Saturday, June 23, 2012

VV

Berkesempatan menonton drama Takei Emi yang paling terbaru. Walaupun sebelum ini berkeras agar tidak menonton drama berspesiskan misteri, tetapi kerana Emi aku menonton jua.


Title: Wの悲劇
Title (romaji): W no Higeki
Genre: Mystery, drama
Episodes: 8

Baiklah ada beberapa pengenalan yang ingin aku huraikan, dimana drama ini adalah diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama dengan drama ini iaitu "W no Higeki" (Tragedi W). Ditulis oleh Natsuki Shizuko dan novel tersebut telah diterbitkan pada tahun 1982. Mengenai drama ini pula, pelakon wanita terkenal; Takei Emi melakonkan watak dua orang gadis yang berbeza dimana kedua - duanya adalah watak utama drama ini.

Perihal penceritaan drama ini adalah mengisahkan mengenai penghidupan 2 orang gadis iaitu Mako dan Satsuki dimana mereka berdua memiliki rupa bentuk muka yang serupa dan kemudianya mereka telah membuat kata sepakat untuk bertukar penghidupan masing - masing selepas watak Satsuki berdepan dengan masalah. Dalam masa yang sama, bergerakkan jalan cerita dari setiap episode ke episode lain dalam drama ini adalah menunjukkan akan dua kisah penghidupan watak utama yang berbeza dalam masa yang sama berdepan pelbagai cabaran. Dimana watak Mako merupakan cucu kepada  keluarga jutawan Watsuji (senang) manakala watak Satsuki pula hanya seorang gadis cuci disebuah kelab dan sanggup menjual dirinya untuk menyara hidup (susah). Selepas kedua - dua watak utama ini bertemu dan bertukar hidup mereka, jalan cerita tertumpu akan penghidupan lazim watak yang bertukar tersebut dan yang utama adalah menceritakan bagaimana dua watak ini cuba berubah menjadi orang yang "baru". 

Berhubung kait dengan genre drama ini iaitu misteri /drama, penceritaan drama ini tampak lebih difokuskan kepada watak Satsuki yang bertukar menjadi Mako iaitu ditunjukkan bagaimana keadaan berubah apabila Satsuki memasuki rumah keluarga Watsuji dan selepas itu berlakunya satu "kemalangan" didalam keluarga tersebut. Manakala bagi kisah Mako yang bertukar menjadi Satsuki pula, kurang hebat jalan ceritanya. Dimana ditunjukkan bagaimana Mako menjalani liku - liku hidup kepayahan yang dialami oleh Satsuki sebelum ini, dan dalam masa yang sama, watak Mako terpaksa menghadapi kesan dan akibat atas perbuatan Satsuki yang terdahulu dimana watak Satsuki didakwa telah melakukan jenayah sebelum itu.


simbolik bertukar telefon bimbit

Walaupun drama ini terdapat beberapa perubahan pada watak utama tetapi jalan cerita masih mengikuti dengan jalan cerita asal (novel), akan tetapi pergerakkan jalan cerita tampak agak terlalu terburu - buru terutama dalam menghuraikan akan sesuatu misteri dan kurang diselitkan dengan element *buat-hati-cemas/tak senang-duduk. Malah drama ini juga agak terbalik konsepnya dengan konsep drama jepun dewasa ini, dimana jika kini banyak drama bermotifkan penyiasatan tetapi drama ini pula, bertukar konsepnya sedikit. Tetapi agak ralat bagi aku selepas melihat jumlah episode drama ini kerana tidak pasti penceritaan drama ini terlalu mengikuti jalan cerita novel mahaupun versi filemnya yang pernah diterbitkan pada tahun 1984. Ini disebabkan banyak kisah yang tidak dihuraikan seperti; 
  1. Apakah motif yang jelas watak Mako untuk menukar hidupnya dengan Satsuki walaupun pada permulaan episode ada ditunjukkan beberapa sebab "samar".
  2. dan juga apakah sebab/punca tercetusnya misteri pantang larang keluarga Watsuji; ianya tidak diceritakan dengan lebih mendalam. 

Kini aku ingin menyentuh pula akan lagu latar yang terpekik didalam drama ini; iaitu single terbaru dari Ken Hirai, walaupun aku tak suka cara beliau menyanyi iaitu seperti membaca tetapi bagi lagu yang dinyanyi untuk drama ini agak berbeza dan menarik sekali, kerana lagu tersebut mempunyai mood misteri seperti drama ini. 

Itu sahaja dari aku dan jika berkesempatan, aku ingin menonton versi filemnya pula kerana mugkin huraian penceritaan agak sedikit berbeza dan mungkin lebih jelas. Satu pesanan; jika Takei Emi ada drama baru, jangan lupa nanti review aku xD


- Sekian

No comments: