Wednesday, September 21, 2011

Fourze

UCHU KITAAAAA!!!!!!!!!


Haa mengenai super hero lagi nampaknya #keskeskes tetapi super hero kali ini bukan dari spesis hero yang berbaju warna warni pelangi tetapi warnanya tidaklah meriah sangat, iaitu Kamen Rider Fourze. Untuk pengetahuan anda ini merupakan siri Kamen Rider yang ke-40 jika tidak silap aku dan ini juga merupakan kali pertama bagi aku untuk menonton siri wira Kamen Rider.

Tema/Penceritaan untuk siri Kamen Rider ini adalah mengenai angkasa lepas, angkasawan dan sewaktu denganya dan ini dapat dlilihat secara terus akan rekabentuk topi keledar bagi wira Kamen Rider Fourze ini; adalah mirip berbentuk rupa Roket dan ini membuatkan aku teringat akan cerita/filem mahluk asing orang putih yang berjudul "ConeHeads" iaitu alien yang memiliki kepala berbentuk Kon. Malah bagi alatan pertempuran yang diakses dari switch juga berkonsepkan ciri - ciri angkasa lepas (tidaklah semua).

Kamen Rider 2011

Mengenai siri ini pula, kuasa pertukaran wira Fourze dimiliki oleh pelajar baru sekolah tinggi jepun iaitu Gentarou Kisaragi yang dilakonkan oleh Sota Fukushi. Dimana wataknya ditampilkan mempunyai gaya seperti pelajar gokusen/crows zero tetapi yang sebaliknya beliau suka berkawan dan buat kawan. Malah keunikan watak Gentarou ini ditambah dengan keunggulan gaya rambutnya yang seakan - akan pelakon filem muzikal klasik "Grease". Disamping itu, wujud juga watak rakan - rakan sekolah lain yang membantu Gentarou untuk mengenali/mempelajari Fourze dengan lebih lanjut dan tidak lupa pada "antagonis sementara" iatu pelajar - pelajar AGHS.



Jalan cerita tertumpu usaha Kengo Utahoshi dalam meneruskan usaha ayahnya yang berkerja sebagai seorang ahli saintis dalam membangunkan astro switch selepas stesen angkasa ayahnya telah dimusnahkan dan akibat badan Kengo terlalu lemah untuk menjadi Fourze, beliau telah memberikan "tali pinggang Fourze" kepada Gentarou untuk membantunya dan Gentarou juga turut sudi membantu beliau. Disamping itu, pasukan ini turut dibantu oleh watak Yuki Jojima; iaitu rakan sejak kecil Gentarou dimana telah terlebih awal turut serta dalam misi "rahsia" ini bersama Kengo. Menerangkan perwatakkan Yuki ini, beliau memang meminati dunia angkasawan sejak dari kecil lagi. Baiklah bagi penglibatan rakan - rakan lain pula, berkemungkinan akan sertai "kelab" ini selepas Gentarou berjaya menakluki hati mereka semua untuk menjadi rakan diepisode - episode kehadapan. Seterusnya mengenai antagonis sebenar siri ini berkemungkinan rakan ayah Kengo yang khianat (aku jangkakan), dimana setakat ini tidak lagi mendedahkan tujuan serangan yang dilakukan dikawasan sekolah dan kenapa para pelajar menjadi sasaran jahat mereka. Malah antagonis tersebut juga mempunyai konsep Switch yang sama seperti ciptaan Kengo tetapi berlainan fungsinya iaitu digunakan untuk menukar manusia biasa ke mahluk penjahat.

Kenantian yang diwujudkan untuk para penonton supaya kekal menonton siri ini sudah tentu mengenai jalan ceritanya dan disampingkan itu juga untuk menantikan apakah 40 kuasa Astro Swtich yang pelbagai guna untuk digunakan dalam pertempuran menumpaskan musuh. Tetapi agak janggal bagi aku apabila melihat rupa bentuk switch berkenaan seperti reka bentuk Ink Cartridge sahaja, malah cara pengaktifannya juga sama seperti meletakkan ubat dakwat kedalam printer #keskeskes. Sebut pula mengenai pertempuran, setakat ini latarbelakang medan pertempuran banyak menunjukkan berlaku diwaktu dan dikawasan sekolah sahaja.

switch yang dilabel dengan nombor mempunyai fungsi/kuasa tersendiri


Buat masa ini, siri ini baru menjangkau episode yang ke-3 dan aku sahaja tunggu sampai episode sekarang untuk memudahkan aku menulis dengan penuh kefahaman. Siri ini juga mungkin menjangkau hingga puluh - puluhan episode dan seperti biasa tempat muat turun siri ini sama seperti memuat turun siri super sentai gokaiger yang aku menonton kini, iaitu dilaman fans-sub http://over-ti.me/ (aku masih tak jumpa tempat streaming lagi) sebelum mengakhiri mari kita mendengar lagu OP siri Kamen Rider Fourze ini yang berjudul "Switch ON!":-

can't see embed audio? click here

makluman: review pendek bagi tontonan setiap minggu siri Kamen Rider Fourze kini dikemasnaik di laman sosial twitter; #KamenRiderFourze

- Sekian

GIF Credit - to teh owner

No comments: