Showing posts with label buat. Show all posts
Showing posts with label buat. Show all posts

Monday, April 9, 2012

skin 2012

Agak lama juga aku tidak memperkenalkan kulit baru foorbar2000 aku dan jika diingatkan kali terakhir aku berkongsi dengan kalian adalah awal tahun 2011. Jadi dengan kesempatan diberi aku ingin berkongsi dan inilah kulit baru untuk foobar2000 (fb2k) bagi edisi 2012


jika perhatian kulit baru diatas ternyata tidak banyak perubahan dengan edisi yang lepas tetapi aku hanya membuat perubahan kecil sahaja iaitu kesemua paparan dipecahkan kedalam tabs sahaja dan hanya menambah komponen baru dimana untuk mengantikan komponen lama yang tidak lagi berfungsi (author koding berputus asa). Malah aku mengembalikan semula penggunaan componet Esplaylist, sila lihat dibawah:-


Penggunaannnya semula komponen adalah berpunca atas sebab pengeluaran edisi kemaskini komponent ini yang membaiki sedikit kelemahan lalu dan lagi satu sebab lain ialah jumlah lagu/album yang kian bertambah dan membuatkan daya ingatan aku tidak lagi mampu menampung setiap judul album bagi setiap artis. Lalu sebagai jalan penyelesaian aku memaparkan kulit album ini dengan harapan paparan kulit album ini memudahkan diri aku untuk memainkan lagu.

Jika ingin megetahui nama komponen yang digunakan untuk membina kulit fb2k edisi 2012; dimana ianya tidak banyak berubah dan bolehlah lihat disini . Ah sebelum terlupa, aku menggunakan komponen lyrics baru iaitu; foo_uie_lyrics3 kerana edisi komponen yang kedua tidak lagi berfungsi mencari lirik lagu, lagu baru. Aku tak kongsi skin berjenis ini kerana ianya mudah dibina bak kata pepatah; budak 2 tahun pun boleh buat. Dimana tujuan utama entry ini hanya untuk memberi inspirasi kepada pengguna fb2k yang lain.

Nampaknya sudah bertahun aku masih lagi tidak menggunakan kaedah binaan coloum, ini kerana salah satu sebab kerana berlaku konflik komponen dan sebab lain; aku lebih suka begini kerana ianya mudah dan tidak melibatkan penggunaan memori yang banyak seperti player yang lain walaupun player lain menawarkan kemudahan yang lebih kurang sama.

Selamat mencuba

- Sekian

Sunday, January 23, 2011

fb2k

Hmmm gigih mempelajari cara nak membikin skin/tema kulit sendiri kat foobar2000 (fb2k) dan sejak daripada itu tido pun smpai pukul 4 dimana khusyuk cari komponent + koding kesx3).
tapi akhirnya aku yang pening kerana nak mengubah/edit di CUI, rumit/payah sangat..then terpaksa pakai DUI , kalau anda lihat dibawah : skin dia memang basic gila,itu pun pening ngan komponent (byk xkena ngan version baru)

adakah cantik?

ini sahaja untuk permulaan, nanti lelama nnti pandai la dok buat skin macam winmap dan seangkatan denganya kekeke

dibawah ini merupakan components yg digunakan dalam pembikinan theme seperti diatas :
foo_textdisplay.dll
foo_lyricsdb.dll
foo_facets.dll
foo_playcount.dll
foo_run.dll
manakala font pula, satu jenis saje :

Calibri
ok nantikan pula versi - versi theme/skin dancomponent yang digunakan pula pada masa akan datang

-Sekian-

[kemaskini pada 6/9/2009]
[-/+] Lihat Disini

Hahaha kes banyak masa terluang jadi aku re-create semula fb2k layout/theme/skin. Hmm hanya ingin puaskan kerana album art display sebelum ini amat kecil, jadi aku besarkan sedikit dan buang bahagian yang tidak perlu

Walaubagaimana pun masih tak banyak beza dengan versi sebelum ini



erkk aku masih kurang pandai untuk mereka/design menggunakan coloum ini ditambah pula ketiadaan masa nak mempelajari ( -__-'')

component yang digunakan masih sama, cuma menambah satu component sahaja :
foo_dsp_xover.dll

jadi bagaimana? cantik?

[kemaskini pada 6/12/2010]
[-/+] Lihat Disini

Hmm akibat tiada benda nak dikongsikan, kesannya kini aku berkongsi theme/skin foobar aku yang baru (sudah lama sebenarnya)


*klik to membesokan-nyer*


tiada berubahan besar pada skin versi ini tetapi hanya perubahan size display cover yang lebih besar berbanding sebelum ini dan butiran lanjut mengenai lagu yang dipasang (size lagu & path ). Seterusnya perubahan yang amat menarik ialah menambah component lyrics pada foobar2k untuk skin versi ini iaitu component yang digunakan ialah :
foo_uie_lyrics2
component ini akan mencari lirik secara automatik dan menjadikan lirik anda boleh berkaroke (LRC) dan kini saya boleh berlatih untuk mempunyai suara yang sedap bagi persediaan menyertai rancangan realiti tv....boleh?

[kemaskini pada 1/23/2011]
[-/+] Lihat Disini

Pada theme/skin kali ini, cuba membangunkan theme seperti winmap/ itunes dimana memaparkan kesemua album art (bayangkan kalau beratus - ratus album art ditayangkan sekaligus secara serentak, mcm mane agaknya di fb2k ini?)

untuk menjayakan matlamat tersebut,component yang digunakan adalah satu componet sahaja iaitu :
foo_uie_esplaylist
Selepas beberapa lama pening nak setting paparan playlist akhirnya, inilah hasilnya



nampak hebat kan? tapi bagi aku (bagi aku la) masih ada kelemahan komponent ini kerana tidak kena dengan cara aku mendengar lagu tapi apa pun tak puas tengok album art kecil ketok gini. Jadi aku putuskn xmemakai versi ini kerana hanya mencuba.

[kemaskini pada 1/25/2011
]
[-/+] Lihat Disini

Akibat tidak mahu menggunakan theme pada versi pertama jan 2011, aku recreate semula versi dec 2010 (tidak la secara mendadak) hanya menambah component satu lagi (satu - satu component aku tambah ~_~) iaitu :
foo_uie_biography
Dimana komponent ini akan memaparkan biografi artis ketika satu - satu lagu dipasang. Tetapi kadar memuat agak lambat tidak tahu la masalah apa tapi bagus juga begini dimana boleh mengenali artis dengan lebih lanjut


*klik to besokan

Malah bukan mengenai artis sahaja boleh dipaparkan tetapi album juga (ya album yang ketika dimainkan) tetapi bagi album haram apa tidak keluar hanya album art sahaja, butiran lanjut mengenai album tidak kelihatan

Segala theme baru akan dimasukkan disini, malas nk buat banyak topik mengenai benda yang sama sahaja