Friday, March 30, 2012

Born to Die


Born to Die (Special Version)
by Lana Del Rey

align box  playcount | info album :




Akhirnya berkesempatan juga untuk aku menulis secara merapu mengenai album ini. Pada awalnya dengan konsep lagu yang dibawanya, aku menyangkakan Lana Del Rey adalah artis UK dan selepas beberapa ketika barulah mengetahui asal beliau. Untuk sedia maklum; album ini merupakan album kedua beliau dan seperti reaksi kebanyakkan orang yang terkejut kerana menyangkakan album ini merupakan debut album. Baiklah bergerak ke first single yang berjudul "Video Games" dimana populariti-nya sedikit sebanyak telah menaikkan nama Lana Del Rey di alam internet. Mari lihat


can't see embed video? click here

Seterusnya pada penghujung 2011, lana mengeluarkan second single untuk album ini yang berjudul "Born to Die" iaitu sama dengan judul album. Dimana music videonya telah diarahkan oleh Yoann Lemoine iaitu pengarah sama yang mengarahkan muzik video Katy Perry - Teenage Dream. Pada awal tahun 2012 pula iaitu 27 January, album penuh Born To die telah pun dipasarkan, dimana edisi biasa album ini memuatkan 12 lagu dan bagi edisi khas mempunyai 3 lagu tambahaan.

Setelah seminggu dipasarkan, album ini berjaya debut pada tangga #1 pada carta album UK dan di tangga #2 di US Billboard 200. Tidak pasti samada persembahan yang dikritik hebat di SNL membuat Lana gagal di tangga #1 di US. Baiklah mari lihat senarai lagu yang terdapat dalam album ini :-
Tracklist

# Title (E)
1.Born to Die
2.Off to the Races
3.Blue Jeans
4.Video Games
5.Diet Mountain Dew
6.National Anthem
7.Dark Paradise
8.Radio
9.Carmen
10.Million Dollar Man
11.Summertime Sadness
12.This Is What Makes Us Girls

[-/+] Deluxe Edition

13.Without You
14.Lolita
15.Lucky Ones

* bold - 10/10
Dan untuk single ketiga, Lana memilih lagu berjudul "Blue Jeans". Nampaknya lagu - lagu yang terdapat dalam EP sebelum pengeluaran album ini iaitu "Lana Del Rey" kesemuanya menjadi single tetapi terkecuali "Off The Races". Mari lihat video muzik hitam putih :-

can't see embed video? click here

Aku cuma mengharapkan lagu "Without You" menjadi single walaupun kelazimannya hanya lagu - lagu yang tersenerai di edisi biasa sahaja akan menjadi single #keskeskes. Sebelum mengakhiri; bagi aku kejayaan Lana "untuk diperhatikan" mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi kejayaan Adele kerana dengan trend musik sekarang (dance/techo/dubstep) adalah mustahil untuk muzik bercorak indie untuk naik atau mendapat perhatian buat masa sekarang.
- Sekian

No comments: