Wednesday, May 16, 2012

tentera robot

Bosan dengan posting wira - wira bertopeng sahaja kebelakangan ini? baiklah kali ini aku ingin bercerita mengenai wira berwarna biru yang datang dari masa depan pula. Bagi aku wira jugalah kot, kalau diambil kira dari terbitan filem panjangnya, kalau manga ataupun siri televison pula mungkin biasa - biasa sahaja. Baiklah kita mulakan.

Baiklah wira biru yang aku maksudkan itu adalah Doraemon dan sedia maklum setiap tahun akan ditayangkan movie terbaru doraemon tetapi "malangnya" bagi tahun 2011, ianya menayangkan movie remake (bikin semula), dimana ianya berdasarkan movie doraemon yang terdahulu dan judul filemnya ialah; Doraemon: Nobita and the Steel Troops [Tentera Robot] (1986). Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah movie pertama yang dibikin semula, dimana sebelum ini juga ada ditayangan movie lama yang dibikin semula seperti movie Doraemon: Nobita's New Great Adventure into the Underworld – The Seven Magic Users dimana ianya ditayangkan pada 2007.

Baiklah kali ini aku bukan nak review mengenai anime drawing-style atau lebih - lebih jalan ceritanya, cuma kali ini aku sahaja nak membuat berbezaan movie yang lama dengan yang baru. Kerana setiap movie yang diremake semestinya ada penambahbaikkan samada dari segi plot jalan cerita mahupun watak. Kalau tiada sia - sianya sahaja.

Baiklah, perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam permulaan movie remake ini dimana ianya menceritakan akan sejarah pembuatan robot pertama diplanet tentera robot. Lalu tempoh masa penceritaan dikehadapankan dengan menunjukkan Tentera Mega Tobias mengisytiharkan misi penaklukan planet bumi untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba. Dan bagi memastikan rancangan itu berjalan lancar, android mirip manusia  Li LuLu ditugaskan untuk menjadi perisik untuk menyelidik latarbelakang sasaran mereka sebelum menghantar askar mereka bagi menjalankan proses penaklukan. Ini Agak perbeza dengan permulaan movie tahun 1876 yang tertumpu pada watak Nobita yang meninginkan robot bersaiz bangunan. Seterusnya plot/ jalan cerita bagi movie remake ini adalah mirip movie lama dimana watak Nobita terjumpa sebijik "Bola" dikutub utara dan membawanya pulang malah tidak dilupakan sebahagian bahagian robot. 

Perbezaan seterusnya boleh dikatakan mengubah sedikit pergerakkan jalan ceritnya berbanding dengan yang asal. Dimana diwujudkan watak baru dan pengenalan akan watak ini bermula apabila watak android yang dihantar kebumi; Li Lulu mencari rakannya iaitu Juuto yang telah "diculik" oleh Nobita dimana  ketika itu Li LuLu mencari Juuto ketika berada dikutub utara. Mungkin kalian pembaca tertanya siapakah Juuto?



Inilah Juuto yang dicari oleh Li Lulu dimana ianya berperanan sebagai "pengerak" Zanta Cluas dan tanpanya Li Lulu tidak boleh meneruskan misi menakluki bumi. Untuk pengetahuan kalian, Juuto adalah bola bulat yang menyerupai bola bowling (kalau diingat kembali dalam movie asal tahun 1986,) dan khas untuk movie remake ini ianya telah diubah kepada haiwan "comel" melalui alat doraemon dan wataknya dikekalkan sehingga penamat. Kalau dibanding dengan movie asal, peranan bola bowling ini hanya sekejap sahaja dimana hanya memaklumkan akan rancangan tentera robot yang akan datang menakluki bumi dan kemudiannya, bagi membuatkan bola bowling itu memihak kepada puak bumi, doraemon telah melakukan pengubahsuaian. Aku rasa itulah rutin movie remake Doraemon pada masa akan datang, dimana akan ditambah dengan sebentuk haiwan comel.

aku senaraikan perbezaan seterusnya secara ringkas dan padat  :-
  • Movie doreamon kali ini (2011) didengari banyak lagu latar menghiasi jalan cerita dan boleh dikatakan jumlah lagu yang diputarkan adalah begitu banyak sekali.
  • Jika di amati balik; kita dapat lihat bahawa watak Juuto lebih mendapat "spotlight" berbanding Li Lulu dimana ini sangat berbeza dengan movie asalnya dan juga watak Li Lulu hanya menjadi kawan baik Sizuka manakala Juuto menjadi kawan baik nobita (jadi boleh fikir, siapa yang kerap muncul dalam setiap babak) 
  • Alangkah ruginya movie ini kerana tidak memperbanyakkan kemunculan semula robot mainan milik Sunoe yang "diberi nyawa" oleh doreamon seperti dalam movie asal kerana perwatakkannya yang sangat lucu bagi aku. Untuk pengetahuan robot mainan sunoe hanya muncul pada permulaan movie sebagai robot mainan yang bosan.

Baiklah itu sahaja berbezaan yang boleh aku nilai dan huraikan, yang lain pergi tengok sendiri kerana dari pertengahan cerita hingga penamat; jalan ceritanya masih mirip dengan movie asal dan yang hanya berubah  adalah watak yang berperanan dalam sesuatu babak (Juuto).

Jadi itu sahaja carutan untuk kali ini cuma diharapakaan pihak produksi doreamon yang baru ini agar janganlah membikin semula movie Negara Awan; kerana movie itu sudah cukup sempurna jalan ceritanya. Tetapi apakan daya kalau nak untung dan masuk carta box office kenalah bikin juga. owh ya sebelum terlupa movie doremon untuk tahun 2012 juga ada diterbitkan iaitu diberi judul; Doraemon: Nobita and the Island of Miracles—Animal Adventure dan berjaya berada ditangga #1 di carta box office mereka disana (jepun).

-  Sekian

No comments: