Saturday, December 19, 2009

AVATAR

Haaa aku baru je menonton movie yang berjudul: AVATAR, iaitu pada waktu 10.45 pagi di KLCC

imdb

Antara movie yang paling dinantikan kerana movie ini mendapat liputan penuh di beberapa laman web, majalah dan forum - forum yang membincangkan mengenai filem 3D yang berbajet besar ini. Sebelum itu aku berkesempatan mendengar soundtrack dan lagu tema bagi movie ini dan daripada mendengar lagu tersebut cuba membayangkan bagaimanakah jalan ceritanya sebelum pergi menonton dipawagam.
I See You by Leona Lewis

align box view playcount here

Secara ringkasnya, cerita ini berlatarbelakangkan kehidupan di planet lain dan puak bumi cuba untuk mempelajari kehidupan di planet tersebut tetapi badan manusia biasa tidak boleh menerima udara di planet berkenaan dimana akibat udara disana beracun. Oleh itu puak bumi telah mencipta jasad/badan Na'vi iaitu saku kaum planet tersebut, dimana tujuanya untuk mendekati dengan lebih lanjut mengenai benda hidup di planet tersebut. Untuk mengerakkan jalan cerita movie ini, Jake : seorang askar yang lumpuh telah ditugas untuk mengambil alih tugas abang kembarnya untuk memasuki jasad Na'vi dan membantu para saintis untuk menjaga keselamatan mereka sepanjang menjalankan kajian dikawasan pendalaman di planet tersebut. Akan tetapi malang tidak berbau, jake telah ditimpa malang dan terpisah dengan para saintis lalu diselamatkan oleh Neytiri iaitu anak ketua puak kaum Na'vi. Lalu bermulanya kisah yang panjang...

Apa yang menarik mengenai movie ini : Ianya cuba membawa penonton ke dunia fantasi khayalan dengan memaparkan keindahan flora dan fauna yang mungkin tidak wujud diplanet bumi dan membawa penonton mengenai penghidupan seperti orang asli pendalaman yang berbeza iaitu menunggang naga. Selain daripada itu babak sedih begitu menyentuh perasaan dimana ketika pokok "rumah" mereka tumbang akibat perbuatan puak bumi dan bapa kepada Neytiri terkorban dalam peristiwa itu. Malah ada satu perkara lagi yang menarik perhatian iaitu penggunaan bahasa yang digunakan oleh kaum Na'vi yang begitu pelik (itu sahaja).

APA YANG PENTING : HAMPIR 3 JAM MENONTON, tak perasan

Namun ada sesetengah ciri didalam movie ini, nampak seperti
Eragon - menunggang naga
Matrix - memasuki ke badan Na'vi
Hellboy - (Super Sapien) warna kulit kaum Na'vi
Hmm banyak sangat untuk diperkatakan mengenai movie ini kerana begitu menarik sekali
tetapi mujur tidak menonton Princess and Frog yang mendapat no 1 di carta box office, sepatutnya movie ini mendapat tangga pertama, Kids Change Teh World

No comments: