Monday, April 9, 2012

skin 2012

Agak lama juga aku tidak memperkenalkan kulit baru foorbar2000 aku dan jika diingatkan kali terakhir aku berkongsi dengan kalian adalah awal tahun 2011. Jadi dengan kesempatan diberi aku ingin berkongsi dan inilah kulit baru untuk foobar2000 (fb2k) bagi edisi 2012


jika perhatian kulit baru diatas ternyata tidak banyak perubahan dengan edisi yang lepas tetapi aku hanya membuat perubahan kecil sahaja iaitu kesemua paparan dipecahkan kedalam tabs sahaja dan hanya menambah komponen baru dimana untuk mengantikan komponen lama yang tidak lagi berfungsi (author koding berputus asa). Malah aku mengembalikan semula penggunaan componet Esplaylist, sila lihat dibawah:-


Penggunaannnya semula komponen adalah berpunca atas sebab pengeluaran edisi kemaskini komponent ini yang membaiki sedikit kelemahan lalu dan lagi satu sebab lain ialah jumlah lagu/album yang kian bertambah dan membuatkan daya ingatan aku tidak lagi mampu menampung setiap judul album bagi setiap artis. Lalu sebagai jalan penyelesaian aku memaparkan kulit album ini dengan harapan paparan kulit album ini memudahkan diri aku untuk memainkan lagu.

Jika ingin megetahui nama komponen yang digunakan untuk membina kulit fb2k edisi 2012; dimana ianya tidak banyak berubah dan bolehlah lihat disini . Ah sebelum terlupa, aku menggunakan komponen lyrics baru iaitu; foo_uie_lyrics3 kerana edisi komponen yang kedua tidak lagi berfungsi mencari lirik lagu, lagu baru. Aku tak kongsi skin berjenis ini kerana ianya mudah dibina bak kata pepatah; budak 2 tahun pun boleh buat. Dimana tujuan utama entry ini hanya untuk memberi inspirasi kepada pengguna fb2k yang lain.

Nampaknya sudah bertahun aku masih lagi tidak menggunakan kaedah binaan coloum, ini kerana salah satu sebab kerana berlaku konflik komponen dan sebab lain; aku lebih suka begini kerana ianya mudah dan tidak melibatkan penggunaan memori yang banyak seperti player yang lain walaupun player lain menawarkan kemudahan yang lebih kurang sama.

Selamat mencuba

- Sekian

No comments: