Thursday, October 27, 2011

Stronger


Stronger (Deluxe Version)
by Kelly Clarkson

align box playcount | info album :




Kelly Clarkson kini kembali dengan lebih gagah dan bersemangat kerana judul album beliau yang kelima ini ialah "Stronger". Album ini telah pun berada dipasaran sejak 21 Oktober lagi dipasarkan didalam dua versi edisi; edisi biasa dan edisi mewah (deluxe) tetapi jika dipasaran malaysia, sudah tentu disediakan edisi mewah sahaja. Album ini memuatkan 13 buah lagu baru dan menjadikan lagu "Mr. Know It All" sebagai single pertama yang telah berjaya menduduki tangga #18 dicarta Billboard Hot100. Terdapat 5 lagu tambahan bagi edisi mewah album ini dan salah 1 lagu tersebut adalah khusus untuk dimuat turun diaplikasi muzik iTunes iaitu lagu berjudul "Why Don't You Try".

Mengenai judul album ini yang diberi nama "Stronger" dan judul salah sebuah lagu yang terdapat dalam album ini iaitu "What Doesn't Kill You (Stronger)" adalah diilhamkan dari petikan popular iaitu "That which does not kill us makes us stronger" dari ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche. Seterusnya bagi penghasilan album ini Kelly telah berkerjasama dengan ramai producer yang aku kenali dan malah ada juga yang kurang aku kenal tapi aku kenali akan hasil ciptaan lagu - lagu mereka sahaja dan antaranya ialah; Toby Gad, Brian Kennedy, Jason Halbert serta ramai lagi. Malah selain kerjasama dalam penghasilan lagu, Kelly juga berkolaberasi dengan penyanyi country; Jason Aldean iaitu didalam lagu berjudul "Don't You Wanna Stay" dan penulis lirik terkenal Kara DioGuardi didalam lagu berjudul "The Sun Will Rise".

Mari semak senarai lagu bagi album ini dan antara lagu - lagu yang menjadi kegemaran aku:-
Tracklist

# Title (E)
1. Mr. Know It All
2. What Doesn’t Kill You (Stronger)
3. Dark Side
4. Honestly
5. You Love Me
6. Einstein
7. Standing In Front Of You
8. I Forgive You
9. Hello
10. The War Is Over
11. Let Me Down
12. You Can’t Win
13. Breaking Your Own Heart

[-/+] Deluxe Version
14. Don’t You Wanna Stay (with Jason Aldean)
15. Alone
16. Don’t Be A Girl About It
17. Why Don't You Try

* bold - 10/10
Mari lihat video untuk single pertama album ini: -

can't see embed video? click here

**Setelah seminggu berada dipasaran album ini berjaya menduduki ditangga #2 pada carta billboard, dimana dikalahkan untuk tangga #1 yang dipegang oleh Coldpay dengan album terbaru mereka iaitu "Mylo Xyloto"

Bagi aku disebabkan first single bagi album ini adalah lagu bergenrekan mid-tempo, 2nd single berkemungkinan lagu berjudul "What Doesn’t Kill You (Stronger)" sebab ianya bergenrekan up-tempo dan bagi 3rd Single pula, yang ballad mungkin; lagu berjudul "Honestly".

kalau tekaan aku ini betul, ini bermakna, AKU HEBAT!!! #hahaha (kajian dari pengeluaran single album kelly yang terdahulu iaitu berdasarkan genre lagu).

-Sekian

No comments: