Monday, June 20, 2011

First Class

Bikin juga "first class" punya movie.



“X-Men: First Class”adalah prequel kepada filem X-Men. Bagi yang tidak tahu. X-Men: First Class" mengisahkan Professor X (James McAvoy dari Scotland) and Magneto (Michael Fassbender dari Germany) pada permulaan persahabat mereka. Baiklah tidak perlu pengenalan panjang, mari semak komen edisi padat:
  1. Jalan cerita dan watak - watak yang muncul dalam movie adalah berbeza dengan siri komik xmen first class yang dikeluarkan. Ini sesatu yang bagus kerana pengemar/peminat xmen tidak akan merugut jalan cerita yang diubah atau kehilangan watak- watak penting sekiranya mengambil skrip asal.
    Watak yang muncul dalam adaptasi movie:

    Professor X, Magneto, Mystique, Sebastian Shaw, White Queen, Beast, Angel Salvadore, Banshee, Havok, Darwin, Azazel, Riptide.
  2. Akhirnya costume bagi movie X-Men: first class ini mengikut warna costume asal iaitu sama seperti dalam siri komik, walaupun masih ada perubahan tetapi masih lagi sesuai.
  3. Mengenai jalan cerita pula tidak pasti ianya adaptasi dari siri komik atau segar untuk movie ini kerana setiap watak - watak lain yang muncul dalam movie ini ternyata wujud dalam siri komik x-men edisi lain tetapi tidak pula terdapat dalam siri komik xmen first class. Berkemungkinan nafas baru.
  4. Terdapat kemunculan watak Wolverine beberapa minit didalam movie ini yang hanya bercakap satu baris ayat sahaja.
  5. Seperti yang dijangka, movie ini mesti banyak bercakap punya.
  6. Mungkinkah ada movie sequal untuk xmen first class?, mungkinkah second class? atau movie solo perihal kisah wira-wira xmen seperti movie khusus mengenai Wolverine.
X-Men adalah manusia mutan, ya ini barulah "Born this way" jadi itu sahaja.

-Sekian

No comments: