Monday, May 2, 2011

K-ON!

Sudah lama juga aku tidak menonton anime kerana aku memilih untuk menonton rancangan anime yang dipaparkan television sahaja iaitu di saluran Animax. Tetapi selepas menonton beberapa episode siri K-ON!!, aku jadi tertarik untuk menonton kesemua siri anime tersebut.


Judul anime K-On! berasal daripada penggunaan perkataan keiongaku yang membawa maksud "muzik ringan". Dimana siri anime ini mengisahkan tentang kisah 4 orang pelajar perempuan di sekolah Jepun yang menyertai sebuah kelab muzik pop. Dimana kelab itu disertai oleh Tainaka Ritsu, Akiyama Mio, Kotobuki Tsumugi dan Hirasawa Yui. Malah setiap daripada mereka mempunyai kemampuan untuk bermain alatan muzik : Ritus (Drums), Mio (Bass), Mugi (Keyboard), Yui (Guitar).

Baiklah, kisah anime ini bermula dengan pencarian ahli - ahli baru yang berminat untuk menyertai kelab tersebut. Sekiranya jumlah pelajar yang menyertai kurang dari 4 orang, maka kelab tersebut akan dibubarkan. Tanpa membuang masa Ritsu sebagai presiden kelab berusaha keras bersama Mio untuk mencari ahli baru kelab k-on dan akhirnya membawa Mugi dan Yui untuk memasuki kelab tersebut. Tetapi agak ralat sedikit bagi Yui untuk menyertai kelab tersebut kerana Yui tidak mempunyai kemampuan untuk bermain apa jua alatan muzik atau memahami buku muzik. Maka dari situlah bermulanya kisah penceritaan mengenai 4 orang remaja perempuan yang menyertai kelab K-ON.

dari kiri: Ritsu, Mugi, Azusa, Yui, Mio

Penceritaan siri anime ini lebih tertumpu kepada kisah penghidupan ahli - ahli kelab keion itu sendiri yang berlaku dipersekitaran kawasan sekolah dan juga dirumah. Malangnya penceritaan siri ini kurang tertumpu kepada aktiviti kelab muzik mahupun latihan, dan ini amat berbeza dengan siri anime - anime lain yang berlatarbelakangkan / bertemakan muzik sebagai jalan cerita. Ini dapat dilihat dalam pertengahan episode dimana aktiviti kelab tersebut adalah tertumpu kepada aktiviti pemakanan dan gurau sendau sesama meraka. Tetapi disitulah yang membuatkan siri anime ini menarik untuk ditonton kerana setiap watak yang cuba ditonjolkan mempunyai perwatakan yang berbeza serta mencuit hati.

Dihampir penghujung musim pertama siri anime ini, kelab keion mendapat penyertaan ahli baru yang bernama Nakano Azusa (Guitar ) lalu menjadikan mereka 5 orang kesemuanya dan kisah / aktiviti kelima - lima ahli kelab tersebut dikembangkan lagi ke musim yang berikutnya (kedua), dimana anime tersebut digelar K-ON!! (nama musim berbeza berdasarkan tanda seru).


Akibat anime ini bertemakan muzik, maka terdapatlah beberapa buah lagu yang diselitkan didalam siri anime ini dimana kebanyakkan lagu didendangkan ketika kelab keion melakukan persembahan untuk aktiviti sekolah mereka. Akan tetapi jumlah soundtrack dan bilangan lagu bagi anime ini pula adalah dalam jumlah yang begitu banyak, ini berbeza sekali dengan jumlah lagu yang diperdengarkan didalam siri anime ini. Bagi yang ingin memuat turun soundtrack anime ini, dinasihatkan supaya memuat turun insert songs dan lagu opening dan ending sahaja. Sekiranya anda ingin memuat turun semua pun tidak salah, hanya untuk menjimatkan masa pembaca sekalian =) . Berikut adalah beberapa album yang disarankan untuk dimuat turun : -


» Lagu tema bagi opening / ending k-on! musim 1 & musim 2


Cagayake! Girls

Don't say "lazy"
Go! Go! Maniac
Listen!!
Utauyo!! Miracle
No, Thank You!

» Insert songs


After School Tea Time
ごはんはおかず/U&I
Fuwafuwa Time

*bagi lagu / album lain boleh semak google jika berminat

Dan bagi mereka yang belum kesempatan untuk menonton siri anime K-ON bolehlah memuatturun siri ini dengan melayari laman web amixstream, dimana laman web tersebut merupakan fansub berbahasa melayu di Malaysia (sokonglah fansub tempatan). Malah anda juga boleh menonton siri anime ini secara streaming dilaman web tersebut. Disamping itu juga laman web terbabit menyajikan pelbagai judul siri anime lain (sila geledah sendiri).

Namun siri anime ini tidak berhenti setakat musim ke dua sahaja, dimana sekarang ini sambungan bagi siri K-ON telah pun bermula iaitu bagi keluaran manga. Dimana kisah penceritaan tertumpu kepada kisah keempat - empat ahli K-ON iaitu Tainaka Ritsu, Akiyama Mio, Kotobuki Tsumugi dan Hirasawa Yui (tidak termasuk Azusa) dalam mengharungi penghidupan di alam Universiti. Disamping itu terdapat juga manga khas bagi mencerita kisah Azusa, Ui dan Jun di sekolah tinggi sebagai senior.

Sebelum terlupa jangan lupa movie K-ON! yang bila nak keluar pun tidak tahu =)

- Selamat menonton, sekian

No comments: