Wednesday, November 16, 2011

199 Hero Battle

Akhirnya penantian untuk menonton filem ini berakhir selepas dvd filem ini telah pun dipasarkan dan filem yang dimaksud itu ialah : Gokaiger & Goseiger: Super Sentai 199 Hero Grand Battle. Penantian agak lama juga sebenarnya kerana tayangan filem super sentai ini dijadualkan dalam bulan lima dan terpaksa dilewatkan sehingga bulan enam 2011 akibat bencana alam yang berlaku dijepun dan kemudiannya dipasarkan dalam bentuk dvd sekitar bulan sebelas 2011 dan kini barulah boleh menonton.


Baiklah berbalik mengenai filem ini, bagi aku filem ini jalan ceritanya kurang diisi/ menceritakan matlamat paling utama dikalangan puak jahat mahupun dipuak baik. Berkemungkinan perihal utama filem ini adalah ingin menunjukkan mengenai "LIHAT EPIKNYA /RAMAINYA AHLI KELUARGA SUPER SENTAI".

Setelah memahami akan jalan ceritanya ternyata filem ini amat berhubung kait akan kisah permulaan siri super sentai yang "terbaru"; Kaizoku Sentai Gokaiger dan ianya berlaku sebelum kemunculan Gokai Silver. Dimana permulaan filem menceritakan bagaimana wira - wira super sentai terdahulu; yang terdiri daripada super sentai Goranger sehinggalah Goseiger berganding bahu dalam menumpaskan puak jahat Zangyack dan sehinggalah mereka semua kelihangan kuasa pertukaran dalam usaha melindungi bumi. Perkara ini telah memaksa AkaRed / Red Pirate menjalankan misi mencari semula kuasa tersebut di ruang angkasa atau lebih tepat diplanet - planet yang lain dan kemudianya bermulalah kisah Gokaiger.


Dalam pada masa yang sama filem ini membaris pelakon - pelakon asal Goseiger bagi digandingkan dengan para pelakon super sentai semasa Gokaiger. Kisah filem ini mula bergerak apabila wira - wira Goseiger ingin mengambil/merampas semula kuasa mereka dari tangan wira lanun angkasa Gokaiger iaitu bagi menumpaskan puak jahat. Akibat daripada tindakan wira - wira Goseiger merampas Ranger Keys itu, ianya telah mendatangkan kemarahan di kalangan wira Gokeiger kerana beranggapan wira Goseiger telah mencuri harta mereka dan sejurus itu berlakulah bertempuran sesama puak baik terlebih dahulu.


Khusus untuk filem ini, wujudnya "orang" jahat yang agak "baru" iaitu dalam membantu Space Empire Zangyack untuk menewaskan kesemua kuasa super sentai dan orang jahat yang dimaksudkan itu adalah Black Cross King. Kisah berlaku ketika Black Cross King datang sendiri secara sukarela lalu menawarkan kuasa jahatkan untuk membantu puak Zangyack dalam menghapuskan super - super sentai.



Semasa pentempuran dengan Black Cross King, wira - wira Goseiger dan Gokaiger telah dipisahkan dari sesama pasukan mereka dan ini telah membuatkan mereka belajar untuk mengenali sesama mereka. Lalu sejurus itu wira Goseiger dan Gokaiger telah berjaya bergabung tenaga dalam menumpaskan ketiga - tiga orang kanan Black Cross King.

Seperti aku katakan diatas, filem ini tiada matlamat atau cerita pokok dan ini membuatkan pergerakkan jalan cerita seterusnya tidak perlu aku memceritakannya.

Apa yang diperkatakan "199 Hero Battle" seperti tajuk posting diatas adalah jumlah keseluruhan wira super sentai bertarung sesama mereka dalam masa yang sama selepas Black Cross King merampas kesemua kunci kuasa super sentai dan menyeru kesemua 197 wira - wira super sentai terdahulu untuk menumpaskan Goseiger & Gokaiger



Akibat pertempuran epik sesama super sentai, mari kita lihat sedikit babak pertempuran sama-warna diantara mereka

Merah lawan merah
Biru lawan biru

[-/+] Lihat Selebihnya


Hijau+hitam lawan hijau+hitam (jadah lawan sebegitu rupa)
Kuning lawan Kuning
Merah Jambu lawan merah jambu

Tidak cukup pertarungan epik menggunakan senapang, parang, kapak dan tukul, pertarungan seterusnya dibawa kepada pertarungan menggunakan robot pula. Secara bertuahnya muncul semula robot - robot dari super sentai yang lepas dan mujur tidak berlaku pengabungan diantara kesemua robot dan jika ini berlaku ternyata nampak rumit terhadap mecha/robot berkenaan.



Seperti didalam siri super sentai Gokaiger, filem ini juga membariskan pelakon - pelakon asal super sentai terdahulu seperti pelakon asal super sentai Denziman, Dairangers, J.A.K.Q. Dengekitai, Shinkenger, Boukenger dan sebagainya. Kemunculan mereka hanyalah dalam side-story sahaja dimana tidak ada kena mengena dengan jalan cerita utama dan mungkin bagi aku, pihak produksi ingin memberi tribute kepada pelakon -pelakon asal/lama super sentai didalam filem ini.

dan komen lain pula
  1. Barisan pelakon Goseiger nampak "tidak sihat" berbanding Gokeiger (aku tak pernah tengok Goseiger)
  2. Dalam filem ini juga, team post-procduction terpaksa menggunakan semula babak - babak pertempuran/ serangan dari super sentai yang lama (tampak kuno) jadi ini membuatkan aku agak kurang faham pada mulanya kerana diingatkan segment imbas kembali. Mungkin super sentai perlu ada muzium menyimpan semua khazanah mereka.
Baiklah bagi movie Gokaiger yang seterusnya ini terdapat 2 filem khas yang bakal menyusul iaitu Kaizoku Sentai Gokaiger the Movie: The Flying Ghost Ship. Dimana movei kedua ini sudah ditayangkan dipawagan jepun pada bulan lapan lepas dan tunggu kemunculan DVD sahaja dan filem ketiga yang seterusnya bernama; Kaizoku Sentai Gokaiger vs. Space Sheriff Gavan dimana movie ini khusus untuk meraikan hari "tua" gaban dan dijadualkan ditayangkan dipawagam jepun pada hujung tahun 2011 (tahun depan juga baru boleh tengok).

No comments: