Saturday, August 4, 2012

Hungry

Bertemu lagi kita diminggu yang bertuah dan serta aman ini. Tanpa membuang masa sila nikmati entri pertama untuk bulan ini. Entri kali ini berjenis drama (tiada benda nak tulis). Untuk pengetahuan anda, drama ini mendapat rating yang lebih kurang baik dan dengan itu aku meluangkan masa untuk menontonnya.

Title: ハングリー!
Title (romaji): Hungry!
Genre: Food, romance
Episodes: 11

Dan drama ini pula bertemakan makanan dan jika diimbas kembali, kali terakhir drama bertemakan makanan mendapat perhatian aku adalah drama terbitan 10 tahun lalu iaitu Lunch Queen (sila salahkan drama bertemakan penyiasatan yang masih tak henti - henti diterbitkan).

Kalau ditengokkan pada tajuk cerita semestinya akan membayangkan cerita mengenai orang yang miskin kebulur kelaparan tetapi kisahnya adalah sebaliknya. Dimana drama ini mengisahkan kisah Eisuke iaitu seorang bekas pemain bass sebuah kumpulan rock yang tidak berjaya untuk menempa nama walaupun sudah mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman. Kegagalan band mereka menempa nama serta kematian ibunya mendorang Eisuke meneruskan perniagaan restoran Francis milik ibunya. Malah keputusan ini juga dibuat kerana Eisuke mempunyai bakat dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi dan ianya juga merupakan impian ibu beliau.

Tetapi malangnya hasratnya untuk meneruskan perniagaan ditapak restoran milik ibunya terhalang selepas ayahnya menjual restoran tersebut kepada sebuah syarikat pernigaan; Aso Corporation, dimana syarikat tersebut menjalankan pernigaan kedai makan. Walaupun sudah kehilangan tapak restoran milik ibunya, tetapi itu tidak mematahkan semangat Eisuke untuk menjalankan perniagaan restoran ditapak yang lain. Dimana sebelum itu beliau  mengajak rakan - rakan band-nya untuk bersama - sama dalam menjalankan perniagaan restoran Francis di sebuah gudang iaitu tempat mereka berlatih band semasa kecil dahulu. Disamping itu juga, ia mengisahkan juga akan seorang gadis remaja yang bernama Chie, dimana watak Chie yang gemar kepada makanan dan sering menziarah ke restoran yang dikendalikan oleh Eisuke dan dalam pada itu muncul "peristiwa - peristiwa" lain. Disamping itu, drama ini diselitkan mengenai kisah percintaan lebih kurang 3 segi di antara watak utama. Sebelum terlupa drama ini juga tidak ketinggalan dalam meyelitkan kisah persahabatan antara Eisuke dan rakan - rakan bandnya.



Baiklah mengenai kisah jalan cerita yang diteruskan untuk setiap episode drama ini ialah dengan menceritakan akan bagaimana Eisuke dan rakan - rakannya yang tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan restoran mengendalikanya. Dalam pada masa yang sama, menunjukkan akan kisah yang berlaku di restoran GASTEREA iaitu restoran baru yang dibuka ditapak restoran milik ibu Eisuke. Dimana memaparkan serba sedikit kehidupan pemilik restoran berkenaan dan perasan tergugat beliau dengan restoran baru Eisuke.

Hmm itu sahaja pengenalan yang aku nak tulis, benda - benda merapek lain aku malas tulis. Baiklah tibanya masa aku nak mengulas secara fast-point.

  • Pada permulaan drama ini banyak mengunaakan teknik imbas kembali/FlashBack iaitu untuk menceritakan bagaimana sebelum ini Eisuke didalam sebuah band dan bagaimana seterusnya beralih menjalankan perniagaan restoran.
  • Aku suka akan watak Ebina Mutsuko yangn tidak lawa serta sengal dan beliau suka bercerita perihal dirinya tetapi malangnya, ceritanya sering tidak habis disampaikan.
  • Drama ini juga menunjukkan sikap perempuan yang lebih cendorang kepada rock star berbanding chef sebagai karier. (pelik bagi aku)
  • Malah drama ini akan membuatkan anda akan telan air liur menontonya, kerana ada segmen khas untuk memperkenalkan makanan yang dihidangkan untuk pelanggan restoran ini. 
  • Serta drama ini juga ada ditunjukkan perkhawinan bertemakan restoran; dimana tema begini amat baru bagi aku.

Keseluruhan, bagi aku drama ini tidak merumitkan dimana hanya mengikut flow cerita sahaja dan dalam masa yang sama penonton dapat melihat gelagat lucu/susah/senang semasa mereka. Baiklah itu sahaja dari aku mengenai drama ini


- Sekian.

No comments: