Bagi jalan cerita movie ini adalah megambil tempat dimana selepas para Gokaiger pergi planet Zangyack iaitu ianya diceritakan ketika penamat siri gokaiger dan juga selepas kemunculan Buster Machine; LT-06 (Lion) bagi siri Gobuster.
Pada pengenalan movie ini diceritakan akan perihal kewujudan 5 Ranger Keys baru yang dikenali sebagai Mythic Ranger Keys. Dimana jika kunci ini ditemui dan kelima - lima kunci ini digabungkan suatu kuasa hebat akan dikurniakan kepada pemiliknya.
Kehadiran kapal lanun berwarna hitam menghiasi kisah seterusnya dan disamping itu juga ianya memperkenalkan ketua Zangyack baru; Bacchus Gil dan Waredonaiyer. Malah diperlihatkan juga akan kerjasama antara Enter dan puak Zangyack dalam mencari Mysthic Ranger Keys.
Pertempuran antara Gokaiger dan Gobusters adalah begitu straightforward pada permulaan movie ini, dimana ditunjukkan akan kehadiran versi "gelap" lanun Gokaiger dan kemudian menyerang para Gobusters. Ketika pertempuran sengit berlaku, secara tiba - tiba munculnya villan Gobuster; Enter yang berjaya menemui salah satu dari Mythic Ranger Keys iaitu Red Phantom Ranger Key. Tetapi sebelum itu kehadiran Gokai Silver, Gai yang kebingungan akan pertempuran sesama Sentai.
Akibat dari penemuan Red Phantom Ranger Key, secara mengejut satu portal besar menyedut kesemua para Gokaiger serta Yoko, J danGorisaki. Sementara itu yang terselamat adalah Hiromu, Ryuji, Nick, Usada Dan Navi. Lalu tanpa membuang masa squad Gobusters cuba mencari jalan penyelesaian dengan bertanyakan kepada Navi akan sebab utama serangan Gokaiger keatas mereka dan dalam masa yang sama mereka cuba memikirkan dimana mereka dibawa pergi. Pada ketika itu juga diterangkan akan matlamat kedua - dua villan gokaiger dan gobusters dimana bagi Bacchus Gil ialah ingin mengguna kuasa Mythic Ranger Ranger Keys untuk memusnahkan bumi dan bagi Enter adalah untuk membawa messiah pulang.
Pengenalan sudah, kini komen secara pendek
- Konsep penceritaan bagi pentermpuran antara sesama super sentai adalah masih lagi sama iaitu kedua - dua pasukan bertempur dan kemudian dipecahkan dan akhirnya bergabung dalam menumpaskan puak jahat. Dimana konsep begini nampak mirip seperti movie Goseiger Vs. Gokaiger.
- Jalan cerita lebih memihak kepada Gobusters iaitu selepas mencecah klimaks cerita. dimana banyak difokuskan hubungan antara Buddyroid dan Gobusters sendiri.
- Boleh dikatakan movie ini adalah sedikit pengaruh SuperHero Taisen tetapi jalan ceritanya adalah lebih kemas iaitu dalam menceritakan punca Gokaiger menentang Gobusters.
- Sumbangan Gokaiger dalam movie ini adalah bertukar ke Super Sentai sebelumnya sahaja dan kegunaan ranger keys yang baru.
- Boleh dikatakan agaak muak dengan lokasi serta sudut pengambaran yang hampir sama didalam siri mahupun movie - movie yang lepas.
- Kemunculan super sentai berikutnya Kyoryuger tidak dilupakan, dimana ini merupakan pengenalan pertama kepada para penonton akan konsep mereka. Difahamkan siri sentai berikutnya ini merupakan siri yang diilhamkan dari haiwan purba;dinasour dan ini merupakan untuk kali ketiga haiwan purba berkenaan menjadi konsep utama sentai.
Antara mecha dari super sentai terdahulu yang digunakan dalam movie ini ialah Daizyujin (Zyuranger), Gaoking (Gaoranger), Gekitouja (Gekiranger), Daibouken (Boukenger), Magiking (Magiranger).
Itu sahaja dari aku diharapakan movie gabungan antara sentai akan datang adalah lebih kreatif dalam menentukan konflik pertarutan sesama sentai. Kini bolehlah aku menonton siri Zyuden Sentai Kyoryuger
- Sekian.