Sunday, March 25, 2012

GokaiEnd

Berakhir sudah kisah pencarian lanun - lanun angkasa diplanet bumi dimana temui juga Harta yang diinginkan selama ini.


Sebelum bermula bercerita panjang anda bolehlah rujuk kepada entri lepas mengenai gokaiger
Kesimpulannya perkembangan jalan cerita agak menarik dan tetapi agak ralat sedikit kerana keutamaan jalan cerita lebih tertumpu kepada usaha pencarian mereka dalam memperolehi harta karun yang terhebat dialam semesta ini. Berkemungkinan cuba lari dari rutin penceritaan biasa, siri ini mengabaikan kisah - kisah lain seperti you--know-dam-so-well siri super sentai terdahulu banyak membabitkan kisah cinta/pengkhianatan/ persaudaraan sebagai plot penceritaan. Sebab utama aku menyatakan ini kerana aku mengharapakan kisah percintaan Ahim dan Captain Maberasu kerana ada dalam satu episode diceritakan serba sedikit mengenai kisah ini tetapi malangnya ianya tidak diteruskan.

Berbalik kepada episode terakhir Gokaiger, pada babak pertempuran kali terakhir ini, membuatkan aku rasa lebih teruja kerana wira gokaier tidak menggunakan mecha mereka dalam menumpas musuh terakhir dan hanya bertukar dari satu super sentai ke super sentai yang lain. Malah teknik serangan juga diseragam dengan jenis serangan. Secara jujurnya pertarungan begini tampak lebih epik berbanding menggunakan Gokai -Oh (robot).

Siri super sentai ini sudah pun berakhir jadi aku bolehlah komen secara keseluruhan
  • Senjata Api : kelima - lima wira gokaiger memiliki senjata yang sama; pistol dan pedang dan khas  untuk gokai silver kerana memiliki lembing. Jika dirujuk kepada super sentai yang lalu, setiap dari mereka mempunyai keunikkan senjata perang yang berbeza dan ianya tidak diseragamkan sepergi gokaiger. Malang nasib wiea gokaiger.
  • Mecha : kelibat mecha milik 4 gokaiger lain iaitu gokai blue, gokai green, gokai pink & gokai yellow jarang sekali muncul dalam episode berikutan kecuali pada episode pengenalan yang hanya pada episode 2) dan selebihnya siri ini lebih diberatkan kepada mecha Gokai Galleon milik gokai red dan GouJyuJin milik gokai silver.
  • Keluarga : Akibat watak Gai merupakan satu - satu puak bumi yang menyertai gokaiger jadi tertimbul pula tanda tanya sampai penghujung siri, dimanakah keluarga Gai??
  • Antagonis : Dari permulaan hingga suku penamat, perwatakkaan mereka lebih kepada komedi.

Sebelum terlupa, aku ternyata lega melihat watak Gai masih hidup sehingga ke penghujung siri kerana sebelum ini ada mengatakan watak Gai akan mati dipenghujung episode,DAM.

Akan tetapi malangnya tiada tribute episode untuk siri sentai Maskman kerana para lanun Gokaiger ini memperolehi ultimate power maskman melalui curian Basco. #keskeskes. Seperkara lagi aku rasa cukup berpuas hati apabila setiap watak wira gokaiger diceritakan kisah silam mereka iaitu bagaimana mereka boleh menjadi lanun angkasa dan kisah - kisah sebelum itu.

Satu hal lagi, dimanakah episode GokaiRed in Gold Mode?? aku masih tertanya - tanya dan ternanti - nanti untuk menonton episode tersebut.

Apa pun syabas kepada pihak produksi kerana berjaya megembalikan pelakon - pelakon asal siri super sentai yang terdahulu. Dimana tujuan kehadiran mereka adalah untuk menamatkan atau mahupun menyamgbung kisah penceritaan dan mungkin hanya buat kemunculan khas sahaja.

Tetapi kehadiran mereka ini sudah mengembirakan peminat super sentai untuk melihat wira - wira yang dipuja duhulu sudah meningkat usia Lihat disini . Tidak lupa juga kepada kedai jahit baju yang berjaya menjahit semula custome - custome super sentai yang terdahulu.

Mungkin kisah gokaiger dibumi sudah berakhir tetapi kemungkinan ada penyambungan pada masa akan datang dimana dipenghujung siri iaitu pada episode 51, Marvelous menyatakan bahawa beliau ingin pergi ke bumi Zangyack (tidak tahu motif sebenar). Jadi tunggu sahaja jika  Toei rajin ingin membikin movie gokaiger seterusnya atau mungkin hanya akan diselitkan dalam movie ulang tahun siri super sentai yang akan datang.

Baiklah sebelum menamatkan entri ini, dikhabarkan Toei akan melakukan pengambaran untuk babak Legend War untuk kegunaan siri Power Rangers jadi adakah power rangers akan mengabaikan para angel: Goseiger?? Apapun kita nantikan bagaimana tribute episode versi Power Rangers pula yang akan dilaksanakan.

Jangan lupa tunggu movie crossover Super Sentai Vs. Kamen Rider: Super Hero Taisen

TERIMA KASIH GOKAIGER
kerana kini aku sudah mengenali kesemua francais super sentai (haha)

-Sekian

GIF Credit - to teh owner

No comments: