Tuesday, May 24, 2011

Gokaiger

Berpeluang menonton siri super sentai yang terbaru iaitu Kaizoku Sentai Gokaiger atau jika diperterjemahkan akan membawa maksud Pirate Squadron Gokaiger.



Baiklah sesi imbas kembali; bagi mereka yang masih keliru, siri *super sentai ini adalah mirip kepada siri *superhero Power Rangers yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan. Dimana sebenarnya siri super sentai merupakan terbitan asal yang diterbitkan oleh negara matahari terbit dan kemudiannya dibeli dan diterbitkan semula oleh Saban untuk pasaran antarabangsa (orang putih). Siri superhero Power Rangers bermula dengan Mighty Morphin Power Rangers yang diadaptasi dari siri super sentai yang ke-16: Kyouryuu Sentai Zyuranger.

Seingat aku, siri super sentai yang pernah ditayangkan di saluran televisyen tempatan suatu ketika dahulu adalah seperti siri super sentai Maskman, Flashman, Jetman dan kemudiannya, televisyen tempatan lebih cenderung menayangkan siri superhero Power Rangers sahaja berbanding siri super sentai sehingga saat dan ketika ini. tetapi tidak berlaku pula keatas siri Kamen Rider dan Ultraman yang masih menayangkan siri berbahasa jepun dan kemudiannya dialih suara.

Baiklah berbalik kepada siri ini, Kaizoku Sentai Gokaiger merupakan siri yang ke-35 (2011) bagi francais Super Sentai., hmm masih lagi bertahan sehingga kini~


dari warna :
Ahim de Famille, Don Dogoier, Captain Marvelous , Joe Gibken, Luka Millfy

Mengenai apa yang menarik pada super sentai kali ini adalah watak Luka dan konsep jalan ceritanya yang lebih kurang sama dengan siri Kamen Rider Decade, tetapi siri super sentai gokaiger ini lebih hebat dimana kelima - lima mereka mempunyai kunci/akses untuk bertukar kepada 34 super sentai yang sebelumnya bagi menumpaskan puak jahat Universal Empire Zangack. Itu bermaksud mereka berlima boleh bertukar ikut suka hati mereka bermula dari super sentai Goranger sehinggalah Goseiger. Ini sesuatu yang menarik dan menjimatkan masa untuk mengenali kesemua super sentai yang wujud dalam satu siri.


atuk nenek cucu cicit super sentai bergabung meletup

Pada pengenalan episode pertama telah mecerita kepada penonton dimana kesemua 34 siri super sentai telah bergabung untuk bertarung menentang kejahatan Space Empire Zangyack, dan kemudian telah berjaya menumpaskannya oleh itu bumi berjaya diselamatkan namun malangnya kuasa 34 super sentai telah hilang dan kuasa tersebut telah dijumpai oleh lima lanun galaksi ini.


dari kiri : Gokai Yellow, Gokai Blue, Gokai Red, Gokai Green, Gokai Pink

Konsep bagi siri super sentai kali ke-35 ini adalah bertemakan lanun (memang macam one piece) dimana ianya terdiri daripada watak 5 orang anak muda lanun galaksi yang mencari harta karun yang terhebat di alam semesta ini (sudah tidak menjaga keamanan dunia sejagat lagi). Disebabkan siri super sentai kali ini bertemakan lanun, jadi kesemua perihal termasuk costume, senjata serta misi adalah bertemakan lanun. Costume dan topeng mereka pada kali ini nampak lebih senonoh sedikit berbanding sebelumnya yang mengarut sahaja. Malah terdapat beberapa perubahan pada costume super sentai yang terdahulu telah dibuat dalam siri ini.

Baiklah, setelah beberapa episode menonton, terdapat beberapa persamaan perwatakkan hero - hero Gokaiger dengan watak - watak dalam siri anime One Piece. Dimana perwatakkan Luka sama seperti Nami dan perwatakan Ahim juga sama seperti perwatakan Robin. Manakala bagi perwatakkan Joe pula, sudah semestinya sama seperi Zoro and perwatakkan Don dengan aksi komedinya sama seperti Chopper + Usopp. Tetapi hanya perwatakkan Marvelous sahaja yang tidak sama seperti Luffy.



Satu kepelikkan bagi aku, akibat dari kehebatan mereka boleh bertukar kepada kesemua super sentai yang sebelumnya dan aksi gelombang/lambaian terakhir membuatkan babak pertarungan mengunakan robot seperti tiada fungsi pula. Berkemungkinan hanya meneruskan kelaziman siri ini dan pertarungan robot hanya sekitar 4 ~ 5 minit sahaja. Disamping itu juga, siri super sentai sekarang lebih bergantung kepada CGI, jadi nampak kurang real berbanding dengan siri terdahulu kerana apabila menggunakan CGI nampak seperti mainan robot.

Sebelum terlupa ingin menyentuh perihal antagonis, jika dulu para - para antagonis adalah terdiri daripada manusia yang bertukar kepada mahluk jahat tetapi kini semuanya spesis sebenar mahluk jahat. Manakala raksasa yang menentang pula adalah lebih menarik dari siri - siri terdahulu, kalau dulu raksasa adalah terdiri daripada benda - benda mengarut yang diseru menjadi raksasa sebagai contoh raksasa mesin jahit #WTF

OK, lupakan semua diataskan dan mari kita lihat pula Gokaiger bertukar : GOKAI CHANGE!!


semua merah , jatuh martabat wira merah pakai skirt

[-/+] Lihat Selebihnya


jetman always my favorite, but kuning perempuan? Raitaaa


Goranger muncul pada episode pertama


ingatkah lagi?


hitam pula , ini pun lawan hukum super sentai; pakai skirt


putih/ pink, gabungan beberapa super sentai


Gingaman, jadah hijau posing sebegitu rupa hahaha


Untuk maklumat, siri Gokaiger ini masih lagi ditayangkan di TV asahi dalam slot progom "Super Hero Time" dan sekarang ini, baru menjangkau episode 14 (ketika rencana ini ditulis). Berkemungkinan episode siri ini akan mencecah sehingga 50+ episode iaitu sama seperti siri super sentai yang lain (nampaknya tengok sampai tahun depan). Malah terdapat juga movie istimewa bagi meraikan ulang tahun ke 35 super sentai iaitu movie yang berjudul : Gokaiger Goseiger Super Sentai 199 Hero Great Battle, tetapi malangnya tarikh tayangan ditunda sehingga 11 june akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku tempoh hari.

Sebelum melabuhkan tirai, seperti biasa setiap siri super sentai ini mungkin akan diadaptasi kepada versi orang putih pula iaitu Power Rangers, lalu persoalan mula timbul :-

Adakah 34 kuasa super sentai akan digunakan atau hanya akan bermula dari Zyuranger?

- Sekian, FINAL WAVE!!!!*super sentai - Jepun mari
*superhero Power Rangers - orang putih punya versi

No comments: