Saturday, June 2, 2012

Asuko March!

Agak lama aku tidak membuat entri mengenai jdrama, jadi dengan masa yang ada aku buatlah satu bagi menghilang perasaan jemu kalian pembaca menghadap entri mengenai adiwira sahaja. Kateria pemilihan untuk menonton jdrama kali ini aku tidak menekankan kepada rating jdrama tersebut kerana aku hanya fokus kepada pelakon wanita utama jdrama ini iaitu Takei Emi

Title: アスコーマーチ!
Title (romaji): Asuko March!
Genre: School drama
Episodes: 9
Seperti yang dapat dilihat dari maklumat ringkas diatas, JDrama ini adalah ber-genrekan budak sekolah jadi segala latar belakang persekitaran dan watak mahupun perwatakkan serta pakaian adalah sangat mirip dengan budak sekolah jepun. Baiklah aku nak memberi sedikit info dimana pelakon lelaki utama jdrama ini iaitu Matsuzaka Tori; merupakan pelakon yang membawa peranan ShikenRed didalam siri super sentai Shinkenger (itu sahaja).

Kita mulakan dengan menghuraikan mengenai jalan cerita; dimana kisah bermula apabila Noa menjejakkan kakinya disekolah teknikal yang boleh dikatakan disekolah itu dipenuhi pelajar lelaki dan bilangan pelajar perempuan adalah sedikit sahaja, sekitar 1 ~2 orang dan sekolah itu juga dikatakan sekolah "kurang pandai" kerana rata - rata pelajar di sekolah gagal dalam mana - mana ujian kemasukkan ke sekolah tinggi. Manakala kemasukkan Asuko kesekolah itu adalah berpunca atas kesilapannya mengisi borang kemasukkan dan juga atas desakan datuknya. Penceritaan pada permulanya lebih menghuraikan akan sikap ragu -ragu Noa untuk sambung belajar disekolah itu lalu dengan serta merta berhajat untuk bertukar ke sekolah lain. Dalam masa yang sama ianya menceritakan mengenai permulaan kisah cinta Noa dengan rakan sekelasnya; Aruto yang secara tidak sengaja berjumpa dibelakang sekolah sebelum itu. Disamping itu juga ia menunjukkan penghidupkan Noa dengan datuknya yang lebih kurang serasi. 

Mengenai pengerak jalan cerita bagi setiap episode jdrama ini adalah mengisahkan "bagaimana Noa berbaik dengan hampir setiap rakan sekelasnya" iaitu samada dengan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah keluarga mahupun teman wanita. Dalam pada itu juga, ianya menceritakan serba sedikit mengenai kisah hidup Aruto yang susah dalam menjaga ibunya yang sakit. Oleh yang demikian, aku boleh membuat hipotesis bahawa perkembangan jalan cerita bagi setiap episode drama ini adalah mirip dengan konsep perkembangan setiap episode siri jdrama Gokusen, Gokusen 2 dan Gokusen 3. Tidak dilupakan juga, apa yang lagi menyamakan drama siri ini dengan jdrama Gokusen ialah; Noa merupakan pelajar perempuan tunggal didalam kelas tersebut  dan yang lainnya merupakan pelajar lelaki. Malah setiap daripada mereka berkelakuan sangat samseng. 

Akibat daripada konsep jalan cerita sebegitu, maka peghujungnya sudah boleh diramal dimana mereka semua berbaik dan belajar dengan "tekun". Lagipun jdrama ini hanya 9 episode, jadi tidak tertekan untuk menonton. Malah jdrama ini mengandingkan semula Gouriki Ayame & Takei Emi yang sebelum ini berlakon bersama didalam jdrama Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta, tetapi kali ini mereka tidak ditugaskan menjadi kawan baik tetapi boleh dianggap musuh seketika.


Apa yang menambah tarikan mengenai jdrama ini kerana ianya berlatarbelakangkan sekolah teknikal lalu kebanyakkan babak - babak yang  berlaku adalah dibengkel dan sebagainya. Ini mungkin sesuatu yang baru bagi aku akan melihat konsep drama persekolahan yang berlatarbelakangkan mesin - mesin dan alatan gerudi. Ini kerana kebanyakkan drama yang memegang genre persekolaham pada masa kini, adalah membabitkan sekolah anak orang kaya dan sekolah tidak pandai tetapi bidang sekolah tersebut kurang ditonjolkan mahupun ditekankan.

Seperkara lagi sebelum nak habis menulis, ada diantara babak didalam jdrama ini membuat aku terkejut kecil iaitu ketika Noa berusaha mencari abang kazuya di alam maya permainan video online, dimana ianya memaparkan para kaki video games sedang bermain Ragnarok Online (RO), lalu terfikir; "dalam banyak - banyak game, RO jugak yang diambil" dan daripada itu aku pun rasa terpanggil untuk bermain permainan ini selepas berehat panjang.

Itu sahaja dari aku dan entry mengenai jdrama dimasa akan datang mungkin lebih lambat selepas m.u ditutup dan kena mencari lubuk baru.

- Sekian.

No comments: