Saturday, March 19, 2011

Merong

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem pertama terbitan warga tempatan yang aku pergi tonton di pawagam (amat tragis sekali). Tarikan utama untuk menonton filem ini adalah kerana ia dinyatakan merupakan "epic movie" malah menggunakan teknik CGI, jadi tidak salah kalau membazir sedikit duit untuk menonton.



Bagi movie berunsur sebegini tidak salah kalau mempunyai tanggapan/jangkaan yang lebih tinggi kerana sebelum ini terdapat filem Puteri Gunung Ledang (PGL) yang sama mengeluarkan kos perfileman yang bernilai berjuta- juta. Tanpa membuang masa malas hendak cerita panjang seperti karangan, mari semak senarai komen 1 (satu) hingga 7 (tujuh) :-
  1. Begitu banyak scene berlawan dalam movie ini. Malah babak berlawan yang ditonjolkan begitu kagum / hebat kerana tidak nampak seperti pertempuran dalam kebanyakan filem tamil atau "pertempuran tumbuk angin".
  2. MUNGKIN filem tempatan pertama yang membuat skor muzik sendiri dengan bantuan okestra, dimana skor muzik yang didendangkan amat hebat sekali terutama ketika babak - babak pertempuran macam tengok movie luar negara pula..kagum kagum.
  3. Filem ini juga berjaya memaparkan latar belakang dahulu kala dan termasuklah element - element lain seperti segala costume, lokasi/suasana sesebuah kawasan dan sebagainya. Malah style/corak bagi filem sejarah tempatan berjaya dibuktikan, tidaklah terikut macam filem luar
  4. Kenapa kebanyakkan kapal perang nampak macam kecil? atau memang begitu kapal orang dulu berperang? berkemungkinan kalau kapal macam Pirates of the Caribbean digunakan macam mana agaknya? ini disebabkan filem ini merupakan filem sejarah tempatan pertama yang banyak menggunakan kapal
  5. Babak ketika putera Rom mengejar puteri China didalam hutan begitu gelap sekali sampai tidak ternampak batang hidung. Adakah masalah mata aku? atau memang begitu?
  6. Tidak lupa juga unsur komedi/lawak yang dimasukkan didalam movie ini membuatkan penonton (aku) tak bosan menonton , maklum sahaja cerita sejarah mesti banyak cakap
  7. Bahasa yang digunakan dalam filem ini hampir 70% dituturkan dalam bahasa inggeris dan selebihnya bahasa melayu kuno (betul ke?) kadangkala apabila bertutur bahasa melayu sedemikian aku sendiri pun tak faham sebab sekali dengar.
Jadi itu sahaja komen dari penonton yang tiada pendidikan mengenai perfileman dan tahniah sekali untuk KRU.

No comments: