Friday, April 8, 2011

Unforgiving


The Unforgiving
by Within Temptation

align box playcount | info album : sini




Within Temptation
menampilkan sesuatu yang berbeza untuk album yang kelima ini, tengok sahaja cover album-nya. Pada kali ini konsep album mereka adalah berkonsepkan kepada buku komik yang dikeluarkan khas sempena album ini dimana mempunyai nama yang sama dengan nama album iaitu berjudul "The Unforgiving". Jalan cerita buku komik khas ini ditulis oleh Steven O'Connell (Dark 48, BloodRayne) iaitu setelah mendapat input dari kumpulan ini sendiri dan seterusnya dilukis oleh Romano Molenaar (X-Men, Witchblade, Lady Death).

Aspek penceritaan bagi album ini telah ditetapkan dengan lagu pembukaan pendek yang berjudul "Why Not Me," dimana mengandungi dialog dari karekter Mother Maiden. Malah terdapat juga filem pendek untuk buku komik khas ini supaya mengukuhkan lagi jalan cerita antara lagu dan buku komik dan berikut adalah cerita pendek berkenaan dimana ianya diselitkan dengan lagu single pertama band ini yang berjudul "Faster":

can't see embed video? click here

Seterusnya klip dibawah yang tidak mengandungi lagu dan sebaliknya hanya mengambil tajuk dari single kedua daripada album ini iaitu "Sinéad", dimana jalan ceritanya lebih menceritakan mengenai kisah silam (back story) watak -watak dalam siri komik ini.


can't see embed video? click here

Sebenarnya terdapat 3 episode/siri untuk cerita pendek ini, tetapi buat masa ini hanya tersedia 2 siri sahaja berbanding 3. Jadi bagi yang berminat untuk mengikuti siri seterusnya, anda boleh melayari dan seterusnya "Subscribe" di laman rasmi media youtube mereka : http://www.youtube.com/user/wtofficial

Baiklah selesai konsep album, mari semak senarai lagu dalam album ini
Tracklist

# Title (E)
1. Why Not Me
2. Shot in the Dark
3. In the Middle of the Night
4. Faster
5. Fire and Ice
6. Iron
7. Where Is the Edge
8. Sinéad
9. Lost
10. Murder
11. A Demon's Fate
12. Stairway to the Skies
13. The Last Dance (Bonus)
14. I Don't Wanna (Bonus)
15. Empty Eyes (Bonus)

* bold - 10/10
kredit - laman ini

No comments: