Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Friday, February 8, 2013

SAO

Bertemu lagi kita buat kali pertamanya ditahun 2013 ini. Tanpa membuang masa mari aku kongsikan review aku mengenai siri anime yang aku baru sahaja selesai menonton.

*Review ini dibuat secara 100% keatas versi anime SOA sahaja dan sekaligus tidak dipengaruhi oleh penceritaan di siri manga-nya.


Title: ソードアート・オンライン
Title (romaji): Sword Art Online
Genre: Action, Adventure, Fantasy, Game, Romance, Shounen
Episodes: 25

Berlatarbelakangkan pada tahun sekitar 2022, dimana bumi ketika itu masih lagi tidak mempunyai kereta terbang tetapi teknologi dalam bidang permainan video sudah pun berkembang pesat. Dimana pengembaraan didalam siri anime ini adalah berlaku dalam versi Virtual Reality (VRMMORPG) dimana versi permainan virtual ini masih lagi tidak wujud pada ketika ini. Untuk pengetahuan kalian lagi; bagi memasuki dunia virtual realiti permainan ini, pemain perlu memasang topi keledar khas dan menyambungkannya kepada talian internet.

Siri ini diterajui oleh seorang remaja lelaki sekolah tinggi iaitu Kirito (IGN) yang merupakan salah seorang be-ta player SOA dan didunia realiti pula, beliau merupakan seorang yang celik IT.

Plot penceritaan pada permulaan episode siri anime ini agak curam menuju kebahagian kemuncak iaitu pada episode berkenaan telah diceritakan mengenai masalah rumit yang bakal dihadapi oleh kesemua pemain Sword Art Online; dimana mereka tidak boleh log keluar daripada permainan terbabit. Disamping itu, mereka juga telah dikejutkan lagi dengan maklumkan dari pembangun/Game Master permainan ini iaitu; sekiranya avatar-ingame mereka mati (HP == 0) maka diri mereka didunia realiti juga turut akan mati. Maklum lain juga mengatakan bahawa mereka tidak boleh menanggalkan topi keledar Nerve Gear kerana apabila ianya ditanggalkan ianya akan menghantar signal seperti mircrowave yang akan memusnahkan otak.

Tetapi sekiranya mereka ingin "keluar" dari permainan terbabit, Game Master menyediakan "Event" besar - besaran, dimana sebahagian kumpulan atau kesemua pemain perlu menyudahkan permainan berkenan (clear-dungeon) dengan menumpaskan kesemua boss yang berada disetiap aras dan seterusnya menumpaskan final boss di aras 100. Syarat yang dikenakan ini amat rumit kerana rata- rata pemain belum pernah menyudahkan aras yang lebih tinggi.

Kirito dan Asuna bertempur bersama

Pengenalan yang diberikan diatas sudah mencukupi rasanya kerana aku ingin bergerakan ke perkara atau konflik yang timbul didalam permainan ini.

Dalam mengamati kehidupan Kirito yang berusaha keras didalam dunia SOA seperti menyertai party dalam menumpas boss atau menolong pemain lain dalam menyelesaikan misi, dapat dilihat juga akan konflik yang diketengahkan didalam siri anime ini dimana konflik terabit adalah MIRIP dengan apa yang betul berlaku didalam permainan MMORPG itu sendiri. Antara yang paling ketara kesamaannya adalah konflik yang berlaku dalam guild, party (pengkhianatan/penipuan dsb).

Seterusnya perkara lain yang aku perasan
  1.  Jika diamati tempoh masa dalam penceritaan siri anime ini adalah begitu lama, dimana tempoh masa Kirito terperangkap dalam pemain video ini adalah sepanjang dua tahun. Dan dalam tempoh terbabit, penceritaan dalam disiri anime ini hanya memaparkan perkara - perkara  atau hari - hari yang penting bagi Kirito sahaja.

  2. Di setiap aras Dungeon iaitu dari aras 1 sehingga aras 100 ianya mempunyai bandar yang berbeza iaitu dibezakan dari segi tema/fungsi bandar dan seterusnya konsep/race/rupa yang berbeza juga keatas raksasa boss yang perlu ditumpaskan untuk bergerak dari satu aras ke atas yang tertinggi .

  3. Malah dapat dilihat permainan Sword Art Online ini mempunyai banyak sistem yang diimplementasikan antaranya Leveling System, Unlimited number of skill,  Non-Job-System, Guild System, Marriage System, Cooking System, Renting House, PK System, Weapon Forging System dan sebagainya yang mungkin aku tak perasan. Akibat permainan ini dinamakan SWORD, maka kelas - kelas magik/support tidak kelihatan. 

  4. Penceritaan siri anime ini bukanlah dari sudut pandang Kirito (seperti point-of-view Counter Strike) tetapi penceritaan disampaikan dari sudut pandang orang ketiga (mungkin jadi hantu/penonton/game-master)
Selebihnya jalan cerita siri ini ditambah dengan kisah percintaan antara Kirito dan Asuna. Dimana kisah mereka berdua menjadi tema sebelum tamat bahagian pertama dan selepas tamat kisah penceritaan bahagian pertama. Untuk pengetahuan siri ini dipecahkan kepada 2 bahagian jalan cerita dimana bahagian pertama watak utama Kirito bermain permainan SAO dan kemudiannya pula bermain permainan video online VRMMORPG; Alfheim Online  iaitu mengetengahkan penceritaan tentang matlamat/motif yang berbeza dari SAO. Dimana untuk bahagian kedua siri anime ini ianya lebih cenderung kepada misi menyelamat. Malah konsep permainan Alfheim Online juga berbeza iaitu ianya permainan online berkonsepkan magik.

Secara keseluruhan anime ini berbeza dengan anime lain yang menampilkan MMORPG sebagai jalan cerita. Walaupun masih lagi mengitar semula kisah cerota terperangkap dalam permainan video sebagai permulaan kisah tetapi jalan cerita yang diketengahan pada berikutnya ianya boleh dikaitkan dengan pemain video online itu sendiri. Jadi ianya seperti menonton kisah diri sendiri dalam siri  pegembaraan anime ini.

- Sekian.

Wednesday, May 16, 2012

tentera robot

Bosan dengan posting wira - wira bertopeng sahaja kebelakangan ini? baiklah kali ini aku ingin bercerita mengenai wira berwarna biru yang datang dari masa depan pula. Bagi aku wira jugalah kot, kalau diambil kira dari terbitan filem panjangnya, kalau manga ataupun siri televison pula mungkin biasa - biasa sahaja. Baiklah kita mulakan.

Baiklah wira biru yang aku maksudkan itu adalah Doraemon dan sedia maklum setiap tahun akan ditayangkan movie terbaru doraemon tetapi "malangnya" bagi tahun 2011, ianya menayangkan movie remake (bikin semula), dimana ianya berdasarkan movie doraemon yang terdahulu dan judul filemnya ialah; Doraemon: Nobita and the Steel Troops [Tentera Robot] (1986). Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah movie pertama yang dibikin semula, dimana sebelum ini juga ada ditayangan movie lama yang dibikin semula seperti movie Doraemon: Nobita's New Great Adventure into the Underworld – The Seven Magic Users dimana ianya ditayangkan pada 2007.

Baiklah kali ini aku bukan nak review mengenai anime drawing-style atau lebih - lebih jalan ceritanya, cuma kali ini aku sahaja nak membuat berbezaan movie yang lama dengan yang baru. Kerana setiap movie yang diremake semestinya ada penambahbaikkan samada dari segi plot jalan cerita mahupun watak. Kalau tiada sia - sianya sahaja.

Baiklah, perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam permulaan movie remake ini dimana ianya menceritakan akan sejarah pembuatan robot pertama diplanet tentera robot. Lalu tempoh masa penceritaan dikehadapankan dengan menunjukkan Tentera Mega Tobias mengisytiharkan misi penaklukan planet bumi untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba. Dan bagi memastikan rancangan itu berjalan lancar, android mirip manusia  Li LuLu ditugaskan untuk menjadi perisik untuk menyelidik latarbelakang sasaran mereka sebelum menghantar askar mereka bagi menjalankan proses penaklukan. Ini Agak perbeza dengan permulaan movie tahun 1876 yang tertumpu pada watak Nobita yang meninginkan robot bersaiz bangunan. Seterusnya plot/ jalan cerita bagi movie remake ini adalah mirip movie lama dimana watak Nobita terjumpa sebijik "Bola" dikutub utara dan membawanya pulang malah tidak dilupakan sebahagian bahagian robot. 

Perbezaan seterusnya boleh dikatakan mengubah sedikit pergerakkan jalan ceritnya berbanding dengan yang asal. Dimana diwujudkan watak baru dan pengenalan akan watak ini bermula apabila watak android yang dihantar kebumi; Li Lulu mencari rakannya iaitu Juuto yang telah "diculik" oleh Nobita dimana  ketika itu Li LuLu mencari Juuto ketika berada dikutub utara. Mungkin kalian pembaca tertanya siapakah Juuto?



Inilah Juuto yang dicari oleh Li Lulu dimana ianya berperanan sebagai "pengerak" Zanta Cluas dan tanpanya Li Lulu tidak boleh meneruskan misi menakluki bumi. Untuk pengetahuan kalian, Juuto adalah bola bulat yang menyerupai bola bowling (kalau diingat kembali dalam movie asal tahun 1986,) dan khas untuk movie remake ini ianya telah diubah kepada haiwan "comel" melalui alat doraemon dan wataknya dikekalkan sehingga penamat. Kalau dibanding dengan movie asal, peranan bola bowling ini hanya sekejap sahaja dimana hanya memaklumkan akan rancangan tentera robot yang akan datang menakluki bumi dan kemudiannya, bagi membuatkan bola bowling itu memihak kepada puak bumi, doraemon telah melakukan pengubahsuaian. Aku rasa itulah rutin movie remake Doraemon pada masa akan datang, dimana akan ditambah dengan sebentuk haiwan comel.

aku senaraikan perbezaan seterusnya secara ringkas dan padat  :-
  • Movie doreamon kali ini (2011) didengari banyak lagu latar menghiasi jalan cerita dan boleh dikatakan jumlah lagu yang diputarkan adalah begitu banyak sekali.
  • Jika di amati balik; kita dapat lihat bahawa watak Juuto lebih mendapat "spotlight" berbanding Li Lulu dimana ini sangat berbeza dengan movie asalnya dan juga watak Li Lulu hanya menjadi kawan baik Sizuka manakala Juuto menjadi kawan baik nobita (jadi boleh fikir, siapa yang kerap muncul dalam setiap babak) 
  • Alangkah ruginya movie ini kerana tidak memperbanyakkan kemunculan semula robot mainan milik Sunoe yang "diberi nyawa" oleh doreamon seperti dalam movie asal kerana perwatakkannya yang sangat lucu bagi aku. Untuk pengetahuan robot mainan sunoe hanya muncul pada permulaan movie sebagai robot mainan yang bosan.

Baiklah itu sahaja berbezaan yang boleh aku nilai dan huraikan, yang lain pergi tengok sendiri kerana dari pertengahan cerita hingga penamat; jalan ceritanya masih mirip dengan movie asal dan yang hanya berubah  adalah watak yang berperanan dalam sesuatu babak (Juuto).

Jadi itu sahaja carutan untuk kali ini cuma diharapakaan pihak produksi doreamon yang baru ini agar janganlah membikin semula movie Negara Awan; kerana movie itu sudah cukup sempurna jalan ceritanya. Tetapi apakan daya kalau nak untung dan masuk carta box office kenalah bikin juga. owh ya sebelum terlupa movie doremon untuk tahun 2012 juga ada diterbitkan iaitu diberi judul; Doraemon: Nobita and the Island of Miracles—Animal Adventure dan berjaya berada ditangga #1 di carta box office mereka disana (jepun).

-  Sekian

Tuesday, February 7, 2012

Arrietty

Siapa yang tidak menantikan filem animasi dari studio ghibli, kan? dimana studio ini banyak menghasilkan filem animasi yang menarik dan antara yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman ialah "Spirited Away".


The Secret World of Arrietty

Filem ini telah ditayangan di jepun pada tahun 2010 lagi dan berjaya mengumpul 126 juta dengan bajet filem hanya 23 juta sahaja. Ini adalah rendah kutipannya berbanding filem "Ponyo" (2008) yang berjaya mengutip 201 juta. Baiklah kali ini aku berkesempatan menonton filem animasi studio Ghibli yang terbaru iaitu "The Secret World of Arrietty" dimana filem ini menceritakan kisah Arrietty dan penghidupan orang keci, peminjam muda yang tinggal di bawah lantai rumah "manusia normal". Sebelum terlupa, untuk makluman; filem ini merupakan adaptasi dari novel "The Borrowers" yang ditulis oleh Mary Norton.


Arrietty teruja untuk "meminjam" kali pertama

Pada permulaan filem ini, ia membawa penonton untuk mendekati dunia kecil Arrietty yang tinggal bersama keluarganya dan bagi untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya, mereka perlu "meminjam" (istilah baik sikit dari mencuri) dari kaum manusia dan operasi meminjam selalunya dilakukan pada waktu malam apabila manusia sudah nyeyak tidur. Akan tetapi kewujudkan kaum kecil ini perlu dirahsiakan dari manusia agar keselematan mereka terjamin. Untuk pengetahuan, proses meminjam hanya ditunjukkan sekali sahja dalam filem ini iaitu pada permulaan dan seterusnya tertumpu kepada kisah Arrietty sendiri dan kisah Sho yang menghidapi masalah penyakit jantung sejak dari kecil lagi.

Disini aku tidak perlulah menulis dengan lebih panjang kerana pengenalan yang aku berikan itu telah menrangkumi 80% jalan ceritanya dan seperti dalam filem animasi studio Ghibili yang lain sebelum ini, aspek - aspek pemandangan, persekitaran kehidupan watak, & kesedapan makaan telah memanjang cerita ini. Bagi aku filem ini merupakan filem yang lemah dari studio Ghibli kerana aku mengharapakan kisah cerita yang lebih menarik. Ini kerana kisah mengenai orang "kecil" ini sudah terlalu banyak dan kebanyakkannya  hampir sama dari segi jalan ceritanya ceritanya. Walau-apa-pun, Studio Ghibli berjaya membikin filem edisi orang "kecil" nya sendiri, syabas disitu.

Sebelum mengakhiri, filem ini masih belum memasuki pasaran Amerika lagi kerana filem ini akan diedarkan oleh Walt Disney dan dijadualkan akan ditayangkan pada 17 Feb 2012.

- Sekian.

Monday, May 2, 2011

K-ON!

Sudah lama juga aku tidak menonton anime kerana aku memilih untuk menonton rancangan anime yang dipaparkan television sahaja iaitu di saluran Animax. Tetapi selepas menonton beberapa episode siri K-ON!!, aku jadi tertarik untuk menonton kesemua siri anime tersebut.


Judul anime K-On! berasal daripada penggunaan perkataan keiongaku yang membawa maksud "muzik ringan". Dimana siri anime ini mengisahkan tentang kisah 4 orang pelajar perempuan di sekolah Jepun yang menyertai sebuah kelab muzik pop. Dimana kelab itu disertai oleh Tainaka Ritsu, Akiyama Mio, Kotobuki Tsumugi dan Hirasawa Yui. Malah setiap daripada mereka mempunyai kemampuan untuk bermain alatan muzik : Ritus (Drums), Mio (Bass), Mugi (Keyboard), Yui (Guitar).

Baiklah, kisah anime ini bermula dengan pencarian ahli - ahli baru yang berminat untuk menyertai kelab tersebut. Sekiranya jumlah pelajar yang menyertai kurang dari 4 orang, maka kelab tersebut akan dibubarkan. Tanpa membuang masa Ritsu sebagai presiden kelab berusaha keras bersama Mio untuk mencari ahli baru kelab k-on dan akhirnya membawa Mugi dan Yui untuk memasuki kelab tersebut. Tetapi agak ralat sedikit bagi Yui untuk menyertai kelab tersebut kerana Yui tidak mempunyai kemampuan untuk bermain apa jua alatan muzik atau memahami buku muzik. Maka dari situlah bermulanya kisah penceritaan mengenai 4 orang remaja perempuan yang menyertai kelab K-ON.

dari kiri: Ritsu, Mugi, Azusa, Yui, Mio

Penceritaan siri anime ini lebih tertumpu kepada kisah penghidupan ahli - ahli kelab keion itu sendiri yang berlaku dipersekitaran kawasan sekolah dan juga dirumah. Malangnya penceritaan siri ini kurang tertumpu kepada aktiviti kelab muzik mahupun latihan, dan ini amat berbeza dengan siri anime - anime lain yang berlatarbelakangkan / bertemakan muzik sebagai jalan cerita. Ini dapat dilihat dalam pertengahan episode dimana aktiviti kelab tersebut adalah tertumpu kepada aktiviti pemakanan dan gurau sendau sesama meraka. Tetapi disitulah yang membuatkan siri anime ini menarik untuk ditonton kerana setiap watak yang cuba ditonjolkan mempunyai perwatakan yang berbeza serta mencuit hati.

Dihampir penghujung musim pertama siri anime ini, kelab keion mendapat penyertaan ahli baru yang bernama Nakano Azusa (Guitar ) lalu menjadikan mereka 5 orang kesemuanya dan kisah / aktiviti kelima - lima ahli kelab tersebut dikembangkan lagi ke musim yang berikutnya (kedua), dimana anime tersebut digelar K-ON!! (nama musim berbeza berdasarkan tanda seru).


Akibat anime ini bertemakan muzik, maka terdapatlah beberapa buah lagu yang diselitkan didalam siri anime ini dimana kebanyakkan lagu didendangkan ketika kelab keion melakukan persembahan untuk aktiviti sekolah mereka. Akan tetapi jumlah soundtrack dan bilangan lagu bagi anime ini pula adalah dalam jumlah yang begitu banyak, ini berbeza sekali dengan jumlah lagu yang diperdengarkan didalam siri anime ini. Bagi yang ingin memuat turun soundtrack anime ini, dinasihatkan supaya memuat turun insert songs dan lagu opening dan ending sahaja. Sekiranya anda ingin memuat turun semua pun tidak salah, hanya untuk menjimatkan masa pembaca sekalian =) . Berikut adalah beberapa album yang disarankan untuk dimuat turun : -


» Lagu tema bagi opening / ending k-on! musim 1 & musim 2


Cagayake! Girls

Don't say "lazy"
Go! Go! Maniac
Listen!!
Utauyo!! Miracle
No, Thank You!

» Insert songs


After School Tea Time
ごはんはおかず/U&I
Fuwafuwa Time

*bagi lagu / album lain boleh semak google jika berminat

Dan bagi mereka yang belum kesempatan untuk menonton siri anime K-ON bolehlah memuatturun siri ini dengan melayari laman web amixstream, dimana laman web tersebut merupakan fansub berbahasa melayu di Malaysia (sokonglah fansub tempatan). Malah anda juga boleh menonton siri anime ini secara streaming dilaman web tersebut. Disamping itu juga laman web terbabit menyajikan pelbagai judul siri anime lain (sila geledah sendiri).

Namun siri anime ini tidak berhenti setakat musim ke dua sahaja, dimana sekarang ini sambungan bagi siri K-ON telah pun bermula iaitu bagi keluaran manga. Dimana kisah penceritaan tertumpu kepada kisah keempat - empat ahli K-ON iaitu Tainaka Ritsu, Akiyama Mio, Kotobuki Tsumugi dan Hirasawa Yui (tidak termasuk Azusa) dalam mengharungi penghidupan di alam Universiti. Disamping itu terdapat juga manga khas bagi mencerita kisah Azusa, Ui dan Jun di sekolah tinggi sebagai senior.

Sebelum terlupa jangan lupa movie K-ON! yang bila nak keluar pun tidak tahu =)

- Selamat menonton, sekian

Wednesday, March 16, 2011

Doraemon

Tentu ramai yang mengenali mahluk dari zaman hadapan yang berbentuk seperti kucing dan berwarna biru malah mempunyai poket ajaib yang mengeluarkan peralatan moden..kan?


Baiklah sedikit pengenalan, watak doraemon mula memasuki Malaysia pada tahun 1987 dimana disiarkan di kaca television RTM seterusnya dipasarkan pada keluaran manga* pada tahun 1990 dan kini masih lagi ditayangkan di saluran tv malaysia iaitu saluran NTV7. Kehebatan doraemon masih kekal kerana sehingga kini kerana manusia ingin memiliki robot seperti doraemon yang dapat membantu dalam kesusahan. Bagi mereka yang biasa/selalu menonton anime ini, sudah pasti sudah mengetahui akan permulaan ceritanya, samada :
  1. Nobita balik rumah menangis dibuli giant
  2. Nobita mencemburi senyu
  3. Nobita ingin membantu sizuka
  4. Mama/Papa Nobita ada masalah
akan tetapi adakah itu membuatkan penonton (dewasa) bosan? bagi saya itu TIDAK, itu bukan menjadi isu kerana disini penonton sewajarnya ada perasan ingin tahu akan peralatan canggih yang dikeluarkan dari poket doraemon yang mempunyai fungsi menarik seterusnya menyelesaikan masalah.

OK sudah penat buat pengenalan mari kita semak movie Doraemon yang wujud tetapi tidak lah membuat pengenalan mengenai semua movie Doraemon, hanya sebilangan sahaja. Dari pandangan aku, sesetengah element dalam movie Doraemon adalah "kitar semula" kerana kebanyakkan watak tambahan/latar belakang/ jalan cerita adalah hampir sama, yang membezakannya hanyalah tajuk cerita. Hanya sebilangan movie sahaja yang betul - betul menarik. Baiklah dengan itu aku menyenaraikan movie yang menarik bagi aku walaupun sudah banyak movie yang ditonton, tidak kira samada yang dimuat turun atau ditonton di kaca television. Mari semak :-

Pertama, Doraemon : The Robot Army | [ info ]
Mengisahkan nobita terjumpa "bola bowling" yang membawakan penemuan sebuah robot gergasi. Tanpa disedari robot gergasi tersebut milik pihak musuh yang ingin memusnahkan bumi

Kedua, Doraemon : Kingdom of Clouds | [ info ]
Mengisahkan Nobita ingin membina negaranya sendiri diatas awan tanpa disedari terdapat kaum lain diatas awan yang hendak memusnahkan bumi akibat tindak tanduk penduduk bumi.

Ketiga, Doraemon : Great Advenure into the Underworld |[ info ]
Nobita ingin mempelajari ilmu ghaib lalu doraemon menukar dunia moden ke dunia ghaib, tetapi malangnya munculnya Raja Syaitan ingin menawan bumi.


Ke-4, Doraemon : Tin-Plate Labyrinth [ info ]
Keinginan nobita untuk bercuti telah membawa nobita dan rakan - rakan kesatu tempat (hotel?) yang misteri. Dimana "hotel" tersebut mempunyai rangkaian yang mengelirukan.

Ke-5, Doraemon : the Wind Wizard [ info ]
Kisah bermula apabila suneo terjumpa Wind Wizard (baik) dibumi dan kemudian doraemon membawa wind wizard tersebut mengembara ke kampung angin dan bermulalah pengembaraan~


Manakala berikut pula adalah senarai movie - movie Doraemon yang tidak mempunyai kesempatan untuk menonton atau dengan lebih tepat subtitles movie tersebut sukar untuk dijumpai :-

Doraemon: The Record of Nobita: Spaceblazer
Doraemon: Nobita and the Haunts of Evil

[-/+] Lihat Disini
Doraemon: Nobita and the Castle of the Undersea Devil
Doraemon: Nobita's Little Star Wars
Doraemon: Nobita and the Knights of Dinosaurs
Doraemon: Nobita and Galactic Express
Doraemon: Nobita's Genesis Diary

Doraemon: Nobita's Adventure in Clockwork City
Doraemon: Nobita's South Sea Adventure
Doraemon: Nobita Drifts in the Universe
Doraemon: Nobita and the Legend of the Sun King

Akan tetapi apabila sudah banyak movie dikeluarkan dan penonton sudah selesa dengan style/ lukisan animasi kenapa produksi tiba - tiba berubah? akibat daripada itu lukisan animasi juga berubah, dimana animasi kini nampak seperti anime lama walaupun movie keluaran terkini nampak lebih 3D (tiga demensi).

[-/+] Lihat Perbezaan Disini


(1) animasi tahun 1986 dan (2) animasi tahun 2010

Untuk pengetahuan pembaca, movie Doraemon ditayangkan pada setiap tahun bermula pada tahun 1980 sehingga kini. Sudah menjadi kebiasaan setiap movie doraemon mempunyai pengajaran kepada penontonnya, sebagai contoh: masalah pencemaran yang ditonjolkan dalam movie Doraemon Negara Awan. Sepekara lagi yang menarik perhatian, setiap watak manusia atau alien malah binatang yang dikenali/dijumpai di sesuatu tempat/planet akan secara automatik menjadi kawan baik nobita tidak kira lelaki atau perempuan (kalau perempuan mesti jatuh hati). Sebelum terlupa, dimana watak Daisuke? kerana jika diwujudkan watak beliau didalam movie ternyata lebih menarik.

Malah kebanyakkan (bukan semua) keluaran movie terbaru Doraemon adalah remake movie - movie yang sebelumnya, seperti movie untuk tahun 2011 (akan datang) adalah pembikinan semula movie doraemon bertajuk Tentera Robot. Disini bertanya : Adakah jalan cerita juga berubah? seperti yang sebelumnya. Sebagai contoh :-
Cerita movie Doraemon bagi tahun 2007 iaitu New Great Adventure into the Underworld – The Seven Magic Users [ disini ] telah diubah jalan cerita/ karekter/ peralatan doreaemon dan cara menupas musuh, dimana banyak perbezaan dengan Movie Doraemon yang asal iaitu pada tahun 1984; Great Advenure into the Underworld [ disini ].

Perubahan ketara yang dilakukan ialah pengembaran sewaktu menunju ke dunia syaitan adalah lebih cepat berbanding movie asal. Malah movie baru ini lebih menceritakan atau tertumpu kepada kisah Miyoko.
Walau-apa-pun terjadi, saya akan menanti movie Doraemon yang terbaru dan sepekara lagi untuk pengetahuan pembaca : saya tak kisah jikalau saya ini terlebih budak, biarkanlah

- Sekian-

kredit - laman ini & wikipedia

Sunday, November 14, 2010

VOCALOID

Disebabkan tertengok video konsert ini dimana ianya merupakan konsert hologram yang berlangsung di jepun dimana tak perlu persembahan dari golongan manusia


can't see embed video? click here

Persoalan mula timbul, kenapa hologram? dimanakah penyanyi sebenar? oh menggunakan vocaloid ya, tapi apakah itu?
VOCALOID is a vocal-synthesizing software that enables song writers to generate authentic-sounding singing on their PCs by simply typing in the lyrics and music notes of their compositions. The software synthesizes the sound from "vocal libraries" of recordings of actual singers, retaining the vocal qualities of the original singing voices to reproduce realistic vocals.
Perisian vocaloid terdapat pelbagai jenis suara untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan, sebagai contoh keluaran 01: Hatsune Miku dan keluaran 02: Kagamine Rin/Len dan seterusnya~

dari kiri : kaito, len.miku,luka,ren,meiko

setiap karakter untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan mempunyai suara yang berlainan dan masing - masing membawa genre muzik tertentu, ok kita mari mendengar lagunya pula :


can't see embed video? click here

wah kagum, sedap juga kan? ARI-GA-TO ..ARI-GA-TO~

apa lagi, pergi la cari kat youtube berlambak lagu sedap untuk karekter2 yang lain. Artis vocaloid yang terkenal ialah Miku tetapi yang lain pun sedap juga terutama Luka