Tuesday, June 28, 2011

4


4 (Deluxe Edition)
by Beyoncé

align box playcount | info album : sini





Album terbaru dari artis antarabangsa, Beyoncé. Ini merupakan album ke empat dari beliau dan secara sengaja juga judul album ini telah dinamakan "4". Album ini telah dipasarkan pada 24 June bagi pasaran Europe, manakala untuk pasaran UK adalah pada tanggal 27 June dan pada 28 June pula adalah untuk pasaran US. Bagi Edisi Biasa (Standart Edition) disediakan 12 buah lagu baru dan bagi Edisi Mewah (Deluxe Edition) ditambah dengan 3 lagu baru dan 3 lagu remix "Run The World".

Untuk menghasilkan album ini, Beyoncé telah berkerjasama dengan ramai producer dan writer yang ternama/terkenal antaranya seperti Diane Warren, Kanye West, Ester Dean, Frank Ocean, Chad Hugo, Ryan Tedder, Luke Steele, dan kerjasama yang masih kekal iaitu The-Dream dan Tricky Stewart (itu sahaja yang aku kenal lah, untuk maklumat lanjut sila tekan info diatas). Malah anda juga boleh mengikuti dokumentari khas dibawah dimana mencerita disebalik tabir pembikinan album ini dijalankan


can't see embed video? click here

Berbalik untuk album ke-empat ini, beliau telah membawa satu kelainan untuk disajikan kepada peminat dimana lagu - lagu yang terkandung didalam album ini ternyata berbeza sekali dengan lagu - lagu mainstream sekarang kerana kebanyakkan lagu adalah berunsur 90's R&B atau lebih tepat lagu - lagu jenis/genre lama (old school) dan pada album kali ini juga Beyoncé telah menunjukkan kemampuan/kehebatan vocalnya yang selama ini dikaburi.

Mari semak senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. 1+1
02. I Care
03. I Miss You
04. Best Thing I Never Had
05. Party (feat. Andre 3000)
06. Rather Die Young
07. Start Over
08. Love On Top
09. Countdown
10. End Of Time
11. I Was Here
12. Run the World (Girls)

[-/+] Deluxe Edition
13. Schoolin Life
14. Dance For You
15. Lay Up Under Me
16. Run the World (Girls) (Kaskade Club Remix)
17. Run the World (Girls) (Red Top Club Remix)
18. Run the World (Girls) (Jochen Simms Club Remix)

* bold - 10/10
Ketika entri ini ditulis, album ini telah berjaya menduduki tangga #1 di 13 buah negara iaitu berdasarkan penjualan album digital di iTunes dan diantara 13 buah negara tersebut termasuklah UK, US dan Belanda. Malah album ini juga berjaya mendapat tangga #1 juga pada carta album global dan US. Manakala bagi susunan senarai lagu untuk album ini adalah dimulakan dengan lagu "1+1" iaitu lagu bergenre R&B/Soul dan diteruskan dengan lagu bergenre mid-tempo dan diakhiri dengan lagu rancak.

Berikut pula adalah video muzik untuk single pertama bagi album ini:-


can't see embed video? click here

Single pertama; Run The World adalah kolaberasi semula Beyoncé bersama The-Dream, dan lagu ini berjaya menduduki tangga #29 pada carta Billboard Hot 100. Malah persembahan "pertama" Run The World di Billboard Music Award 2011 merupakan persembahan terbaik dan memberi impak besar kepada penonton kerana persembahan tersebut dibabitkan dengan kesan visual yang menakjubkan. Manakala single kedua untuk album ini telah pun diputuskan iaitu lagu bergenre mid-tempo yang berjudul "Best Thing I Never Had".

Setalah mendengar kesemua lagu didalam album ini, kesimpulan boleh dibuat dimana kebanyakkan lagu didalam album ini adalah mengenai kisah perhubungan kasih sayang/cinta yang seronok, masam, perit, putus asa dan sebagainya. Secara keseluruhan album ini boleh dikatakan satu pembawakan lagu berjenis lama ke era baru dan bagi peminat lagu Dance/Techo/Pop mesti tak mengemari album ini.

- Sekian

Monday, June 20, 2011

First Class

Bikin juga "first class" punya movie.



“X-Men: First Class”adalah prequel kepada filem X-Men. Bagi yang tidak tahu. X-Men: First Class" mengisahkan Professor X (James McAvoy dari Scotland) and Magneto (Michael Fassbender dari Germany) pada permulaan persahabat mereka. Baiklah tidak perlu pengenalan panjang, mari semak komen edisi padat:
  1. Jalan cerita dan watak - watak yang muncul dalam movie adalah berbeza dengan siri komik xmen first class yang dikeluarkan. Ini sesatu yang bagus kerana pengemar/peminat xmen tidak akan merugut jalan cerita yang diubah atau kehilangan watak- watak penting sekiranya mengambil skrip asal.
    Watak yang muncul dalam adaptasi movie:

    Professor X, Magneto, Mystique, Sebastian Shaw, White Queen, Beast, Angel Salvadore, Banshee, Havok, Darwin, Azazel, Riptide.
  2. Akhirnya costume bagi movie X-Men: first class ini mengikut warna costume asal iaitu sama seperti dalam siri komik, walaupun masih ada perubahan tetapi masih lagi sesuai.
  3. Mengenai jalan cerita pula tidak pasti ianya adaptasi dari siri komik atau segar untuk movie ini kerana setiap watak - watak lain yang muncul dalam movie ini ternyata wujud dalam siri komik x-men edisi lain tetapi tidak pula terdapat dalam siri komik xmen first class. Berkemungkinan nafas baru.
  4. Terdapat kemunculan watak Wolverine beberapa minit didalam movie ini yang hanya bercakap satu baris ayat sahaja.
  5. Seperti yang dijangka, movie ini mesti banyak bercakap punya.
  6. Mungkinkah ada movie sequal untuk xmen first class?, mungkinkah second class? atau movie solo perihal kisah wira-wira xmen seperti movie khusus mengenai Wolverine.
X-Men adalah manusia mutan, ya ini barulah "Born this way" jadi itu sahaja.

-Sekian

Sunday, June 19, 2011

Perihal



  1. Hmm makluman, akibat aku cuba menguna pakai bahasa melayu secara penuh dalam penulisan blog ini, segala kesilapan tatabahasa, ejaan harap diberi komen dan kemaafan. Seperti yang anda lihat aku masih mencuba untuk "menterjemah" kesemua entri yang aku tulis sebelum ini ke bahasa melayu kuno )^o^(
  2. Sekiranya ternampak pautan yang tertulis begini : [+/-] Lihat Selebihnya , diwajib tekan kerana ia akan membawa anda ke-entri yang lebih dalam dan fungsinya bukan seperti Read More. Dimana ianya akan membawa terus ke entri dalaman selepas anda menekan-nya. ( ̄▽ ̄)
  3. Kesemua pautan luar yang tertulis di laman ini akan dibuka pada tetingkap atau tab baru pelayar web, jadi ini menjimat masa anda dari menekan "New Tab" (akan cuba dikekalkan)
  4. Akhir sekali, kepanjangan paparan teks didalam setiap entri adalah ditulis oleh aku sendiri dan tahap kepanjangan teks entri tidak dapat dikawal. Diharapkan para pembaca untuk melihat gambar sahaja sekiranya jemu (〃∇〃)
- Sekian (^-^)/

Tuesday, June 14, 2011

Silver

Merujuk kepada entri gokaiger yang lepas, akhirnya Gokai silver membuat kemunculan-nya yang pertama dalam siri super sentai: gokaiger. Wira kelabu asap ini muncul pada episode 17 dimana watak dipegang oleh Ikari Gai yang berperwatakkan hyper-active dan kipas-susah-mati super sentai <(_ _*)> tapi adakah watak Don yang lawak-sengal pula akan tergugat?



dan yang paling penting, Gai berasal dari bumi dan bukannya dari golongan lanun galaksi seperti ahli - ahli gokaiger yang lain. Manakala kisah mengenai Gai pula mungkin akan didedahkan pada episode yang berikutnya; Bagaimana orang bumi mempunyai kunci/akses untuk bertukar ke Gokai-ranger. N
ak tengok? aku meyarankan kalain supaya download fansub Over-time, dimana sari kata-nya yang lebih bagus dan kualiti video untuk SD memang lebih baik tapi aku streaming sahaja #keskeskes

makluman: review pendek bagi tontonan setiap minggu siri Gokaiger kini dikemasnaik di laman sosial twitter; 
#gokaiger

- Sekian


GIF Credit - to teh owner

Friday, June 10, 2011

silent scream


Silent Scream
by GIRL NEXT DOOR

info album : sini





Single terbaru dari GIRL NEXT DOOR yang terdiri dari 3 orang ahlinya. Lagu ini mengalami perubahan pada judul lagunya dimana judul asal lagu ini adalah "Twitter 〜silent scream〜", tetapi bagi mengelak kepeningan dengan laman sosial Twitter ia telah diubah kepada judul yang digunakan sekarang. Pengertian lagu ini membawa maksud: kesusahan menyuarakan sesuatu, semak sini.

Berikut adalah senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. silent scream
02. fallin’ angel
03. Orion (Gold Remix)
04. silent scream(Instrumental)
05. Destination Digest

* bold - 10/10
Baiklah mari menonton pula video muzik bagi single ini.


GIRL NEXT DOOR - Silent Scream (PV)

Pelakon dan novelis malah penulis jalan cerita untuk video muzik lagu ini ; Mizushima Hiro telah bertindak sebagai watak hero dalam video muzik "silent scream" ini dan digandingan pula dengan vokalis GIRL NEXT DOOR iaitu Chisa. Malah ini merupakan kemunculan semula Mizushima Hiro selepas berehat selama setengah tahun. Jika tidak salah, untuk lagu ini terdapat filem-pendek yang diterbitkan juga tetapi dimana boleh menonton?.

Bagi aku lagu ini sesuai untuk lagu pembukaan siri anime mungkin kerana muziknya. Untuk terakhir kali, album penuh yang berjudul "Destination" dimana mengandungi lagu ini sudah pun berada dipasaran dimana kebanyakkan lagu berjeniskan lagu anime, layan~

- Sekian.

Thursday, June 2, 2011

kompilasi


Utada The Best
by Utada

align box playcount | info album : sini





Agak terlambat sebenarnya, kita teruskan review album ini juga.

Utada adalah nama yang digunakan oleh Hikaru Utada (宇多田 ヒカル) untuk pasaran antarabangsa dan lagu - lagu yang dipasarkan adalah dalam bahasa orang putih. Mengenai album ini: merupakan album kompilasi lagu orang putih terbaik dari beliau setelah memasarkan 3 album orang putih sebelum ini. Perihal mengenai kemunculan album ini begitu aku tidak sedari kerana entah aku tak tahu tapi memang tak tahu. Album ini dipasarkan serentak dengan album kompilasi terbaik lagu jepun utada yang berjudul "Utada Hikaru Single Collection Vol. 2". dimana tarikh pasaran ialah 24 Nov 2010.

Berbanding dengan album kompilasi terbaik lagu jepun, album ini tidak mempunyai sebarang lagu baru dimana kesemua ke-enam-belas jumlah lagu dalam album ini adalah lagu - lagu terhangat beliau yang diambil dari 3 album yang dipasarkan sebelumnya. Secara malangnya pengeluaran album ini bertentangan dengan kehendak Utada sendiri kerana tiadanya material baru didalam album kompilasi ini untuk disajikan kepada peminat, malah utada juga melarang peminat beliau dari membeli album kompilasi ini. (rujuk sini) Jadi kalau artis sendiri dah larang dari membeli, kita memuat-turun sahaja~

Tetapi bagi yang ingin mengenali utada bolehlah mendengar album ini. Baliklah mari semak lagu - lagu yang terpilih untuk album kompilasi terbaik ini :-
Tracklist

# Title (E)
01. Come Back to Me
02. Easy Breezy
03. Merry Christmas Mr. Lawrence - FYI
04. You Make Me Want to Be a Man
05. This One (Crying Like a Child)
06. Exodus '04
07. Apple and Cinnamon
08. Automatic Part II
09. Devil Inside
10. Kremlin Dusk
11. Sanctuary (Opening)
12. Sanctuary (Ending)
13. Exodus '04 (JJ Flores Double J Radio Mix)
14. Devil Inside (RJD2 Remix)
15. Come Back to Me (Tony Moran & Warren Rigg Radio Edit)
16. Dirty Desire (Mike Rizzo Radio Edit)

* bold - 10/10
Makluman, lagu "Santuary" opening + ending menjadi ketagihan

- Sekian

kredit - diri sendiri