Tuesday, June 28, 2011

4


4 (Deluxe Edition)
by Beyoncé

align box playcount | info album : sini





Album terbaru dari artis antarabangsa, Beyoncé. Ini merupakan album ke empat dari beliau dan secara sengaja juga judul album ini telah dinamakan "4". Album ini telah dipasarkan pada 24 June bagi pasaran Europe, manakala untuk pasaran UK adalah pada tanggal 27 June dan pada 28 June pula adalah untuk pasaran US. Bagi Edisi Biasa (Standart Edition) disediakan 12 buah lagu baru dan bagi Edisi Mewah (Deluxe Edition) ditambah dengan 3 lagu baru dan 3 lagu remix "Run The World".

Untuk menghasilkan album ini, Beyoncé telah berkerjasama dengan ramai producer dan writer yang ternama/terkenal antaranya seperti Diane Warren, Kanye West, Ester Dean, Frank Ocean, Chad Hugo, Ryan Tedder, Luke Steele, dan kerjasama yang masih kekal iaitu The-Dream dan Tricky Stewart (itu sahaja yang aku kenal lah, untuk maklumat lanjut sila tekan info diatas). Malah anda juga boleh mengikuti dokumentari khas dibawah dimana mencerita disebalik tabir pembikinan album ini dijalankan


can't see embed video? click here

Berbalik untuk album ke-empat ini, beliau telah membawa satu kelainan untuk disajikan kepada peminat dimana lagu - lagu yang terkandung didalam album ini ternyata berbeza sekali dengan lagu - lagu mainstream sekarang kerana kebanyakkan lagu adalah berunsur 90's R&B atau lebih tepat lagu - lagu jenis/genre lama (old school) dan pada album kali ini juga Beyoncé telah menunjukkan kemampuan/kehebatan vocalnya yang selama ini dikaburi.

Mari semak senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. 1+1
02. I Care
03. I Miss You
04. Best Thing I Never Had
05. Party (feat. Andre 3000)
06. Rather Die Young
07. Start Over
08. Love On Top
09. Countdown
10. End Of Time
11. I Was Here
12. Run the World (Girls)

[-/+] Deluxe Edition
13. Schoolin Life
14. Dance For You
15. Lay Up Under Me
16. Run the World (Girls) (Kaskade Club Remix)
17. Run the World (Girls) (Red Top Club Remix)
18. Run the World (Girls) (Jochen Simms Club Remix)

* bold - 10/10
Ketika entri ini ditulis, album ini telah berjaya menduduki tangga #1 di 13 buah negara iaitu berdasarkan penjualan album digital di iTunes dan diantara 13 buah negara tersebut termasuklah UK, US dan Belanda. Malah album ini juga berjaya mendapat tangga #1 juga pada carta album global dan US. Manakala bagi susunan senarai lagu untuk album ini adalah dimulakan dengan lagu "1+1" iaitu lagu bergenre R&B/Soul dan diteruskan dengan lagu bergenre mid-tempo dan diakhiri dengan lagu rancak.

Berikut pula adalah video muzik untuk single pertama bagi album ini:-


can't see embed video? click here

Single pertama; Run The World adalah kolaberasi semula Beyoncé bersama The-Dream, dan lagu ini berjaya menduduki tangga #29 pada carta Billboard Hot 100. Malah persembahan "pertama" Run The World di Billboard Music Award 2011 merupakan persembahan terbaik dan memberi impak besar kepada penonton kerana persembahan tersebut dibabitkan dengan kesan visual yang menakjubkan. Manakala single kedua untuk album ini telah pun diputuskan iaitu lagu bergenre mid-tempo yang berjudul "Best Thing I Never Had".

Setalah mendengar kesemua lagu didalam album ini, kesimpulan boleh dibuat dimana kebanyakkan lagu didalam album ini adalah mengenai kisah perhubungan kasih sayang/cinta yang seronok, masam, perit, putus asa dan sebagainya. Secara keseluruhan album ini boleh dikatakan satu pembawakan lagu berjenis lama ke era baru dan bagi peminat lagu Dance/Techo/Pop mesti tak mengemari album ini.

- Sekian

No comments: