Showing posts with label gobusters. Show all posts
Showing posts with label gobusters. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Gokai-Busters

Kini tibalah giliran Gobuster dan Gokaiger beraksi bersama dalam satu movie.


Bagi jalan cerita movie ini adalah megambil tempat dimana selepas para Gokaiger pergi planet Zangyack iaitu  ianya diceritakan ketika penamat siri gokaiger dan juga selepas kemunculan Buster Machine; LT-06 (Lion) bagi siri Gobuster.

Pada pengenalan movie ini diceritakan akan perihal kewujudan 5 Ranger Keys baru yang dikenali sebagai Mythic Ranger Keys. Dimana jika kunci ini ditemui dan kelima - lima kunci ini digabungkan suatu kuasa hebat akan dikurniakan kepada pemiliknya.



Kehadiran kapal lanun berwarna hitam menghiasi kisah seterusnya dan disamping itu juga ianya memperkenalkan ketua Zangyack baru; Bacchus Gil dan Waredonaiyer. Malah diperlihatkan juga akan kerjasama antara Enter dan puak Zangyack dalam mencari Mysthic Ranger Keys.



Pertempuran antara Gokaiger dan Gobusters adalah begitu straightforward pada permulaan movie ini, dimana ditunjukkan akan kehadiran versi "gelap" lanun Gokaiger dan kemudian menyerang para Gobusters. Ketika pertempuran sengit berlaku, secara tiba - tiba munculnya villan Gobuster; Enter yang berjaya menemui salah satu dari Mythic Ranger Keys iaitu Red Phantom Ranger Key. Tetapi sebelum itu kehadiran Gokai Silver, Gai yang kebingungan akan pertempuran sesama Sentai.

 

Akibat dari penemuan Red Phantom Ranger Key, secara mengejut satu portal besar menyedut kesemua para Gokaiger serta Yoko, J danGorisaki. Sementara itu yang terselamat adalah Hiromu, Ryuji, Nick, Usada Dan Navi. Lalu tanpa membuang masa squad Gobusters cuba mencari jalan penyelesaian dengan bertanyakan kepada Navi akan sebab utama serangan Gokaiger keatas mereka dan dalam masa yang sama mereka cuba memikirkan dimana mereka dibawa pergi. Pada ketika itu juga diterangkan akan matlamat kedua - dua villan gokaiger dan gobusters dimana bagi Bacchus Gil ialah ingin mengguna kuasa Mythic Ranger Ranger Keys untuk memusnahkan bumi dan bagi Enter adalah untuk membawa messiah pulang.

Pengenalan sudah, kini komen secara pendek
  1. Konsep penceritaan bagi pentermpuran antara sesama super sentai adalah masih lagi sama iaitu kedua - dua pasukan bertempur dan kemudian dipecahkan dan akhirnya bergabung dalam menumpaskan puak jahat. Dimana konsep begini nampak mirip seperti movie Goseiger Vs. Gokaiger.

  2. Jalan cerita lebih memihak kepada Gobusters iaitu selepas mencecah klimaks cerita. dimana banyak difokuskan hubungan antara Buddyroid dan Gobusters sendiri.
  3. Boleh dikatakan movie ini adalah sedikit pengaruh SuperHero Taisen tetapi jalan ceritanya adalah lebih kemas iaitu dalam menceritakan punca Gokaiger menentang Gobusters.
  4. Sumbangan Gokaiger dalam movie ini adalah bertukar ke Super Sentai sebelumnya sahaja dan kegunaan ranger keys yang baru.
  5. Boleh dikatakan agaak muak dengan lokasi serta sudut pengambaran yang hampir sama didalam siri mahupun movie - movie yang lepas.
  6. Kemunculan super sentai berikutnya Kyoryuger tidak dilupakan, dimana ini merupakan pengenalan pertama kepada para penonton akan konsep mereka. Difahamkan siri sentai berikutnya ini merupakan siri yang diilhamkan dari haiwan purba;dinasour dan ini merupakan untuk kali ketiga haiwan purba berkenaan menjadi konsep utama sentai.
Sebelum terlupa, bagi movie ini para gokaiger dapat memperolehi dan menggunakan Gobusters Ultimate Power iaitu selepas Mythic Ranger Keys bertukar kepada Buddy Roid Keys yang membolehkan Megazord bertukar kepada  Megazord dari siri Super Sentai yang lepas melalui Megazord Keys



Antara mecha dari super sentai terdahulu yang digunakan dalam movie ini ialah Daizyujin (Zyuranger), Gaoking (Gaoranger), Gekitouja (Gekiranger), Daibouken (Boukenger), Magiking (Magiranger).

Itu sahaja dari aku diharapakan movie gabungan antara sentai akan datang adalah lebih kreatif dalam menentukan konflik pertarutan sesama sentai. Kini bolehlah aku menonton siri Zyuden Sentai Kyoryuger

- Sekian.

Monday, March 18, 2013

Gobusend

"Gobusters - End"

Sekali lagi mengenai tokusatsu, dimana kali ini mengenai siri Super Sentai Gobusters baru sahaja tamat sirinya. Siri ini tamat dengan jumlah episode sebanyak 50 episode.



Kini tibalah giliran aku menamatkan "carutan" mengenai siri ini pula tetapi bagi yang ingin membaca review pengenalan boleh baca disini
Pengenalan Gobusters - http://06lives.blogspot.com/2012/04/go-busters.html
Movie 01 - http://06lives.blogspot.com/2013/03/go-bourze.html
Pada kali ini, kisah penceritaan dinampakan adalah menggunakan semula konsep penceritaan super sentai yang terdahulu dimana lebih difokuskan kepada kisah watak - watak utama siri ini seperti side story/ back story. Secara langsung terkurangnya siri ini digunakan untuk product placement (mainan). Sebagai contoh lihat sahaja Gokaiger dengan Gokai Keys-nya.

Jika dilihat pada permulaan siri ini, ia lebih menceritakan rutin biasa skuad gobusters menjalankan misi mereka dan dalam pada itu disertakan dengan plot permasalahan mereka sendiri serta individu - individu lain. Kalau ingin diperkatakan, Penekaan utama siri ini tidaklah begitu kuat dimana para gobusters berharap mereka dapat berjumpa semula dengan ibubapa mereka yang dihantar ke hyperspace. Seterusnya mengenai misi utama mereka juga yang tampak biasa juga iaitu menumpaskan Enter dalam membawa Messiah pulang melalui curian tenaga Enetron *rujuk pengenalan.

Bagi mengekalkan momentum siri ini, ianya menggunakan beberapa element "kejutan" dalam penceritaan, iaitu

[Spoiler Alert]
  1. Kemunculan Beet Buster / Stag Buster 
  2. Dipegang oleh 2 watak misteri iaitu Masato Jin (Beet Buster) dan Beet J. Stag (Stag Buster) yang dimaklum datang dari hyperspace. Seperkara lagi Beet J merupakan buddyroid yang pertama mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi skuad gobuster ranger dan ini berbeza dengan 3 buddyroid lain yang kekal menjadi pendorang/pembantu dan stering. Selain itu kemunculan Mecha BC-04, SJ-05 turut disertakan.

  3. Villan kedua; Escape
  4. Kemunculan Escape amatlah dinantikan kerana sebelum kemunculan villan perempuan ini, setiap episode siri gobusters hanya membariskan Enter sebagai main villan yang menjalankan misi jahatnya secara seorang diri. Siri ini mungkin lebih menarik sekiranya Enter ditemani oleh sekumpulan villan yang datang membantunya dalam membawa pulang ketua Messiah.(Name contoh yang mungkin wujud; Spacebar, Hashtag, F1~F12, Shift dan segala nama yang ada pada butang papan kekunci komputer.

  5. Penampilan Khas; Gavan
  6. Kemunculan Gavan dalam 2 episode gobusters adalah sesuatu yang tidak dijangka dan tidak diramal kerena pencerita gobusters sendiri tiada kaitan dengan ruang angkasa. Penampilan Gavan mungkin sekadar untuk mempromosi filem terbaru Gavan, memandangkan siri television Gavan sudah berdekad ditamatkan.

  7. Powered Custom
    Seperti aku nyatakan diatas, akhirnya kegunaan Buddyroid dipelbagaikan dimana mereka bertiga iaitu; Cheeda Nick ,Gorisaki Banana, Usada Lettuce mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi data dan seterusnya membolehkan skuad gobuster memiliki rupa bentuk baru (Powered Custom) yang ditingkatkan kuasa pertahanan dan serangan. Dimana pertukaran boleh dilakukan dengan meletakkan GB Custom Visor pada Morpin Brace.


  8. Pink Buster
    Penampilan buster berwarna merah jambu ini tidak termasuk dalam senarai RASMI squad gobusters tetapi hanyalah sebagai watak sampingan dalam satu episode sahaja. Malang sungguh tiada warna jambu didalam siri ini.

  9. Buster Machine; LT-06
    Ini merupakan Mecha terakhir yang muncul dalam siri ini dimana kemunculan mecha ini adalah selepas kemunculan FS-0O iaitu pada summer movie Gobuster; Tokyo Enetower. Pada pengenalan kemunculanya, kegunaan mecha ini adalah untuk Go-Buster Ace dan disamping itu juga diselitkan penceritaan silam pembikinan LT-06 dan kesan serta akibatnya.

[Spoiler End]

Itu sahaja elemet "kejutan" yang boleh disenaraikan dan kejutan lain dalam penceritaan adalah berkaitan dengan jalan cerita itu sendiri.

Komen pendek lain;-

  1. Walaupun dari segi penceritaan tampak biasa namun aksi pertempuran mereka harus diberi pujian kerana segalanya tampak lebih segak, kemas dan yang paling penting amat dipercayai. Ini berbeza jika dibandingkan dengan siri - siri lain.
  2. Seperkara lagi, segala pemikiran logik telah diterapkan dalam siri ini iaitu ketika dalam teknik gabungan mecha, "teknik pelindung dari dikacau oleh pihak lawan (megaZord)" telah diwujudkan dan contoh lain seperti sistem penghantaran senjata kepada wira gobusters. Sebelum ini yang kita dapat lihat dalam siri sentai, sebarang kapak, panah,lembing adalah muncul secara tiba - tiba.
  3. Sekali lagi ditegaskan; alangkah baik sekiranya pihak penulis mewujudkan jumlah villan yang ramai iaitu bukan sekadar Enter dan Espace sahaja.
  4. Pertama kalinya siri super sentai disediakan 2 lagu OP yang berbeza iaitu pada permulaan siri dan petengahan siri.
  5. Jumlah kakitangan pejabat Energy Management Center boleh dikatakan amat sedikit (3 orang) dalam mengendalikan serangan/kawalan mecha/ pengesan villan.
Jadi itu sahaja mengenai Gobusters dalam sepanjang 1 tahun aku menonton dan boleh dikatakan tidaklah kurang bagus seperti diperkatakan oleh kebanyakan orang. Disebabkan kurangnya mainan diperkenalkan dalam siri ini tidak bermaksud siri ini tidak bagus.

Jumpa lagi diruangan tokusatsu dengan siri super sentai yang baru;  Zyuden Sentai Kyoryuger

- Sekian 

Saturday, March 9, 2013

Go-Bourze!

"Gobusters - Fourze"

Mengenai Tokusatsu lagi nampaknya, tetapi kali ini adalah movie Gobuster dan Fourze yang dijadualkan ditayangan pada musim panas lalu. Untuk pengetahuan, kedua - dua movie dari setiap francais ini; Super Sentai dan Kamen Rider telah digabungkan dan ditayangkan dalam satu filem. dan secara malasnya juga aku mengabungkan kedua- dua movie ini didalm satu entri

1. Tokumei Sentai Go-Busters the Movie: Protect the Tokyo Enetower!

Penceritaan movie ini adalah sebelum kemunculan Escape (orang suruhan Messiah yang kedua) dan selepas kemunculan Beet Buster dan Stag Buster.


Filem pendek yang berdurasi 35 minit ini (director cut) mengekalkan barisan pelakon dan konsep penceritaan yang sama seperti siri televisionnya. Dimana penceritaan tertumpu kepada Skuad Gobuters dalam menjalankan misi menyelamat yang berpunca daripada tindakaan puak jahat iaitu Enter. Seperti yang dapat dilihat pada tajuk filemnya iaitu "Tokyo Enetower", misi mereka adalah menghalang Enter dalam menggunakan Tokyo Enetower sebagai alat pemancar sumber tenaga Enetron dan kemudianya dihantar ke Hyperspace bersama kawasan sekitar yang membabitkan orang awam iaitu melalui suatu item yang berada dimenara berkenaan.

Bagi memberi daya penarik, movie ini memperkenalkan sebuah Buddyroid yang tidak bertuan iaitu Ene-tan dan sebuah Buster Machine yang baru.

Ene-tan yang di inspirasi dari haiwan katak

Secara keseluruhan movie ini tampak biasa sahaja dan kurang menyerlah. Ini mungkin durasi movie ini yang sangat pendek dan plot cerita yang agak suram.

- Tamat bahagian Gobusters the movie~

2. Kamen Rider Fourze the Movie: Space, Here We Come!



Kini bergerak ke movie kedua iaitu movie dari francais Kamen Rider iaitu Kamen Rider Fouze. Penceritaan movie ini boleh dikatakan adalah selepas kesemua rahsia dalam siri berkenaan telah diketahui oleh setiap ahli Kamen Rider Club iaitu seperti identiti Ryusei sebenar,  rahsia Rabbit Hatch dan kemunculan kesemua 12 Zodiart (Horoskop). Tetapi hanya satu perkara yang disimpan untuk dikaitkan dengan siri television Kamen Rider Fouze iaitu identiti sebenar Sagittarius.

Pada permulaan movie ini ditunjukan ketika pengetua sekolah AGHS berurusan dengan orang Foundation X dan dengan secara tiba - tiba, mereka telah diserang oleh seorang wanita misteri yang bernama Inga Blink. Dimana beliau cuba untuk mencuri kesemua Horoscopes Switches yang sedang mereka berurusan. Disamping kemunculan wanita misteri berkenaan, didapati terdapat sebuah robot; Black Knight membantu beliau dalam menjaya misi mencuri berkenaan.


Seterusnya penceritaan bergerak ke sekolah AGHS dimana ahli Kelab Kamen Rider didatangi oleh seorang wanita yang pelik dari OSTO (Outer Space Technology Organization) iaitu Shizuka Shirayama yang memerlukan bantuan dari mereka. OSTO Legacy menjelaskan bahawa Inga Blink merupakan salah seorang dari Alicia Federation yang mencipta Space Ironman seperti Black Knight dan untuk menewaskan Black Knight, ahli Kamen Rider perlu ke angkasa untuk melumpuhkan Satellite Weapon XVII yang merupakan senjata terkuat mereka bagi mengelak mereka menawan bumi.

Dalam pada menyiapkan diri mereka pergi ke angkasa, mereka diserang lagi oleh Inga dan Black Knight yang bertujuan untuk mengagalkan rancangan memusnahkan Satellite Weapon XVII. Dimana dalam pertarungan berkenaan, Inga menggunakan kesemua switches yang dirampas sebelum itu untuk menewaskan Fourze dan Meteor.



Movie ini juga merupakan penampilan pertama untuk Kamen Rider Wizard, dimana Wizard datang membantu ketika pertempuran sengit antara Zodiart dan Fourze serta Meteor berlaku dan dalam masa bagi membolehkan Gentarou dan Ryusei menaiki Exodus untuk ke ruang angkasa untuk menjalankan misi mereka.

Penceritaan seterusnya sehingga penamat adalah membabitkan misi kelab kamen rider berserta orang OSTO diruang angkasa melawan serangan dari mesin/ komputer Satellite Weapon XVII. Kemudianya ianya membabitkan pendedahan penceritaan yang agak besar iaitu terdapatnya twist plot dan kewujudan watak baru.

Baiklah kini adalah point lain - lain, secara senarai ringkas mengenai movie ini

  • Berdurasi lebih 1 jam, berbeza dengan movie Gobusters.
  • Penceritaan dan plot movie ini adalah lebih menarik berbanding dengan movie pertama Kamen Rider Fourze.
  • Babak pertempuran didalam movie ini adalah lebih baik dimana tumpuan yang diberi pada babak pertarungan yang membabitkan Fourze serta Meteor secara "tanpa henti" adalah begitu mengagumkan. Malah yang lebih menarik, kesemua ahli Kamen Rider Club  terlibat dalam pertarungan mereka di XVII. Ini berbeza seperti didalam siri television mereka  dimana mereka semua lebih menjadi kayu atau tukang sorak sahaja.
  • Secara kreatifnya para penulis membabitkan kesemua watak -watak tambahan yang pernah muncul dalam siri television Kamen Rider Fourze untuk terlibat dalam final-epic-sobbing-scene. Iaitu untuk "melahirkan" switch baru dan seterusnya memperkenalkan state baru; Meteour Fusion State


Sebelum terlupa, Secara janggalnya apabila menoton movie ini dimana melihat akan usaha Gentraou yang ingin bersahabat dengan mesin. Seperti yang disediamaklum sebelum ini, perwatakkan Gentarou memang suka berkawan tetapi tidak menjangka tahapnya sebegini rupa.

Baiklah itu sahaja review aku untuk kedua - dua movie ini, mungkin tampak ringkas kerana aku sekadar menulis pengenalan dan menghurai serba sedikit jalan ceritanya. Untuk pengetahuan, movie ini adalah movie suku penamat bagi kemunculan gobusters kerana movie seterusnya adalah pertempuran mereka dengan Gokaiger. Dan bagi fouze pula, movie ini mungkin suku terakhir juga bagi kemunculan mereka, sebelum watak fourze/meteor yang akan dijadualkan akan muncul dalam Kamen Rider × Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie War Ultimatum.

Ada lagi, kedua - kedua francais iaitu super sentai dan kamen rider akan bergabung sekali lagi dalam movie Super Hero Taisen Z, tetapi kali ini ditemani Polis Angkasa, Gavan, jadi nantikan.

- Sekian

Sunday, November 11, 2012

Taisen

taisen = war/perang



Setalah sekian lama menunggu keluaran movie crossover ini, dimana aku menunggu movie "peperangan" antara kesemua Super Sentai & Kamen Rider ini dari ianya mula dijadualkan tayangan dipawagan seterusnya pengeluaran dvd, dan akhirnya kini sudah diagihkan sarikatanya oleh para fan-subs.

Untuk pengetahuan movie ini melibatkan kemunculan semula kesemua watak - watak dari siri Gokaiger, Go-busters, Kamen Rider Decade, OOO, dan Fourze yang mengalas sebagai watak tumpuan utama untuk movie ini dan tidak dilupakan kepada KESEMUA para Super Sentai dan Kamen Rider dari siri lalu yang muncul sebagai watak sampingan.

Baiklah bagi permulaan movie ini; ianya tidak teragak - agak terus menunjukkan dimana Gokai Red / Captain Marvelous bertempur dengan Legendary Seven Rider  iaitu tujuh Kamen Rider yang paling terawal  (Kamen Rider 1, 2, V3, Riderman, X, Amazon, dan Stronger) dan kemudiannya diikuti dengan kemunculan Kamen Rider Decade.



Bagi menyelitkan keluaran terbaru francais masing - masing didalam movie crossover ini, Gobusters dan Fourze diberi babak pendek mereka dimana untuk menerangkan serba sedikit mengenai jalan cerita movie  ini. Manakala antara perkara penting mengenai movie ini yang membuatkan para penonton agak keliru daripada permulaan movie lagi ialah apabila watak Kamen Rider Decade berkerjasama dengan puak villan (Dai-Shocker) bagi menghapuskan kesemua Super Sentai, dan manakala Gokai Red pula berkerjasama dengan puak villan (Dai-Zangyack) juga untuk turut menumpaskan kesemua generasi Kamen Rider.

 

Akan tetapi "kerjasama" Captain Marvelous tersebut tidak diketahui oleh rakan - rakan lanun Gokaiger yang lain iaitu dalam menumpaskan kesemua Kamen Rider dan ini membuatkan mereka sangsi dan keliru akan tindakan wajar yang patut dilakukan. Boleh dikatakan dari pemulaan sehingga menuju klimaks, jalan cerita agak mendatar-menjunam. Dimana kebanyakkan pergerakkan jalan cerita iaitu di pertengahan plot penceritaan adalah dibawa oleh watak Joe, Hakase (Gokaiger), Kaito (Decade) dan Hina (OOO).

Bagi klimaks movie ini sudah tentu apabila kesemua generai Kamen Rider dan Super Sentai bergabung ditengah padang apabila "misi rahsia" mereka sudah berjaya. Dalam pada itu juga, dapat dilihat dimana para wira Super Sentai dan Kamen Rider berkerjasama dalam menumpaskan puak jahat.



Antara babak yang tidak boleh dilupakan dalam pertarungan epic tersebut adalah bila para Gokaiger bertukar kepada OOO forms dengan menggunakan Os Ranger Key, GOKAI CHANGE!!!



dan dalam pada itu juga; Kamen Rider Blade, Ryuki, Decade mengunakan Gosei-Cards untuk mengaktifkan mode pelindung dalam menewaskan puak jahat;



Kemudiannya, secara tiba - tiba pertukaran plot penceritaan berlaku dimana watak Kaito (Kamen Rider Diend) cuba melaksanakan hasrat puak jahat juga dan peristiwa tersebut dibawa sehingga penamat cerita. Tetapi dalam menuju ke penamat cerita, agak ralat bagi aku, iaitu dari permulaan sehingga klimaks cerita; jalan cerita dibawa oleh watak - watak dari Gokaiger dan Decade, tetapi apabila sampai kepenyudah; Fourze dan Gobusters mengambil alih pertarungan terbesar/akhir.

Baiklah secara keselurahan jalan cerita amat menarik tetapi cara penyampaian agak lemah  Apa yang lemah dimana jalan cerita begitu tertumpu apabila para wira hensin/gokai change (bertukar) kepada rupa wira berbanding ketika di mode manusia biasa. Seterusnya kurangnya penjelasan yang jelas akan apa yang sebenarnya berlaku sebelum konflik permusnahan antara Super Sentai dan Kamen Rider tercetus. Malah agak malang bagi Kamen Rider Meteor (Ryusei) kerana tidak mendapat airtime yang banyak dalam movie crossover ini.

Sebelum terlupa movie crossover ini juga berjaya menduduki di #1 carta box-office movie japan pada minggu pertama ia ditayangkan. Dimaklumkan juga dimana movie ini berjaya mencatat rekod iaitu dalam mengumpulkan jumlah adiwira yang banyak dalam satu movie (banyak stuntman/suit-actor terlibat).

- Sekian

Saturday, April 14, 2012

Go-Busters

Siri Gokaiger sudah melabuhkan tirainya dan kini terbit pula siri francais super sentai untuk tahun 2012 ini iaitu : Tokumei Sentai Go-Busters



Tersedia maklum, wira Gobuster membuat first debut mereka didalam movie Gokaiger vs. Gavan dan seterusnya siri episode pertama mereka bermula pada pertengahan bulan febuari. Jika sebelum ini, gokaiger berkisahkan para lanun mencari harta karun terhebat di alam semesta, maka Go-buster pula berkisarkan mengenai sekumpulan "pengintip" muda yang dikelola oleh Unit Operasi Khas Pusat Pengurusan Tenaga dalam melindungi tenaga Enetron daripada dicuri oleh puak Vagras.



Baiklah pada "permulaan" episode Gobusters ini telah menceritakan akan peristiwa yang berlaku 13 tahun lalu dimana berlakunya kemalangan ngeri yang diakibatkan oleh jangkitan virus komputer kedalam sistem utama Pusat Kajian Pengangkutan dan berkembang menjadi sebuah entiti yang dikenali sebagai Messiah yang berhasrat untuk menggunakan sistem satelit untuk melebarkan kuasanya kepada seluruh planet.

Akan tetapi, bagi menghapuskan jangkitan virus itu dari berkembang keserata dunia, ayah Hiromu yang merupakan seorang saintis dan merangkap ketua projek ketika itu terpaksa mengkorbankan dirinya dengan menghantar seluruh Pusat Kajian Pengangkutan ke subspace lalu telah membuatkan Messiah terperangkap diruang itu. Dan untuk menangani ancaman yang bakal kembali, tiga kanak-kanak telah dipasang dengan program Anti-Metavirus yang memberi mereka setiap satu kuasa Super Power yang unik. Dimana kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi pengintip bagi Unit Operasi Khas Pusat Pengurusan Tenaga.



Kita sentuh mengenai jalan ceritanya yang semasa pula, dimana kisah bermula dengan ketidak munculan watak utama iaitu Red Buster (Hiromu Sakurada) didalam pasukan pengintip ini dimana ianya hanya ditugaskan kepada 2 pengintip lain iaitu Blue Buster (Ryuji Iwasaki) &Yellow Buster (Yoko Usami). Ketidak hadiran Hiromu didalam squad khas ini adalah kerana dihalang oleh kakaknya akibat insiden yang berlaku kepada bapanya 13 tahun lalu. Tetapi dengan tekad dan gigihnya, akhirnya Hiromu menyertai juga pasukkan khas ini walaupun tidak mempunyai latihan yang khusus untuk menjalankan sebarang misi.

Kehadiran Hiromu pada mulanya dalam pasukan khas ini tidak disukai oleh Yoko, yang menganggap Hiromu merupakan seorang ahli baru yang tidak mahir (newbie) didalam pasukan mereka akan tetapi selepas beberapa episode Hiromu telah membuktikan kebolehan beliau walaupun tidak mempunyai sebarang latihan.



Bergerak pula mengenai perihal antagonis, selepas 13 tahun berlalu, Messiah terpaksa menggunakan Enter untuk menjalankan serangan baru ke atas bandar bagi mengumpul tenaga Enetron yang mencukupi untuk membolehkannya memasuki semula ke dunia realiti lalu menawan seluruh planet. Jadi bermulalah kisah siri ini.

Baiklah itu sahaja pengenalan jalan cerita yang aku beri dan mari kita terus kepada pengenalan benda lain dalam siri ini pula :-
  • Setiap seorang ahli pasukan khas Go-busters ini mempunyai "sebijik"Buddy Roids yang masing - masing gemar bercakap dan ditugaskan untuk menjadi stering kepada mecha. Tetapi bagi Cheeda Nick iaitu Buddy Roids milik Red Buster mempunyai kebolehan bertukar kepada motosikal dan Buddy Roids Blue Buster; Gorisaki Banana & Buddy Roids Yellow Buster; Usada Lettuce tidak boleh bertukar kepada apa - apa buat setakat ini. Tidak pasti peranan Buddy Roids ini hanya untuk mencukupkan bilangan "pengintip" untuk siri super sentai ini atau akan ditambah dengan pengintip baru dipertengahan episode kelak.


  • Akhirnya setiap mecha mereka lebih dikomersialkan berbanding dengan siri Gokaiger dan setiap mecha tersebut boleh bertukar kepada 3 mode berbeza iaitu kenderaan, haiwan dan pentempuran.



  • Senjata api untuk Gobuster ini sangat pelik.
  • Akibat setiap mereka diinstall dengan anti-Metavirus jadi setiap mereka mempunyai weakpoint dan paling kelakar ialah Red Buster (Hiromu) yang tidak boleh panik atau ternampak ayam kerana itu juga membuatkannya panik, dan akibatnya akan menjadi kaku dalam masa 5 minit #LOL. Bagi Yellow Buster (Yoko), hanya memerlukan makanan manis untuk membolehkan dirinya bergerak jika tidak lumpuh tak bergerak. Manakala bagi Blue Buster (Ryuuji) pula, tidak boleh mengalami overheating dan jika itu berlaku Blue Buster akan mengaktifkan another-side of him. Ini ternyata sangat menarik dan kelakar sungguh.
  • Aksi pasukan Gobiuster tanpa helmet (helmetless) sangat kerap ditunjukkan berbanding siri - siri super sentai yang sebelumnya.



  • DAN yang paling penting adalah ayat yang digunakan untuk sesi pertukarkan ialah; "Its Morphin Time". Ternyata mudah untuk francais Power Rangers untuk mengadaptasi siri ini kelak.
  • Pelik juga kali ini dimana puak antagonisnya iaitu Enter hanya bergerak solo tanpa ada rakan yang membantu dalam membawa pulang Messiah semula dan kali ini juga dapat dilihat puak jahat iaitu Enter tidak memakai costume villan.
  • Yang ini aku suka, dimana sebarang senjata/ alat pertempuran tidak muncul secara automatik sebalik pihak induk akan menghantar sebarang peralatan pertempuran melalui ruang masa (pakai petik je).
Jika diteliti siri ini tidak apa yang hendak diikuti setiap minggu kerana untuk mengharapkan jalan cerita sahaja ianya tidak mencukupi bagi aku. Mari lihat balik tarikkan bagi Fourze dengan switch dan jalan ceritanya dan begitu juga dengan Gokaiger yang berkebolehan bertukar kepada super sentai yang sebelum membuatkan aku tertarik untuk siri berkenanan.

Dan setakat ini siri super sentai ini baru menjangkau episode ke 7 dan aku tidak pasti untuk aku meneruskan tontonan atau tidak tetapi jika aku menonton akan aku memuatnaik status di twitter dengan hashtag #Gobusters


-Sekian