Friday, September 2, 2011

Important Things

wah panjang tajuk jdrama kali ini, "Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta"

Title: 大切なことはすべて君が教えてくれた
Title (English): I Learned All the Important Things from You
Genre: Romance, school
Episodes: 10
Seperti yang diperkatakan sebelum ini aku mencuba menonton jdrama genre lain iaitu selain daripada jdrama bergenre lawak sahaja; ubah haluan sekali sekala. Baiklah pada kali ini aku cuba menonton jdrama bergenrekan romantik (erkkk) dan tarikan utama untuk menonton siri drama ini adalah kerana pelakon wanita utama jdrama ini iaitu Toda Erika (Death Note 1,2).

Jalan cerita jdrama ini sungguh pantas dibahagian ekposisi (permulaan) dimana ianya terus memaparkan kemunculan orang ketiga yang akan merumitkan perhubungan cinta dua pasangan yang bercinta, yakni tanpa menunjukkan bagaimana proses bercinta watak utama. Selepas itu jalan cerita drama ini bergerak agak perlahan sedikit iaitu dari episode 1 hingga 5, dimana jalan cerita lebih menumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh pelakon watak utama lelaki (Shuji) dalam menyimpan perkara yang akan mengecewakan tunangnya (Natsumi). Malah diselitkan juga beberapa element suspen dalam perkembangan jalan cerita dari episode 1 - 5 iaitu bagaimana orang ketiga (Hikari) itu cuba memutuskan perhubungan cinta pasangan watak utama drama ini. (sewajarkan tambah genre disitu). Lepas memasuki episode 6 timbul pula masalah lain iaitu terbongkarnya mengenai "kecacatan" Hikari dan dalam masa yang sama, ianya menjawab segala misteri yang menjadi tanda tanya pada episode sebelumnya. Setelah segala misteri terrungkai, timbul pula akan keraguan Shuji akan cintanya terhadap Natsumi sehingga terpaksa membatalkan perkhawinan yang telah lama dirancang tetapi perkara ini tidak disetujui oleh Natsumi yang amat mencintai Shuji. Episode seterusnya begitu bosan bagi aku dimana menonton watak lelaki bodoh yang tidak membalas cinta Natsumi yang lawa (tapi Hikari pun lawa) :-


watak Hikari yang dilakonan oleh Takei Emi

Sementara itu, pada episode 7 dan keatas, dapat dilihat watak Natsumi menarik diri dari cinta 3 segi ini dan menumpukan pada perkara "lain". Lalu kisah penceritaan bergerak 3~5 bulan kehadapan dan dapat dilihat watak Shuji banyak meluangkan masa bersama Hikari kerana ingin membantu masalah yang dihadapinya(bantulah sangat), namun perasaan cinta Shuji terhadap Hikari masih lagi menjadi tanda tanya sehinggalah suku episode penghabisan. Hmm itu sahaja main plot yang aku rasa wajar dikongsi, yang lain pergi tengok.

Baiklah, apa yang pelik mengenai drama ini, aku dapat lihat dua orang cikgu bercinta didalam sekolah yang sama (Shuji & Natsumi) dan jika ditengokkan dalam drama - drama jepun yang lain adalah dilarang cikgu dan cikgu bercinta didalam sekolah yang sama. Bermungkinan ini peraturan sesetengah sekolah swasta sahaja dan berkemungkinan bukanya datang dari kementerian pengajian jepun. Sepekara lagi dapat dilihat juga bagaimana penerimaan cikgu - cikgu lain dan para pelajar sekiranya ada cikgu yang terbabit dengan masalah displin iaitu begitu amat tragis sekali.

Sepanjang menonton jdrama ini, kedenganran banyak lagu P!nk dipasang sebagai lagu latar tetapi alangkah malangnya dimana kebanyakkan lagu terbabit tidak sesuai dengan suasana dan emosi sesuatu babak (lirik lagu terutamanya), sebagai contoh:-
"Dead Mr. President" - Babak sedih
"Stupid Girl" - Lagu tema kemunculan hikari (dia tak bodoh)
dan selepas beberapa episode menonton, rupanya tujuan memainkan lagu p!nk adalah untuk mempromosikan album Greatest Hits beliau dipasaran Jepun. Baiklah akibat sudah meyentuh mengenai lagu, lagu ending/penutup untuk jdrama ini adalah didendangkan oleh Porno Graffitti dengan tajuk lagunya EXIT, sila dengar dibawah (TV Size) :-

can't see embed audio? click here

Kesimpulanya, cerita inilah yang sebenarnya "Born This Way" iaitu memaparkan kisah penderitaan Hikari dalam cubaan mencintai dan dicintai seseorang. Sebelum mengakhiri, kita lihat semula pada tajuk drama ini, " I Learned All the Important Things from You". Hmm siapa yang "Learned All the Important Things?" sudah tentu watak utama lelaki (Shuji) dan "from you?" berkemungkinan bagi aku adalah dari watak Hikari.

Hmmm, begitu rumit kisah cinta -cinta ini, apapun cabaran sudah disahut dan genre apa pula lepas ini? sila nantikan

- Sekian

kredit - dramawiki

No comments: