Monday, July 29, 2013

Rise

Agak perlahan aktiviti menonton, jadi entry ini mengandungi lebih dari 1 review jdrama. Kedua - dua ini aku gabungkan kerana persamaan yang wujud dalam perwatakaan watak utama drama terbabit.


Title: リッチマン、プアウーマン
Title (romaji): Rich Man, Poor Woman
Genre: Romantic comedy
Episodes: 11
Pada permulaan penceritaan drama ini tertumpu akan kehidupan dua insan yang berbeza status pekerjaan, dimana watak Hyuga Toru yang dimainkan oleh Oguri Shun merupakan CEO sebuah syarikat IT yang terkenal dan berjaya manakala watak Sawaki Chihiro dilakonkan oleh Ishihara Satomi merupakan seorang gadis muda yang masih mencari peluang perkerjaan. Dalam pada yang sama ianya menceritakan bahawa watak Hyuga Toru menghadapi masalah dalam mengecam muka, mengingati nama seseorang individu. Perkembangan kisah berikutnya tertumpu kepada bagaimana dua watak berkenaan bertemu dan berkenalan diatas kisah silam Hyuga Toru dan dalam pada itu ia memaparkan akan kisah - kisah yang berlaku di Next Innovation dan kehidupan "Sawaki Chihiro" sendiri.

Malah konflik yang ditunjukkan adalah kejatuhan watak Hyuga selepas Sistem Personal Fail yang dibangunkan syarikatnya berhadapan dengan masalah dan dalam pada itu beliau juga kehilangan seorang rakan karib.

Berbalik kepada salah satu genre drama ini; Romantic, kisahnya mula berkembang apabila watak Hyuga Toru mula keluar daripada syarikat Next Innovation. Daripada situ kisah antara watak utama mula dicertiakan dimana ditunjukkan watak "Sawaki Chihiro" sentiasa bersama Hyuga dan selalu memberi sokongan. Akibat kisah percintaan mereka yang kurang, lalu ianya dibawa ke episode khas iaitu mengambil latar belakang bandaraya New York sebagai tempat kisah tersebut bermula.

Keseluruhannya drama ini sangat dekat dengan aku kerana ianya membabitkan syarikat IT yang membangunan sistem lalu secara serba sedikit, idea - idea yang ditonjolkan didalam drama ini membabitkan pembangunan sistem itu sendiri boleh diterapkan.

Seterusnya drama kedua~


Title: PRICELESS~あるわけねぇだろ,んなもん!~
Title (romaji): PRICELESS~There's no such thing!~
Genre: Comedy
Episodes: 10
Seterusnya adalah drama yang dibintangi oleh Kimura Takuya pada tahun 2012. Drama yang penuh inspirasi ini mengisahkan akan perubahan hidup Kindaichi Fumio yang pada mulanya merupakan seorang yang berkerjaya lalu berubah menjadi seorang gelandangan akibat perlu bertanggungjawab keatas kesalahan yang tidak dilakukan lalu dipaksa meletak jawatan.

Kehidupan Kindaichi seterusnya agak kucar kacir selepas ketiadaan rumah dan pada usia beliau yang berusia amat sukar mendapat perkerjaan lalu beliau terpaksa merempat dijalanan. Tetapi nasibnya berubah selepas terjumpa dua orang kanak - kanak yang membawa beliau ke "rumah sewa gelandangan" dan dalam pada yang sama beliau banyak mempelajari dari dua orang kanak - kanak tersebut untuk mencari wang.

Tuduhan yang dibabitkan keatas Kindaichi mendapat perhatian seorang wanita dipejabat berkenanan iaitu watak Nikaido Saya dilakonkan oleh karina. Dimana beliau cuba menegakkan kebenaran untuk pihak Kindaichi dengan menyiasat akan aliran tuduhan yang dituduh kepada Kindaichi. Tetapi malangnya beliau tewas dan dibuang perkerjaan daripada syarikat berkenaan. Tindakan Nikaido Saya itu membuatkan watak Moai Kengo, iaitu bekas boss kepada Kindaichi meletak jawatan selepas berasa serba salah akan nasib yang menimpa Kindaichi dimana sebelum ini beliau diarahkan untuk tutup mulut dan juga ditawarkan jawatan tertinggi akibat kes yang berlaku kepada Kindaichi.

Seterusnya dipendekkan cerita mereka bertiga berkerjasama untuk bangun dari "kegagalan" mereka dengan melaksanakan projek penghasilan termos yang mengekalkan kepanasan selama 2 hari. Sepanjang episode bagi penghasilan termos tersebut ditunjukkan akan cabaran yang terpaksa mereka bertiga tempuhi.


-Sekian

No comments: