Showing posts with label jpop. Show all posts
Showing posts with label jpop. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Spending


Spending all my time
by Perfume

align box  playcount | info album :




Kini aku memutuskan untuk menulis review mengenai perihal muzik pula, dimana sebelum ini ternyata sedikit kurang bagi aku untuk menulis perihal album mahupun single terbaru. Baiklah serba sedikit mengenai single terbaru kumpulan Pop/Dance dari jepun ini yang digelar Perfume. Untuk pengetahuan kalian, single ini merupakan single kedua yang dikeluarkan dalam tahun 2012 (keseluruhan single ke-15 mereka) dimana sebelum ini single pertama mereka dalam tahun ini ialah; Spring of Life.

Single ini baru sahaja dipasarkan iaitu pada tanggal 15/8 dan dari hasil penjualan harian CD-single ini membuatkan single ini berjaya menduduki  di tangga ke #2 Oricon Daily Charts. Album ini memuatkan 3 lagu baru termasuk lagu yang menjadi tajuk single ini serta dimuatkan versi instrumental 3 lagu tersebut;

Tracklist

# Title (E/J)
1. Spending all my time
2. ポイント
3. Hurly Burly
4. Spending all my time -Original Instrumental-
5. ポイント -Original Instrumental-
6. Hurly Burly -Original Instrumental-

Jika ingin menyentuh PV (muzik video) Perfume untuk single kali ini adalah sedikit berbeza dimana ianya lebih kepada seni bebanding dengan PV yang sebelumnya yang cenderong kepada robotik/teknologi. 

*bukan pv penuh
can't see embed video? click here

Secara sinposisnya PV single ini adalah menunjukkan 3 orang gadis terkurung didalam bilik yang berkunci dan "Spending All My Time" dengan aktiviti menari dan magik mereka didalam bilik tersebut. Jika dilihat dalam muzik video ini ianya agak berulang bagi sesetengah babak terutamanya ianya berlebih ulang ketika aksi mengetuk pintu dan bagi aku ianya amat sesuai dengan lagu ini yang AMAT repetitive dari segi lirik lagu.

Jadi itu sahaja dari aku

- Sekian

Friday, June 10, 2011

silent scream


Silent Scream
by GIRL NEXT DOOR

info album : sini





Single terbaru dari GIRL NEXT DOOR yang terdiri dari 3 orang ahlinya. Lagu ini mengalami perubahan pada judul lagunya dimana judul asal lagu ini adalah "Twitter 〜silent scream〜", tetapi bagi mengelak kepeningan dengan laman sosial Twitter ia telah diubah kepada judul yang digunakan sekarang. Pengertian lagu ini membawa maksud: kesusahan menyuarakan sesuatu, semak sini.

Berikut adalah senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. silent scream
02. fallin’ angel
03. Orion (Gold Remix)
04. silent scream(Instrumental)
05. Destination Digest

* bold - 10/10
Baiklah mari menonton pula video muzik bagi single ini.


GIRL NEXT DOOR - Silent Scream (PV)

Pelakon dan novelis malah penulis jalan cerita untuk video muzik lagu ini ; Mizushima Hiro telah bertindak sebagai watak hero dalam video muzik "silent scream" ini dan digandingan pula dengan vokalis GIRL NEXT DOOR iaitu Chisa. Malah ini merupakan kemunculan semula Mizushima Hiro selepas berehat selama setengah tahun. Jika tidak salah, untuk lagu ini terdapat filem-pendek yang diterbitkan juga tetapi dimana boleh menonton?.

Bagi aku lagu ini sesuai untuk lagu pembukaan siri anime mungkin kerana muziknya. Untuk terakhir kali, album penuh yang berjudul "Destination" dimana mengandungi lagu ini sudah pun berada dipasaran dimana kebanyakkan lagu berjeniskan lagu anime, layan~

- Sekian.

Thursday, June 2, 2011

kompilasi


Utada The Best
by Utada

align box playcount | info album : sini





Agak terlambat sebenarnya, kita teruskan review album ini juga.

Utada adalah nama yang digunakan oleh Hikaru Utada (宇多田 ヒカル) untuk pasaran antarabangsa dan lagu - lagu yang dipasarkan adalah dalam bahasa orang putih. Mengenai album ini: merupakan album kompilasi lagu orang putih terbaik dari beliau setelah memasarkan 3 album orang putih sebelum ini. Perihal mengenai kemunculan album ini begitu aku tidak sedari kerana entah aku tak tahu tapi memang tak tahu. Album ini dipasarkan serentak dengan album kompilasi terbaik lagu jepun utada yang berjudul "Utada Hikaru Single Collection Vol. 2". dimana tarikh pasaran ialah 24 Nov 2010.

Berbanding dengan album kompilasi terbaik lagu jepun, album ini tidak mempunyai sebarang lagu baru dimana kesemua ke-enam-belas jumlah lagu dalam album ini adalah lagu - lagu terhangat beliau yang diambil dari 3 album yang dipasarkan sebelumnya. Secara malangnya pengeluaran album ini bertentangan dengan kehendak Utada sendiri kerana tiadanya material baru didalam album kompilasi ini untuk disajikan kepada peminat, malah utada juga melarang peminat beliau dari membeli album kompilasi ini. (rujuk sini) Jadi kalau artis sendiri dah larang dari membeli, kita memuat-turun sahaja~

Tetapi bagi yang ingin mengenali utada bolehlah mendengar album ini. Baliklah mari semak lagu - lagu yang terpilih untuk album kompilasi terbaik ini :-
Tracklist

# Title (E)
01. Come Back to Me
02. Easy Breezy
03. Merry Christmas Mr. Lawrence - FYI
04. You Make Me Want to Be a Man
05. This One (Crying Like a Child)
06. Exodus '04
07. Apple and Cinnamon
08. Automatic Part II
09. Devil Inside
10. Kremlin Dusk
11. Sanctuary (Opening)
12. Sanctuary (Ending)
13. Exodus '04 (JJ Flores Double J Radio Mix)
14. Devil Inside (RJD2 Remix)
15. Come Back to Me (Tony Moran & Warren Rigg Radio Edit)
16. Dirty Desire (Mike Rizzo Radio Edit)

* bold - 10/10
Makluman, lagu "Santuary" opening + ending menjadi ketagihan

- Sekian

kredit - diri sendiri

Monday, March 28, 2011

#TIABD


Today Is A Beautiful Day
by Supercell

align box playcount | info album : sini





supercell
kini kembali dengan album baru. Bagi yang tidak mengenali supercell mereka terdiri daripada kumpulan muzik dan banyak menhasilkan lagu untuk character vocaloid iaitu Hatsune Miku dan antara lagu yang mendapat tempat ialah Love is War, World is Mine dan sebagainya.

Setelah mendengar lagu - lagu yang terdapat dalam album ini, agak kehairanan apabila mendengar suara yang menyanyi lagu dalam album ini tidak kedengaran seperti suara robot Hatsune Miku atau suara - suara character vocaloid yang lain, dimana memang nampak seperti menggunakan suara manusia yang sebenar. Selepas beberapa kajian yang mendalam ternyata telinga aku masih boleh membezakan suara "robot" dengan manusia, iaitu kebanyakkan lagu dinyanyikan oleh Yanagi Nagi atau dikenali sebagai Gazelle. Malah kebanyakkan lagu juga diambil dari lagu tema anime yang dikompose oleh Ryo (supercell) sendiri.
Tracklist

# Title (J)
01. 終わりへ向かう始まりの歌
02. 君の知らない物語
03. ヒーロー
04. Perfect Day
05. 復讐
06. ロックンロールなんですの
07. LOVE & ROLL
08. Feel so good
09. 星が瞬くこんな夜に
10. うたかた花火
11. 夜が明けるよ
12. さよならメモリーズ
13. 私へ

* bold - 10/10
kredit - laman ini
Peringatan - jika anda tidak dapat melihat tulisan jepun, komputer anda tidak hebat

Sunday, November 14, 2010

VOCALOID

Disebabkan tertengok video konsert ini dimana ianya merupakan konsert hologram yang berlangsung di jepun dimana tak perlu persembahan dari golongan manusia


can't see embed video? click here

Persoalan mula timbul, kenapa hologram? dimanakah penyanyi sebenar? oh menggunakan vocaloid ya, tapi apakah itu?
VOCALOID is a vocal-synthesizing software that enables song writers to generate authentic-sounding singing on their PCs by simply typing in the lyrics and music notes of their compositions. The software synthesizes the sound from "vocal libraries" of recordings of actual singers, retaining the vocal qualities of the original singing voices to reproduce realistic vocals.
Perisian vocaloid terdapat pelbagai jenis suara untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan, sebagai contoh keluaran 01: Hatsune Miku dan keluaran 02: Kagamine Rin/Len dan seterusnya~

dari kiri : kaito, len.miku,luka,ren,meiko

setiap karakter untuk setiap satu keluaran yang dikeluarkan mempunyai suara yang berlainan dan masing - masing membawa genre muzik tertentu, ok kita mari mendengar lagunya pula :


can't see embed video? click here

wah kagum, sedap juga kan? ARI-GA-TO ..ARI-GA-TO~

apa lagi, pergi la cari kat youtube berlambak lagu sedap untuk karekter2 yang lain. Artis vocaloid yang terkenal ialah Miku tetapi yang lain pun sedap juga terutama Luka