Saturday, August 13, 2011

The Throne


Watch the Throne
by Jay-Z & Kanye West

align box playcount | info album : sini




Album ini merupakan album kolaberasi penuh Kanye West dan Jay-Z. Pada perancangan awal "Watch the Throne" merupakan album EP yang mengandungi 5 lagu kolaberasi baru tetapi diubah kepada album penuh (LP). Kedua - dua iaitu cover album dan 'artwork' adalah hasil pereka Itali, Riccardo Tisci. Untuk maklumat album ini telah pun dipasarkan pada 8 Ogos yang lalu tanpa bocoran (leaked) di internet.

Album dipasarkan dalam dua edisi; pertama edisi biasa (standart) 12 buah lagu baru dan bagi edisi mewah (deluxe) pula, ditambah 4 lagu baru. Kebanyakkan lagu didalam album ini adalah diterbitkan oleh kanye sendiri dan seperti biasa penghasilan untuk satu lagu sahaja, kanye telah berkerjasama dengan ramai komposer - komposer lain dimana mungkin memecah sampai 20 orang untuk satu lagu (sila rujuk album kredit untuk album kanye west yang lepas). Sepanjang lamanya album ini dipasarkan, ia telah berjaya menduduki tangga #1 di 23 buah negara (berdasarkan penjualan album digital) dan dianggarkan penjualan album untuk minggu pertama mencecah lebih 500 ribu.

Mari semak senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. No Church in the Wild (ft. Frank Ocean)
02. Lift Off (ft. Beyoncé)
03. *****s in Paris
04. Otis (ft. Otis Redding)
05. Gotta Have It
06. New Day
07. Prime Time
08. Who Gon Stop Me
09. Murder to Excellence
10. Welcome to the Jungle
11. Made In America (ft. Frank Ocean)
12. Why I Love You (ft. Mr Hudson)

[-/+] Deluxe Version
13. Illest Motherf*cker Alive
14. H•A•M
15. That's My B*tch
16. The Joy (ft. Curtis Mayfield)

* bold - 10/10
Pada awal tahun 2011, lagu H•A•M telah pun dikeluarkan ke pasaran digital tetapi lagu ini bukan single pertama bagi album ini tetapi hanyalah untuk promo single sahaja, dan sungguh memberangsangkan apabila telah berjaya menduduki tangga #23 pada carta Billboard Hot 100. Perihal lain mengenai album ini; album ini turut didatangi "geng - geng" mereka sendiri untuk kolaberasi dalam lagu mahupun pembikinan lagu antaranya ialah Frank Ocean, Beyoncé, Mr. Hudson dan ramai lagi. Malah tidak sah bagi Kanye West untuk mengambil sample dari lagu lain, dengar sahaja lagu single pertama, dimana sebelum album "Watch the Throne" ini dikeluarkan single pertama telah pun diumumkan iaitu "Otis" dan berikut adalah muzik video

can't see embed video? click here

Lagu "Otis" ini berjaya menduduki tangga #12 (debut) dalam carta Billboard Hot 100. Jika dilihat pada muzik video diatas, videonya simple/ringkas dan memaparkan dimana sepasukan pembikin mengubahsuai kereta untuk dijadikan "Bat-mobile" The Throne sendiri. Untuk single kedua album ini, masih lagi belum dikeluarkan kenyatan rasmi tetapi berkemungkinan "Lift Off".

sebelum mengakhiri :-
"I love you so
But why I love you, I'll never know"
-Sekian

No comments: