Friday, December 17, 2010

carta 2010

Baiklah saya sudah muktamad bahawa aktiviti ini akan menjadi rutin hujung setiap tahun, ok mari kita mulakan dengan album yang mendapat tempat ditelinga untuk mendengar

artis : Kanye West
judul album : My Beautiful Dark Twisted Fantasy


Album yang amat dinanti pada tahun ini tetapi sebelum keluarnya album ini kanye meroyan mengeluarkan single promo untuk album ini (banyak kot lagu tak larat nak dengar satu - satu). Malah kehebatan album ini ditambah dengan producer yang hebat - hebat malah featuring artis yang begitu ramai dalam satu lagu (gila apa). Sebelum terlupa cover album bagi album ini terdapat banyak versi kerana cover album yang sepatutnya kena sekat (lucah sangat kot)

align box view my play count for this album : HERE
artis : Kelis
judul album : Flesh Tone


Album yang betul - betul layan bagi aku kerana album yang bergenre-kan dance dan berkolaberasi dengan David Guetta memang menambahkan tarikan pada album ini tapi malangnya macam tak laku sahaja..tidak mengapa, cuba lagi

align box view my play count for this album : HERE
artis : Rihanna
judul album : LOUD


Nampaknya kembali dengan rambut merah dan satu album merah, ini bermaksud tiada lagi hitam dan putih memanjang. Lagu "What's My Name?" berjaya menduduki #1 dan selepas itu diikuti "Only Girl" yang merupakan single pertama dan seterusnya Rihanna telah mencatat rekod dengan jumlah #1 lagu pada carta Billboard iaitu sebanyak 9 single #1

Lagu - lagu jangan cakap... memang layan walaupun....

align box view my play count for this album : HERE
artis : Usher
judul album : Raymond vs. Raymond


"Yeahh Man"

Siapa sangka usher masih hebat walaupun album sebelumnya macam tidak laku sahaja. Single "OMG" berjaya menaikkan nama usher semula dan diikuti "DJ Got Us Fallin' In Love".

align box view my play count for this album : HERE
[-/+] Lihat Disini
artis : Bruno Mars
judul album : Doo-Wops & Hooligans


Aku mengenali mamat ini melalui kerjasamanya dengan artis - artis lain seperti B.o.B dan Travie McCoy dan seterusnya mendengar album EP-nya iaitu "It's Better If You Don't Understand" ternyata mamat ini lain dari yang lain. Lagu - lagu mamat ini boleh masuk kepala, enjoy

align box view my play count for this album : HERE
artis : Utada Hikaru
judul album : SINGLE COLLECTION VOL.2


Tengok tajuk album pun sudah tahun dimana lagu -lagu dalam album ini adalah koleksi single - single yang lepas tapi tak sangka kebanyakkan lagu -lagu dalam album ini adalah lagu - lagu dari album HEART STATION. Akibat daripada itu dengar lagu baru sahaja la "Goodbye Happiness" tapi tak kisah janji hikki kembali

align box view my play count for this album : HERE
artis : Fair
judul album : Disappearing World


Band tiada la terkenal sangat tapi cuba mendengar sebab tengok cover album macam gempak sahaja (hahahaha) tapi ternyata sangkaan aku x meleset, lagu - lagu dalam album ini memang layan, moga - moga boleh terkenal

align box view my play count for this album : HERE
artis : Ellie Goulding
judul album : Bright Lights


Aku ambil tajuk album yang dipasarkan semula. Ellie mempunyai suara yang unik bagi aku dan kebanyakkan lagu - lagu dalam album ini memang layan, amat - amat disyorkan untuk didengar oleh teman - teman sekalian

align box view my play count for this album : HERE
artis : The Pretty Reckless
judul album : Light Me Up


Bagi sesiapa yang menonton Gossip Girl mungkin mengenali minah ini dan bagaimana aku boleh kenal pula? entahlah..orang pasang kita tengok (padahal tak tengok pun). tapi itu bukan isu utama kerana disini ingin menyatakan kesedapan lagu-lagu yang dinyanyikan, tak sangka taylor boleh menyanyi dan mampu mencipta lagu sendiri. Bagi sesiapa merasakan avril dah tua, boleh layan Pretty Reckless lak (hahaha jangan marah)

align box view my play count for this album : HERE
artis : Taylor Swift
judul album : Speak Now (Deluxe Edition)


Album yang mencatat rekodnya sendiri dimana berjaya menjual 1juta unit album pada minggu pertama sahaja (hebat kan?), ini mungkin juga disebabkan oleh kanye west sewaktu menterjah ketika ucapan taylor sewaktu di VMA09 dan oleh itu membuatkan taylor mempunyai ramai peminat sekarang. Malah lagu - lagu dalam album ini boleh la tahan

align box view my play count for this album : HERE
artis : Florence + the Machine
judul album : Between Two Lungs


Setelah melihat persembahan beliau pada VMA dengan lagu "Dog Days Are Over" telah menarik minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyanyi ini. Dalam pada itu agak keliru dengan jumlah keluaran semula album "Lungs", tetapi itu tidak mematahkan semngt untuk mendengar lagu - lagu lain yang dinyanyikan oleh Florence, ternyata tidak mengecewakan. Album ini amat disyorkan (walaupun playcount tiadalah tinggi mana)

align box view my play count for this album : HERE
artis : Mike Posner
judul album : 31 Minutes to Takeoff


Selepas menonton dan mendengar lagu "Cooler Than Me" di kaca tv dan corong - corong radio terasa sedap pulak lagunya kerana terdapat bunyi game2 kuno dan itu telah menarik minat untuk mendengar albumnya dan bapak banyak bunyi game2 kuno, terasa rindu lak huhu dan lagu layan, amat disyorkan (dah jadi trend ke muzik bunyi game2 nie?)

align box view my play count for this album : HERE

Wednesday, December 15, 2010

2 Tahun

Sudah dua tahun berjalannya blog ini, dalam pada itu banyak juga post yang ditarik balik dan yang penting, template tak tukar - tukar hmmm rasa mudah begini kan?

Blog ini masih akan berjalan walaupun aku ada tumblr =) ini kerana tumblr jadi blog gambar - gambar sahaja (gambar merapek). Ok itu sahaja dan harapan aku masih kekal dimana agar menyambut ulang tahun blog ini yang ke 90..boleh?

Sunday, November 14, 2010

VOCALOID

Disebabkan tertengok video konsert ini dimana ianya merupakan konsert hologram yang berlangsung di jepun dimana tak perlu persembahan dari golongan manusia


can't see embed video? click here

Persoalan mula timbul, kenapa hologram? dimanakah penyanyi sebenar? oh menggunakan vocaloid ya, tapi apakah itu?
VOCALOID is a vocal-synthesizing software that enables song writers to generate authentic-sounding singing on their PCs by simply typing in the lyrics and music notes of their compositions. The software synthesizes the sound from "vocal libraries" of recordings of actual singers, retaining the vocal qualities of the original singing voices to reproduce realistic vocals.
Perisian vocaloid terdapat pelbagai jenis suara untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan, sebagai contoh keluaran 01: Hatsune Miku dan keluaran 02: Kagamine Rin/Len dan seterusnya~

dari kiri : kaito, len.miku,luka,ren,meiko

setiap karakter untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan mempunyai suara yang berlainan dan masing - masing membawa genre muzik tertentu, ok kita mari mendengar lagunya pula :


can't see embed video? click here

wah kagum, sedap juga kan? ARI-GA-TO ..ARI-GA-TO~

apa lagi, pergi la cari kat youtube berlambak lagu sedap untuk karekter2 yang lain. Artis vocaloid yang terkenal ialah Miku tetapi yang lain pun sedap juga terutama Luka

Thursday, November 11, 2010

tumblr.

Saje mencuba benda baru, dimana membaca tagline tumblr. "The easiest way to blog"



telah menarik perhatian dan minat untuk mencuba benda baru ini, baru ke? entahlah. Proses daftar pun mudah dan tidak memeningkan/ merumitkan, jadi mari semak laman aku di alamat ini :

http://kaanan.tumblr.com/

Sekian, pergi la melawat ya hahaha

Monday, June 21, 2010

mainan

Sudahkah anda menonton "Kisah Mainan 3" atau Toy Story 3 yang sudah keluar dipawagam - pawagam berdekatan anda? kalau belum pergi lah menonton dan jangan la malu kalau ramai kanak - kanak yang masuk, aku selamba bodoh je redah hahaha



Filem animasi ini merupakan filem yang amat dinanti oleh peminat toy story selepas filem terakhir mereka iaitu Toy Story 2 yang ditayangkan pada tahun 1999. Pada kali ini para peminat pengharapkan sesuatu yang diluar fikiran kerana sudah berapa tahun menanti. Jangka masa yang lama mengeluarkan movie ini, bermungkinan pihak penerbit dan penulis ingin mengambarkan bagaimana lamanya keadaan berlalu sehingga watak utama manusia membesar.

Jalan cerita kali ini adalah berbeza berbanding dua filem sebelumnya dimana ketika itu pemilik mainan iaitu Andy masih kecil, dan kini Andy sudah meningkat remaja dan akan pergi ke kolej dan terpaksa membuat keputusan terhadap mainan - mainan lamanya: samaada dibuang atau tidak. Akibat daripada itu Woody dan sebahagian rakan - rakannya yang masih bersama berasa bimbang, iaitu mengenang nasib mereka dan berpakat melakukan sesuatu.

Misi cerita ini adalah sama seperti filem - filem sebelum iaitu "Pulang ke Pangkuan Andy" tetapi kali ini lebih mencabar kerana ingin melepaskan diri daripada "Sunny Side yang Neraka" dimana pada mulanya diangkapnya seperi "Syurga". Dalam pada itu, movie ini memperkenalkan banyak mainan baru yang mungkin pernah menjadi mainan milik anda. Malah karekter antagonis dalam cerita ini adalah lebih kejam dan tidak disangka .Sejurus itu telah memaksa Woody membuat sesuatu bagi menyelamatkan kawan - kawannya. (Misi mereka kalah real movie)

Pada penamat cerita ini, babak sedih yang cuba disampai begitu berkesan, kasihan Andy waaaaa =( tetapi aku rasa boleh buat sambungan (Toy Story 4) kerana kini sudah berpindah tangan dan atas sebab faktor usia pemilik baru, malah atas sebab lain iaitu masih banyak penderitaan mainan - mainan diluar sana, moga - moga diadaptasikan pada movie akan datang

Secara kesimpulan saya mendapat pengajaran "sayangilah mainan anda dan janganlah buang mereka apabila tidak diperlukan tetapi berilah kepada mereka yang memerlukan" terutama yang pandai jaga.

Rating : 10/10