Showing posts with label takei emi. Show all posts
Showing posts with label takei emi. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Breathless

Bertemu lagi kita didalam entri "drama-terbaru-aku-baru-tengok". Kali ini seperti yang sudah - sudah,  drama pelakon Takei Emi menjadi pilihan lagi iaitu drama tersebut berjudul Iki mo Dekinai Natsu. Untuk pengetahuan, drama ini adalah untuk musin panas dan ketika musim luruh berlaku, baru aku selesai menontonya.


Title: 息もできない夏
Title (romaji): Breathless Summer
Genre: Human/family drama
Episodes: 11
Selain membariskan Takei Emi sebagai pelakon utama, pelakon utama lain adalah Yosuke Eguchi, Yoshino Kimura dan pelakon yang dinantikan untuk membuat debut beliau dalam drama mingguan ialah Kazuki Shimizu (Gokai Green, Gokaiger).

Mengenai kisah penceritaan drama ini boleh dikatakan ianya tidaklah begitu "teruja", dimana kisah utama penceritaan adalah mengenai watak Rei Tanizaki, seorang gadis remaja yang tinggal bersama ibunya dan seorang adik perempuan secara aman damai dan berkerja disebuah kedai pastri. Malah watak Rei ditonjolkan berkemahiran adalah dalam membuat Pai Epal yang sedap.

Tanpa membuang masa, konflik drama ini mula timbul apabila Rei telah ditawarkan untuk menjadi perkerja sepenuh masa dikedai pastri berkenaan selepas 4 tahun berkerja disana. Seperti keperluan untuk menjadi perkerja tetap dimana - mana syarikat atau kerajaam, dokumen diri seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya diperlukan dalam memenuhi syarat jawatan yang ditawarkan.

Didalam menguruskan dokumen perkerjaan serta mendapatkan salinan sijil kerakyatan , watak Rei baru tersedar akan dirinya yang tidak memiliki "kad pengenalan" dan yang lebih malang iaitu; ketidak-wujudan nama beliau didalam sistem pendaftaran penduduk/keluarga. dimana ini berlaku selepas Rei melawat pejabat daerah dimana nama beliau tidak terdapat didalam alamat yang dinyatakan .
Difahamkan menerusi drama ini

Dijepun  akibat penduduk yang begitu ramai mereka tidak mempunyai kad pengenalan seperti dimalaysia, sebaliknya lesen memandu dan kad insuran kesihatan menjadi kad pengenalan mereka.

Akibatnya bagi mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan, maka secara keseluruhannya mereka tidak boleh berurusan rasmi dengan kerajaan, mendapatkan perkhidmatan kesihatan hospital, pekerjaan, berkahwin, mendapatkan passport dan sebagainya yang memerlukan "kad pengenalan".
Berbalik kepada drama ini. Kisah penceritaan dalam setiap satu episode yang terdiri daripada 11 episode ini;  mamaparkan kesukaran watak Rei dalam mendapatkan "kad pengenalan" dan dalam pada masa yang sama, kisah silam ibu Rei mula terbongkar sedikit demi sedikit dan secara tidak langsung juga menjelaskan sebab yang jelas mengapa nama beliau tidak didaftarkan dalam pendaftaraan keluarga. Akibat daripada itu Rei perlu membukti kewujudan beliau didalam keluarganya iaitu berdasarkan syarat - syarat yang ditetapkan.


Didalam berhadapan kesukaraan tersebut dan satu persatu rahsia silam mula terbongkar, dipaparkan watak Rei mula berbaik dengan watak Ryuichiro Kiyama iaitu perkerja di pejabat daerah (ward office). Dimana watak Ryuichiro Kiyama banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada Rei dalam membolehkan beliau didaftarkan didalam pendaftaran penduduk/keluarga.

Disamping itu juga, drama ini memaparkan akan kisah hidup watak Ryuichiro Kiyama yang menjadi menjadi ayah "angkat" kepada sebuah keluarga. Dalam pada itu, penceritaan diselitkan akan kisah individu - individu lain yang senasib dengan watak Rei iaitu nama mereka tidak didaftarkan didalam pendaftaraan penduduk/keluarga. Seterusnya identiti watak misteri yang menjadi tanda tanya sepanjang episode mula terbongkar diklimaks episode penceritaan drama ini.

Baiklah, itu sahaja serba sedikit pengenalan drama ini iaitu aku banyak diambil dari kisah di episode pertama dan serba sedikit pengenalan dikisah episode seterusnya, Secara keseluruhan, boleh dikataan pegeraakan jalan cerita adalah begitu lambat dimana dalam menceritakan satu - satu masalah yang timbul dalam membolehkan watak Rei mendaftarkan namanya dalam pendaftaran keluarga seterusnya adakah Rei berjaya memperolehi status perkerja tetap dipastri berkenaan.

Komen ringkas perihal lain - lain secara ber-point :-
  • Agak bosan dengan watak yang diberi kepada Takei Emi, kerana lazimnya watak seorang gadis yang baik/ lemah lembut merupakaan watak yang sering dimainkan beliau didalam drama - drama sebelumnya. Seharusnya diberi peranan watak yang berbeza.
  • Lagu ADELE "Set Fire To The Rain" menjadi lagu pembukaan drama ini. Untuk kali pertama aku setuju dengan pemilihan lagu iaitu lirik lagu seiring dengan jalan cerita. Digambarkan watak Rei Tanizaki yang "membara" dalam kesedihan.
itu sahaja dari aku, kini memantikan drama lain dari Takei Emi dimana ada satu lagi drama baru dan sehingga kini drama tersebut masih lagi berlangsung iaitu judulnya "Tokyo Zenryoku Shoujo"

-Sekian, selamat menonton

Saturday, June 23, 2012

VV

Berkesempatan menonton drama Takei Emi yang paling terbaru. Walaupun sebelum ini berkeras agar tidak menonton drama berspesiskan misteri, tetapi kerana Emi aku menonton jua.


Title: Wの悲劇
Title (romaji): W no Higeki
Genre: Mystery, drama
Episodes: 8

Baiklah ada beberapa pengenalan yang ingin aku huraikan, dimana drama ini adalah diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama dengan drama ini iaitu "W no Higeki" (Tragedi W). Ditulis oleh Natsuki Shizuko dan novel tersebut telah diterbitkan pada tahun 1982. Mengenai drama ini pula, pelakon wanita terkenal; Takei Emi melakonkan watak dua orang gadis yang berbeza dimana kedua - duanya adalah watak utama drama ini.

Perihal penceritaan drama ini adalah mengisahkan mengenai penghidupan 2 orang gadis iaitu Mako dan Satsuki dimana mereka berdua memiliki rupa bentuk muka yang serupa dan kemudianya mereka telah membuat kata sepakat untuk bertukar penghidupan masing - masing selepas watak Satsuki berdepan dengan masalah. Dalam masa yang sama, bergerakkan jalan cerita dari setiap episode ke episode lain dalam drama ini adalah menunjukkan akan dua kisah penghidupan watak utama yang berbeza dalam masa yang sama berdepan pelbagai cabaran. Dimana watak Mako merupakan cucu kepada  keluarga jutawan Watsuji (senang) manakala watak Satsuki pula hanya seorang gadis cuci disebuah kelab dan sanggup menjual dirinya untuk menyara hidup (susah). Selepas kedua - dua watak utama ini bertemu dan bertukar hidup mereka, jalan cerita tertumpu akan penghidupan lazim watak yang bertukar tersebut dan yang utama adalah menceritakan bagaimana dua watak ini cuba berubah menjadi orang yang "baru". 

Berhubung kait dengan genre drama ini iaitu misteri /drama, penceritaan drama ini tampak lebih difokuskan kepada watak Satsuki yang bertukar menjadi Mako iaitu ditunjukkan bagaimana keadaan berubah apabila Satsuki memasuki rumah keluarga Watsuji dan selepas itu berlakunya satu "kemalangan" didalam keluarga tersebut. Manakala bagi kisah Mako yang bertukar menjadi Satsuki pula, kurang hebat jalan ceritanya. Dimana ditunjukkan bagaimana Mako menjalani liku - liku hidup kepayahan yang dialami oleh Satsuki sebelum ini, dan dalam masa yang sama, watak Mako terpaksa menghadapi kesan dan akibat atas perbuatan Satsuki yang terdahulu dimana watak Satsuki didakwa telah melakukan jenayah sebelum itu.


simbolik bertukar telefon bimbit

Walaupun drama ini terdapat beberapa perubahan pada watak utama tetapi jalan cerita masih mengikuti dengan jalan cerita asal (novel), akan tetapi pergerakkan jalan cerita tampak agak terlalu terburu - buru terutama dalam menghuraikan akan sesuatu misteri dan kurang diselitkan dengan element *buat-hati-cemas/tak senang-duduk. Malah drama ini juga agak terbalik konsepnya dengan konsep drama jepun dewasa ini, dimana jika kini banyak drama bermotifkan penyiasatan tetapi drama ini pula, bertukar konsepnya sedikit. Tetapi agak ralat bagi aku selepas melihat jumlah episode drama ini kerana tidak pasti penceritaan drama ini terlalu mengikuti jalan cerita novel mahaupun versi filemnya yang pernah diterbitkan pada tahun 1984. Ini disebabkan banyak kisah yang tidak dihuraikan seperti; 
  1. Apakah motif yang jelas watak Mako untuk menukar hidupnya dengan Satsuki walaupun pada permulaan episode ada ditunjukkan beberapa sebab "samar".
  2. dan juga apakah sebab/punca tercetusnya misteri pantang larang keluarga Watsuji; ianya tidak diceritakan dengan lebih mendalam. 

Kini aku ingin menyentuh pula akan lagu latar yang terpekik didalam drama ini; iaitu single terbaru dari Ken Hirai, walaupun aku tak suka cara beliau menyanyi iaitu seperti membaca tetapi bagi lagu yang dinyanyi untuk drama ini agak berbeza dan menarik sekali, kerana lagu tersebut mempunyai mood misteri seperti drama ini. 

Itu sahaja dari aku dan jika berkesempatan, aku ingin menonton versi filemnya pula kerana mugkin huraian penceritaan agak sedikit berbeza dan mungkin lebih jelas. Satu pesanan; jika Takei Emi ada drama baru, jangan lupa nanti review aku xD


- Sekian

Saturday, June 2, 2012

Asuko March!

Agak lama aku tidak membuat entri mengenai jdrama, jadi dengan masa yang ada aku buatlah satu bagi menghilang perasaan jemu kalian pembaca menghadap entri mengenai adiwira sahaja. Kateria pemilihan untuk menonton jdrama kali ini aku tidak menekankan kepada rating jdrama tersebut kerana aku hanya fokus kepada pelakon wanita utama jdrama ini iaitu Takei Emi

Title: アスコーマーチ!
Title (romaji): Asuko March!
Genre: School drama
Episodes: 9
Seperti yang dapat dilihat dari maklumat ringkas diatas, JDrama ini adalah ber-genrekan budak sekolah jadi segala latar belakang persekitaran dan watak mahupun perwatakkan serta pakaian adalah sangat mirip dengan budak sekolah jepun. Baiklah aku nak memberi sedikit info dimana pelakon lelaki utama jdrama ini iaitu Matsuzaka Tori; merupakan pelakon yang membawa peranan ShikenRed didalam siri super sentai Shinkenger (itu sahaja).

Kita mulakan dengan menghuraikan mengenai jalan cerita; dimana kisah bermula apabila Noa menjejakkan kakinya disekolah teknikal yang boleh dikatakan disekolah itu dipenuhi pelajar lelaki dan bilangan pelajar perempuan adalah sedikit sahaja, sekitar 1 ~2 orang dan sekolah itu juga dikatakan sekolah "kurang pandai" kerana rata - rata pelajar di sekolah gagal dalam mana - mana ujian kemasukkan ke sekolah tinggi. Manakala kemasukkan Asuko kesekolah itu adalah berpunca atas kesilapannya mengisi borang kemasukkan dan juga atas desakan datuknya. Penceritaan pada permulanya lebih menghuraikan akan sikap ragu -ragu Noa untuk sambung belajar disekolah itu lalu dengan serta merta berhajat untuk bertukar ke sekolah lain. Dalam masa yang sama ianya menceritakan mengenai permulaan kisah cinta Noa dengan rakan sekelasnya; Aruto yang secara tidak sengaja berjumpa dibelakang sekolah sebelum itu. Disamping itu juga ia menunjukkan penghidupkan Noa dengan datuknya yang lebih kurang serasi. 

Mengenai pengerak jalan cerita bagi setiap episode jdrama ini adalah mengisahkan "bagaimana Noa berbaik dengan hampir setiap rakan sekelasnya" iaitu samada dengan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah keluarga mahupun teman wanita. Dalam pada itu juga, ianya menceritakan serba sedikit mengenai kisah hidup Aruto yang susah dalam menjaga ibunya yang sakit. Oleh yang demikian, aku boleh membuat hipotesis bahawa perkembangan jalan cerita bagi setiap episode drama ini adalah mirip dengan konsep perkembangan setiap episode siri jdrama Gokusen, Gokusen 2 dan Gokusen 3. Tidak dilupakan juga, apa yang lagi menyamakan drama siri ini dengan jdrama Gokusen ialah; Noa merupakan pelajar perempuan tunggal didalam kelas tersebut  dan yang lainnya merupakan pelajar lelaki. Malah setiap daripada mereka berkelakuan sangat samseng. 

Akibat daripada konsep jalan cerita sebegitu, maka peghujungnya sudah boleh diramal dimana mereka semua berbaik dan belajar dengan "tekun". Lagipun jdrama ini hanya 9 episode, jadi tidak tertekan untuk menonton. Malah jdrama ini mengandingkan semula Gouriki Ayame & Takei Emi yang sebelum ini berlakon bersama didalam jdrama Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta, tetapi kali ini mereka tidak ditugaskan menjadi kawan baik tetapi boleh dianggap musuh seketika.


Apa yang menambah tarikan mengenai jdrama ini kerana ianya berlatarbelakangkan sekolah teknikal lalu kebanyakkan babak - babak yang  berlaku adalah dibengkel dan sebagainya. Ini mungkin sesuatu yang baru bagi aku akan melihat konsep drama persekolahan yang berlatarbelakangkan mesin - mesin dan alatan gerudi. Ini kerana kebanyakkan drama yang memegang genre persekolaham pada masa kini, adalah membabitkan sekolah anak orang kaya dan sekolah tidak pandai tetapi bidang sekolah tersebut kurang ditonjolkan mahupun ditekankan.

Seperkara lagi sebelum nak habis menulis, ada diantara babak didalam jdrama ini membuat aku terkejut kecil iaitu ketika Noa berusaha mencari abang kazuya di alam maya permainan video online, dimana ianya memaparkan para kaki video games sedang bermain Ragnarok Online (RO), lalu terfikir; "dalam banyak - banyak game, RO jugak yang diambil" dan daripada itu aku pun rasa terpanggil untuk bermain permainan ini selepas berehat panjang.

Itu sahaja dari aku dan entry mengenai jdrama dimasa akan datang mungkin lebih lambat selepas m.u ditutup dan kena mencari lubuk baru.

- Sekian.

Friday, September 2, 2011

Important Things

wah panjang tajuk jdrama kali ini, "Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta"

Title: 大切なことはすべて君が教えてくれた
Title (English): I Learned All the Important Things from You
Genre: Romance, school
Episodes: 10
Seperti yang diperkatakan sebelum ini aku mencuba menonton jdrama genre lain iaitu selain daripada jdrama bergenre lawak sahaja; ubah haluan sekali sekala. Baiklah pada kali ini aku cuba menonton jdrama bergenrekan romantik (erkkk) dan tarikan utama untuk menonton siri drama ini adalah kerana pelakon wanita utama jdrama ini iaitu Toda Erika (Death Note 1,2).

Jalan cerita jdrama ini sungguh pantas dibahagian ekposisi (permulaan) dimana ianya terus memaparkan kemunculan orang ketiga yang akan merumitkan perhubungan cinta dua pasangan yang bercinta, yakni tanpa menunjukkan bagaimana proses bercinta watak utama. Selepas itu jalan cerita drama ini bergerak agak perlahan sedikit iaitu dari episode 1 hingga 5, dimana jalan cerita lebih menumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh pelakon watak utama lelaki (Shuji) dalam menyimpan perkara yang akan mengecewakan tunangnya (Natsumi). Malah diselitkan juga beberapa element suspen dalam perkembangan jalan cerita dari episode 1 - 5 iaitu bagaimana orang ketiga (Hikari) itu cuba memutuskan perhubungan cinta pasangan watak utama drama ini. (sewajarkan tambah genre disitu). Lepas memasuki episode 6 timbul pula masalah lain iaitu terbongkarnya mengenai "kecacatan" Hikari dan dalam masa yang sama, ianya menjawab segala misteri yang menjadi tanda tanya pada episode sebelumnya. Setelah segala misteri terrungkai, timbul pula akan keraguan Shuji akan cintanya terhadap Natsumi sehingga terpaksa membatalkan perkhawinan yang telah lama dirancang tetapi perkara ini tidak disetujui oleh Natsumi yang amat mencintai Shuji. Episode seterusnya begitu bosan bagi aku dimana menonton watak lelaki bodoh yang tidak membalas cinta Natsumi yang lawa (tapi Hikari pun lawa) :-


watak Hikari yang dilakonan oleh Takei Emi

Sementara itu, pada episode 7 dan keatas, dapat dilihat watak Natsumi menarik diri dari cinta 3 segi ini dan menumpukan pada perkara "lain". Lalu kisah penceritaan bergerak 3~5 bulan kehadapan dan dapat dilihat watak Shuji banyak meluangkan masa bersama Hikari kerana ingin membantu masalah yang dihadapinya(bantulah sangat), namun perasaan cinta Shuji terhadap Hikari masih lagi menjadi tanda tanya sehinggalah suku episode penghabisan. Hmm itu sahaja main plot yang aku rasa wajar dikongsi, yang lain pergi tengok.

Baiklah, apa yang pelik mengenai drama ini, aku dapat lihat dua orang cikgu bercinta didalam sekolah yang sama (Shuji & Natsumi) dan jika ditengokkan dalam drama - drama jepun yang lain adalah dilarang cikgu dan cikgu bercinta didalam sekolah yang sama. Bermungkinan ini peraturan sesetengah sekolah swasta sahaja dan berkemungkinan bukanya datang dari kementerian pengajian jepun. Sepekara lagi dapat dilihat juga bagaimana penerimaan cikgu - cikgu lain dan para pelajar sekiranya ada cikgu yang terbabit dengan masalah displin iaitu begitu amat tragis sekali.

Sepanjang menonton jdrama ini, kedenganran banyak lagu P!nk dipasang sebagai lagu latar tetapi alangkah malangnya dimana kebanyakkan lagu terbabit tidak sesuai dengan suasana dan emosi sesuatu babak (lirik lagu terutamanya), sebagai contoh:-
"Dead Mr. President" - Babak sedih
"Stupid Girl" - Lagu tema kemunculan hikari (dia tak bodoh)
dan selepas beberapa episode menonton, rupanya tujuan memainkan lagu p!nk adalah untuk mempromosikan album Greatest Hits beliau dipasaran Jepun. Baiklah akibat sudah meyentuh mengenai lagu, lagu ending/penutup untuk jdrama ini adalah didendangkan oleh Porno Graffitti dengan tajuk lagunya EXIT, sila dengar dibawah (TV Size) :-

can't see embed audio? click here

Kesimpulanya, cerita inilah yang sebenarnya "Born This Way" iaitu memaparkan kisah penderitaan Hikari dalam cubaan mencintai dan dicintai seseorang. Sebelum mengakhiri, kita lihat semula pada tajuk drama ini, " I Learned All the Important Things from You". Hmm siapa yang "Learned All the Important Things?" sudah tentu watak utama lelaki (Shuji) dan "from you?" berkemungkinan bagi aku adalah dari watak Hikari.

Hmmm, begitu rumit kisah cinta -cinta ini, apapun cabaran sudah disahut dan genre apa pula lepas ini? sila nantikan

- Sekian

kredit - dramawiki