Friday, August 23, 2013

War Ultimatum



Yeahhh ianya mengenai movie gabungan 2 siri Kamen Rider yang paling terbaru dan ianya berjudul;  
Kamen Rider × Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie War Ultimatum. Dimana movie ini ditayangkan pada hujung tahun 2012. Bagi timeline plot movie ini dengan siri television  Kamen Rider Wizard ialah mengambil tempat sebelum ketiadaan Phoenix.

Permulaan movie ini dimulakan dengan kemunculan Medusa dan Phoenix dan kemudiannya munculnya villan "baru" iaitu Xatan, Eel dan Gahra dimana mereka mengelarkan diri mereka sebagai Akumaizers*.



Kemudiannya mereka menerangkan niat jahat mereka adalah untuk menghidupkan semula semua raksasa seterusnya membalas dendam kepada umat manusia yang mengusir mereka ke "bawah tanah" ribuan tahun lalu.

Untuk pengetahuan pembaca penceritaan bagi kedua siri terbaru Kamen Rider iaitu Fouze dan Wizard didalam movie ini telah dipecahkan kepada dua bahagian terlebih dahulu:-

Bahagian pertama; penceritaan terlebih dahulu menceritaan kisah 5 tahun kehadapan bagi watak - watak Kamen Rider Foure. Dimana diceritakan akan kejayaan ahli - ahli Kamen Rider Club dalam kehidupan mereka dan dalam pada itu dipaparkan akan kisah yang berlaku di sekolah lama Gentarou dan rakan - rakan iaitu sebahagian pelajar sekolah terbabit terjebak dalam rancangan jahat Akumaizers. Bagi menghalang pelajar terbabit menyertai rancangan jahat terbabit Kamen Rider Club bergabung semula dalam mengagalkan rancangan terbabit.

Disamping itu didalam bahagian Kamen Rider Fourze terdapat kemunculan wira dari francais lain iaitu Inazuman*. Seperti yang dapat dilihat kemunculannya ini disertakan dengan rekaan custome baru dan kisahnya didalam bahagian penceritaan Fourze ini tiada kaitan siri asal Inazuman.



Bahagian kedua; penceritaan tertumpu kepada Wizard dalam menyelamatkan Gates yang menjadi tahanan Akumaizer. Bagi kisah Wizard ianya terjadi dalam waktu semasa berbanding kisah Fourze yang berlaku lima tahun kehadapan. Pertarungan kali ini tidak terumpu kepada Medusa dan Phoenix, sebaliknya tertumpu kepada kumpulan jahat Akumaizer.

Jika didalam bahagian penceritaan Fourze terdapat kemunculan Inazuman, didalam bahagian penceritaan Wizard pula terdapat penampilan khas Bishōjo Mask Poitrine* iaitu sama seperti Inazuman, kisahnya didalam bahagian penceritaan Wizard tiada kaitan dengan siri/manga asalnya



Bahagian gabungan; Kisah seterusnya berlangsung didalam Underworld Gates dimana Wizard berusaha dalam membawa pulang semula Gates dari dunia fantasinya dan kemudian Wizard mendapat pertolongan daripada Kamen Rider lain dalam menumpaskan Akumaizers.



Kisah pertarungan bersama Akumaizers tersebut berlarutan sehingga kepenamat cerita dengan meyelitkan aksi kejar mengejar dan aksi perlawanan ala permainan video konsol.

Secara keselurahan penceritan tampak bagus dan menarik tetapi didalam teknik penceritaan diharapkan ianya dapat diolah atau dipelbagaikan kerana sejak dua - tiga movie Kamen Rider teknik penceritaan yang sama masih digunakan.

- Sekian.

(*)penampilan khas dari Ishimori Productions iaitu penerbit bersama bagi movie ini.

No comments: