
Secara lazimnya sebelum ini, aku mengupdatekan mengenai siri super sentai Gokaiger yang ditonton setiap minggu hanya dilaman sosial Twitter (tag: #gokaiger) sahaja tetapi khas untuk episode ke 28 ini aku menambah jumlah posting disini.
Akhirnya tiba pula giliran episode tribute untuk Chōjin Sentai Jetman didalam siri Gokaiger dan secara bertuahnya episode tribute untuk Jetman ini dibintangi oleh bintang asal Jetman sendiri iaitu berperanan untuk melakonkan watak wira Jetman yang kembali dimasa kini. Setahu aku, ini merupakan penampilan pelakon asal yang seterusnya muncul dalam episode tribute gokaiger dan diharapkan pengambilan pelakon asal dapat dikekalkan; barulah seronok untuk menonton (dikatakan movie gokaiger kelak akan dibintangi pelakon asal siri super sentai yang pertama). Baiklah pelakon asal Jetman yang diperkatakan itu ialah Toshihide Wakamatsu, iaitu yang melakonkan watak Gai Yuki (Black Condor).

Cross Changer!!
Kemunculan watak Gai semestinya bersebab, dimana "tugas" beliau adalah untuk memberi peransang kepada wira merah yang tiba - tiba menjadi lemah semangat (tetiba pula kan) apabila berhadapan dengan musuh lama beliau (musuh dia dari Star Wars kot) dan tugas/misi gokaiger seperti biasa iaitu untuk memperolehi "ultimate power" Jetman pula. Seperti episode tribute sebelum ini, ditunjukkan setiap kisah akan melibatkan salah seorang wira gokaiger dalam setiap satu episode tribute dan pada kali ini pula kisah tertumpu kepada wira merah gokaiger dan wira hitam Jetman. Sepatutnya bagi aku, kisah ini tertumpu kepada wira sama warna (walaupun tiada yang sama dalam jetman dan gokaiger) dan jika itu berlaku berkemungkinan kisahnya tertumpu kepada wira hijau gokaiger dan wira hitam Jetman, dimana watak doc/don/hakase memang lebih penakut dan perlu beri dorongan.
Episode kali ini juga menjawab semua teka teki akan apa yang berlaku kepada Gai dipenghujung episode Jetman yang ditayangkan perpuluh tahun lalu, dimana kisah penamat episode Jetman sememangnya tergantung tentang pada yang berlaku terhadap Gai sebenarnya dimana sebelum itu Gai ditikam oleh peragut ketika cuba monolong seorang gadis malang dan selepas itu, penonton terkontang - kanting menonton samaada beliau mati diatas kerusi begitu sahaja atau sempat dibawa ke rumah sakit.
Gai menahan "kesakitkan" dihari perkhawinan Ryu dan Kaori
Apa yang menarik untuk episode tribute kali ini ialah dapat dilihat Pasukan Jetman bertempur menggunakan sayap mereka dan berterbangan dilangit biru dalam tempoh yang agak lama dan ini membuatkan pertarungan sedemikan nampak lebih hebat. Sediamaklum pertarungan sebegini jarang sekali atau tidak dilihat didalam siri super sentai Jetman yang terdahulu (dulu tiada teknologi macam sekarang).
GIF Credit - to teh owner
Apa yang menarik untuk episode tribute kali ini ialah dapat dilihat Pasukan Jetman bertempur menggunakan sayap mereka dan berterbangan dilangit biru dalam tempoh yang agak lama dan ini membuatkan pertarungan sedemikan nampak lebih hebat. Sediamaklum pertarungan sebegini jarang sekali atau tidak dilihat didalam siri super sentai Jetman yang terdahulu (dulu tiada teknologi macam sekarang).
Black Condor
Haa, sebelum terkupa perkara penting yang ingin dikatakan mengenai episode tribute sebegini;
- Episode tribute yang bakal berlanjutan ini akan mengetepikan kisah setiap watak - watak gokaiger. Tribute - tribute juga, sila utamakan kisah setiap watak Gokaiger terlebih dahulu seperti kisah Silam Doc, kisah keluarga Gai dibumi dan kisah Ahim yang merupakan puteri raja.
- Baiklah apa yang ralat mengenai episode tribute sebegini pula ialah kehilangan wira ke-enam atau kurang ditonjolkan iaitu Ikari Gai; GokaiSilver, Gokaiger. Dimana yang sedia maklum, didalam siri super sentai yang pertama sehinggalah Jetman, tiadanya barisan wira keenam dan ketika munculnya "Kyōryū Sentai Zyuranger" barulah membariskan wira ke-enam ini iaitu wira berwarna hijau. Ini membuatkan episode tribute sebegini menjadikan watak Ikari Gai didalam siri Gokaiger seperti pembimbimg dalam mengenali setiap super sentai yang terdahulu sahaja.. hmmmm
Baiklah tunggu episode tribute untuk Flashman, Maskman (itu sahaja super sentai terbitan terdahulu yang aku kenal)
-Sekian
GIF Credit - to teh owner
No comments:
Post a Comment