Sunday, June 10, 2012

Mita-san

Bertemu kembali kita didalam sudut review J-Drama dan drama yang bertuah untuk ditonton pada kali ini ialah : Kaseifu no Mita.  Pemilihan jdrama ini kerana melihat akan ratingnya yang sangat tinggi berbanding jdrama yang pernah aku tonton. Baiklah kita mulakan :-


Title: 家政婦のミタ
Title (romaji): Kaseifu no Mita
Genre: Mystery, family
Episodes: 11

Pengenalan ringkas mengenai jdrama ini; dimana ianya mengisahkan watak Mita Atari yang berkerja sebagai pembantu rumah secara kontrak. Kemudiannya beliau telah ditugaskan untuk berkerja dirumah keluarga Asuda yang "baru" sahaja kematian isteri dan ahli keluarga tersebut terdiri daripada papa Asuda, 2 orang anak lelaki mereka (Kakeru, Kaito) dan 2 orang anak perempuan (Yui, Kii).

Pengutamaan cerita drama ini adalah lebih difokuskan kepada watak Mita-san dan bagi mengupas akan kisah watak utama, kisah keluarga Asuda diceritakan. Baiklah aku akan menulis serba sedikit mengenai ringkasan untuk permulaan episode drama ini. Dimana bertujuan untuk menarik minat pembaca sekalian untuk menonton.

  • Pada epsidoe permulaan banyak mempaparkan bergolakkan perasaan/emosi watak kanak - kanak drama ini yang bersedih mengenangkan kehilangan ibu mereka terutama watak anak bongsu keluarga ini; Kii. Seterusnya pada episode 2, diceritakan secara serius, mengenai apa yang dihadapi oleh Kaito dengan dengan rakan sekelasnya yang membulinya.
  • Apabila mencapai episode 3, rahsia yang disimpan oleh papa Asuda akan punca kematian isterinya sudah diketahui oleh setiap anaknya dan tercetus pertelingkahan sesama mereka. Dan dalam pada masa yang sama bermulalah penyiasatan kanak - kanak ini  yang cuba mengorek kisah silam Mita-san selepas ianya dilarang oleh Mita-san sendiri untuk mengajukan soalan peribadi. Pada episode 4 pula, dapat dilihat bahawa keluarga ini berpecah dan anak bongsu, Kii mengharapkan Mita-san dapat menyatukan keluarga ini semula. Kemudian diceritakan pada episode 5 pula adalah mengenai masalah yang dihadapi Kakeru selepas rahsia ayahnya dihebohkan dan diketahui masyarakat sekeliling dan diceritakan juga bagaimana ayahnya menguruskan masalah rahsia yang dihadapainya. 
  • Disamping pernceritaan keluarga Asuda sepanjang episode permulaan sehingga pertengahan, ada diceritakan juga mengenai perihal watak Mita-san, dimana beliau merupakan seorang suri rumah yang cekap dalam melakukan kerja - kerja rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Malah beliau juga sering membawa beg misteri yang mengandungi pelbagai benda/alat keperluan untuk kegunaan ketika bertugas. Disamping itu juga, ia memaparkan perwatakkan Mita-san yang tidak senyum, tidak menangis, tidak merungut (seperti robot) dan tidak membantah akan setiap arahan majikan mahupun ianya arahan yang amat tragis. Seterusnya, Mita-san juga mengetahui akan setiap perkara (kamus bergerak), sebagai contoh; mengetahui setiap nama ahli AKB48. Perwatakkan Mita-san yang sedemikian memyebabkan keluarga Asuda, terutama anak - anak keluarga Asuda menyukai beliau dan teruja untuk mengetahui kisah latar belakangnya.

Aku rasa, itu sahaja ringkasan jalan cerita bagi setiap episode yang boleh aku tulis, disebabkan episode seterusnya merupakan klimaks cerita dan aku tidak suka menulis spoiler secara banyak. Tetapi aku cuma nak mengulas pada episode suku penghabisan; dimana ditunjukan babak Mita-san menceritakan segala kisah silamnya yang begitu menyayat hati. Tetapi agak ralat bagi aku menonton babak tersebut kerana tukang tulis skrip/ pengarah tidak mengunnakan teknik penceritaan imbas kembali iaitu sebolehnya memaparkan babak - babak silam kisah Mita-san tetapi sebaliknya hanya memaparkan Mita-san bercerita diatas kerusi sahaja. Kerana jika teknik itu dilakukan, maka para menonton boleh mendekati lagi akan derita yang dialami oleh watak Mita-san. Malah babak tersebut juga tidak ditemani dengan muzik latar dimana hanya memfokuskan Mita-san menceritakan kisahnya.


kehadiran mita-san pada awal episode

Sebelum menutup penulisan jalan cerita, agak tidak keterlaluan jika aku mengulas juga penamat drama ini, dimana saat penghujung drama ini seharusnya dimaksima tahap kesedihannya tetapi malangnya, ia telah diminimakan. Sejujurnya penamat yang dibuat sudah cukup sempurna bagi aku, dimana apa yang berlaku kepada keluarga Asuda tetapi penamat akan kisah hidup Mita-san masih lagi tergantung.

Untuk pengetahuan kalian, ada element - element lain yang aku tidak tulis disini kerana ianya wajar ditonton sendiri kerana itu lebih bagus untuk difahami. Disini aku memberi pujian kepada setiap pelakon kerana berjaya membawa watak masing - masing dan mempamerkan perwatakkan dengan jayanya termasuk pelakon kanak - kanak drama ini.

Sebelum menonton drama banyak review luar mengatakan drama ini seperti Nanny Mcphee dimana watak Mita-san yang misteri/seram datang kerumah dan membantu dan menguruskan penghidupan budak - budak ini. Tetapi selepas menonton episode pertama ternyata agak bercanggah dengan pemikiran aku, dimana drama ini lebih mirip kepada jdrama Haken no Hinkaku iaitu dari segi perwatakaan Mita-san itu sendiri dan yang membezakan dua drama tersebut ialah genre. Baiklah mari kita lihat persamaan dua drama ini Kaseifu no Mita vs. Haken no Hinkaku ;-

[-/+] Lihat Disini
  1. Watak utama perempuan, berkebolehan serba - serbi dalam bidang mereka.
  2. Menepati waktu, berkerja secara "tekun" dan tidak senyum.
  3. Semua orang mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan.
  4. Kisah lalu membentuk perwatakkan kedua - dua watak utama ini.
dan apa yang PALING membezakan ialah tahap penerima arahan dari ketua mereka, dimana watak Mita-san sanggup melakukan APA SAHAJA yang diarahkan oleh tuannya dan ahli keluarga lain. Ini berbezakan dengan watak utama Haken no Hinkaku yang hanya melakukan arahan pejabat sahaja.

Cukup setakat ini sahaja penulisan aku dan pengajaran utama yang boleh diambil dari drama ialah jangan merosakkan kebahagian keluarga sendiri atau keluarga orang lain kerana setiap masalah yang timbul dalam drama ini berpunca daripada perbuatan tersebut.

- Sekian

No comments: