Friday, April 26, 2013

Gokai-Busters

Kini tibalah giliran Gobuster dan Gokaiger beraksi bersama dalam satu movie.


Bagi jalan cerita movie ini adalah megambil tempat dimana selepas para Gokaiger pergi planet Zangyack iaitu  ianya diceritakan ketika penamat siri gokaiger dan juga selepas kemunculan Buster Machine; LT-06 (Lion) bagi siri Gobuster.

Pada pengenalan movie ini diceritakan akan perihal kewujudan 5 Ranger Keys baru yang dikenali sebagai Mythic Ranger Keys. Dimana jika kunci ini ditemui dan kelima - lima kunci ini digabungkan suatu kuasa hebat akan dikurniakan kepada pemiliknya.



Kehadiran kapal lanun berwarna hitam menghiasi kisah seterusnya dan disamping itu juga ianya memperkenalkan ketua Zangyack baru; Bacchus Gil dan Waredonaiyer. Malah diperlihatkan juga akan kerjasama antara Enter dan puak Zangyack dalam mencari Mysthic Ranger Keys.



Pertempuran antara Gokaiger dan Gobusters adalah begitu straightforward pada permulaan movie ini, dimana ditunjukkan akan kehadiran versi "gelap" lanun Gokaiger dan kemudian menyerang para Gobusters. Ketika pertempuran sengit berlaku, secara tiba - tiba munculnya villan Gobuster; Enter yang berjaya menemui salah satu dari Mythic Ranger Keys iaitu Red Phantom Ranger Key. Tetapi sebelum itu kehadiran Gokai Silver, Gai yang kebingungan akan pertempuran sesama Sentai.

 

Akibat dari penemuan Red Phantom Ranger Key, secara mengejut satu portal besar menyedut kesemua para Gokaiger serta Yoko, J danGorisaki. Sementara itu yang terselamat adalah Hiromu, Ryuji, Nick, Usada Dan Navi. Lalu tanpa membuang masa squad Gobusters cuba mencari jalan penyelesaian dengan bertanyakan kepada Navi akan sebab utama serangan Gokaiger keatas mereka dan dalam masa yang sama mereka cuba memikirkan dimana mereka dibawa pergi. Pada ketika itu juga diterangkan akan matlamat kedua - dua villan gokaiger dan gobusters dimana bagi Bacchus Gil ialah ingin mengguna kuasa Mythic Ranger Ranger Keys untuk memusnahkan bumi dan bagi Enter adalah untuk membawa messiah pulang.

Pengenalan sudah, kini komen secara pendek
  1. Konsep penceritaan bagi pentermpuran antara sesama super sentai adalah masih lagi sama iaitu kedua - dua pasukan bertempur dan kemudian dipecahkan dan akhirnya bergabung dalam menumpaskan puak jahat. Dimana konsep begini nampak mirip seperti movie Goseiger Vs. Gokaiger.

  2. Jalan cerita lebih memihak kepada Gobusters iaitu selepas mencecah klimaks cerita. dimana banyak difokuskan hubungan antara Buddyroid dan Gobusters sendiri.
  3. Boleh dikatakan movie ini adalah sedikit pengaruh SuperHero Taisen tetapi jalan ceritanya adalah lebih kemas iaitu dalam menceritakan punca Gokaiger menentang Gobusters.
  4. Sumbangan Gokaiger dalam movie ini adalah bertukar ke Super Sentai sebelumnya sahaja dan kegunaan ranger keys yang baru.
  5. Boleh dikatakan agaak muak dengan lokasi serta sudut pengambaran yang hampir sama didalam siri mahupun movie - movie yang lepas.
  6. Kemunculan super sentai berikutnya Kyoryuger tidak dilupakan, dimana ini merupakan pengenalan pertama kepada para penonton akan konsep mereka. Difahamkan siri sentai berikutnya ini merupakan siri yang diilhamkan dari haiwan purba;dinasour dan ini merupakan untuk kali ketiga haiwan purba berkenaan menjadi konsep utama sentai.
Sebelum terlupa, bagi movie ini para gokaiger dapat memperolehi dan menggunakan Gobusters Ultimate Power iaitu selepas Mythic Ranger Keys bertukar kepada Buddy Roid Keys yang membolehkan Megazord bertukar kepada  Megazord dari siri Super Sentai yang lepas melalui Megazord Keys



Antara mecha dari super sentai terdahulu yang digunakan dalam movie ini ialah Daizyujin (Zyuranger), Gaoking (Gaoranger), Gekitouja (Gekiranger), Daibouken (Boukenger), Magiking (Magiranger).

Itu sahaja dari aku diharapakan movie gabungan antara sentai akan datang adalah lebih kreatif dalam menentukan konflik pertarutan sesama sentai. Kini bolehlah aku menonton siri Zyuden Sentai Kyoryuger

- Sekian.

Friday, April 5, 2013

20-20 EXP

Teh king is back

The 20/20 Experience (Deluxe Version)
by Justin Timberlake

align box  playcount | info album : -




Selepas menyepikan diri selama 6 tahun dan kini JT kembali dengan album ketiga beliau yang berjudul "The 20/20 Experience (Deluxe Version)". Kali terakhir beliau menerbitkan album adalah pada tahun 2006 iaitu dengan album FutureSe-/LoveSounds. Bagi penghasilan album ini, JT masih mengekalkan team produksi/ penerbit yang sama seperti album yang lepas iaitu Timbaland. Dimana hampir kesemua dalam album didalam album ini diterbitkan oleh Timbaland dan JT sendiri. Ini mungkin JT masih lagi selesa dengan hasilan muzik bersama Timbo.

Sebelum pemasaran album ini, single pertama telah dikeluarkan iaitu "Suit & Tie" dimana lagu tersebut adalah berkoleberasi bersama JAY-Z. Malah lagu tersebut juga berjaya menduduki ditangga #3 di carta Billboard Hot 100. Seterusnya single kedua iaitu sebelum album ketiga ini dipasarkan iaitu lagu berjudul "Mirror", mari lihat video dibawah


can't see embed video? click here

Berikut adalah senerai judul lagu untuk album ini;-
Tracklist

# Title (E)
1.Pusher Love Girl
2.Suit & Tie
3.Don't Hold the Wall
4.Strawberry Bubblegum
5.Tunnel Vision
6.Spaceship Coupe
7.That Girl
8.Let the Groove Get In
9.Mirrors
10.Blue Ocean Floor

[-/+] Deluxe Edition

11.Dress On
12.Body Count

* bold - 10/10
Walaupun album ini mengandungi 10 lagu bagi edisi biasa tetapi panjang durasi bagi setiap lagu adalah begitu amat-panjang sekali, dimana ianya seperti album yang memuatkan 15 buah judul lagu.

Penjualan untuk minggu pertama album ini telah mengejutkan banyak pihak dimana jangkaan bagi jualan album ini bagi minggu pertama adalah meningkat setiap hari dan akhirnya album ini berjaya terjual sebanyak hampir 1 Juta di pasaran US.-

Berikutnya pula adalah penjualan album ini di serata dunia iaitu album ini berjaya mencecah angka 1 Juta. Malah album ketiga JT ini diramalkan akan menduduki ditangga #1 untuk 3 minggu berturut- turut di carta Billboard 200. (ditulis:April 2013)

Selepas kejayaan album ini, JT dilaporkan akan mengeluarkan album suku kedua untuk "The 20/20 Experience". Dimana dilaporkan album tersebut akan keluar pada bulan November tahun ini. Jadi sila nantikan

Baiklah, itu sahaja dari aku

- Sekian.