat, tak perlu tulis panjang -panjang
  1. Visual Effects = seperti biasa menarik/kagum mata melihat.
  2. Jalan Cerita = sangat kurang menarik dimana plot mendatar pada pertengahan cerita malah durasi filem sangatlah panjang dan itu bikin aku mula bosan. "Robot ular" mematahkan bangunan tumpuan utama cerita ini.
  3. Wirawati Baru = dilakonkan oleh Rosie Huntington-Whiteley, merupakan model Victoria's Secret, dimana meraka - mereka ini mempunyai muka satu acuan. Fungsi watak hanya untuk diselamatkan dan lakonannya sama seperti robot transformers juga.
  4. Wira Lama = watak Sam Witwicky semakin menjengkelkan, kurangkan bercakap penuh bersemangat dengan kelajuan yang tinggi.
dan ini tiada kaitan dengan filem, bagi para ibubapa janganlah sesekali membawa masuk bayi ke dalam pawagam, bunyi bising membuat bayi menangis -> mood penonton terganggu - > dikhuatiri keluar perangai from hell nanti.

Sebelum mengakhiri, marilah kita sama - sama menghayati metacritic score bagi filem ini iaitu berjaya memperolehi 40/100

- Sekian