Thursday, June 2, 2011

kompilasi


Utada The Best
by Utada

align box playcount | info album : sini





Agak terlambat sebenarnya, kita teruskan review album ini juga.

Utada adalah nama yang digunakan oleh Hikaru Utada (宇多田 ヒカル) untuk pasaran antarabangsa dan lagu - lagu yang dipasarkan adalah dalam bahasa orang putih. Mengenai album ini: merupakan album kompilasi lagu orang putih terbaik dari beliau setelah memasarkan 3 album orang putih sebelum ini. Perihal mengenai kemunculan album ini begitu aku tidak sedari kerana entah aku tak tahu tapi memang tak tahu. Album ini dipasarkan serentak dengan album kompilasi terbaik lagu jepun utada yang berjudul "Utada Hikaru Single Collection Vol. 2". dimana tarikh pasaran ialah 24 Nov 2010.

Berbanding dengan album kompilasi terbaik lagu jepun, album ini tidak mempunyai sebarang lagu baru dimana kesemua ke-enam-belas jumlah lagu dalam album ini adalah lagu - lagu terhangat beliau yang diambil dari 3 album yang dipasarkan sebelumnya. Secara malangnya pengeluaran album ini bertentangan dengan kehendak Utada sendiri kerana tiadanya material baru didalam album kompilasi ini untuk disajikan kepada peminat, malah utada juga melarang peminat beliau dari membeli album kompilasi ini. (rujuk sini) Jadi kalau artis sendiri dah larang dari membeli, kita memuat-turun sahaja~

Tetapi bagi yang ingin mengenali utada bolehlah mendengar album ini. Baliklah mari semak lagu - lagu yang terpilih untuk album kompilasi terbaik ini :-
Tracklist

# Title (E)
01. Come Back to Me
02. Easy Breezy
03. Merry Christmas Mr. Lawrence - FYI
04. You Make Me Want to Be a Man
05. This One (Crying Like a Child)
06. Exodus '04
07. Apple and Cinnamon
08. Automatic Part II
09. Devil Inside
10. Kremlin Dusk
11. Sanctuary (Opening)
12. Sanctuary (Ending)
13. Exodus '04 (JJ Flores Double J Radio Mix)
14. Devil Inside (RJD2 Remix)
15. Come Back to Me (Tony Moran & Warren Rigg Radio Edit)
16. Dirty Desire (Mike Rizzo Radio Edit)

* bold - 10/10
Makluman, lagu "Santuary" opening + ending menjadi ketagihan

- Sekian

kredit - diri sendiri

No comments: