Thursday, December 27, 2012

carta 2012

Bertemu lagi kita pada tahun ini disegment carta album tahunan dan kali ini khas untuk tahun 2012. Seperti yang sedia-maklum post ini menyenarai album - album yang terbaik, menarik, sedap didengar oleh penulis sendiri sekitar tahun 2012.

Akan tetapi secara "malangnya" dipenghujung tahun 2012 dilihatkan bahawa kebanyakkan artis (us/uk) membuat comeback dalam memasarkan album baru. Akibatnya banyak masa perli diperuntukkan untuk mendengar kesemua album baru dari setiap artis.

Senarai album yang terdapat dalam carta 2012 ini adalah secara rawak. Penyusunan senerai album secara kegemaran adalah begitu mainstream. Baiklah sila lihat dibawah :-
artis : The xx
judul album : Coexist


Album ini aku cuba mendengar selepas mendapat banyak review positif mengenainya dan ternyata ianya album yang sangat bagus. One thing that i like to describe; the whole weird, lonely, ghostly feeling when listening to this album. Yess, this is defenitly the best album ever.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Shiny Toy Guns
judul album : III


Agak lama juga bagi kumpulan ini untuk buat kemunculan semula selepas album terakhir dipasarkan pada tahun 2008. Album berjudul "III" dimana sinonim dengan jumlah album studio mereka terkini iaitu album kali ketiga.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Frank Ocean
judul album : channel ORANGE


Selepas album mixtape "nostalgia, ULTRA" beliau mendapat perhatian para pengkritik dan pendengar, ramai yang menantikan album ini dan nama beliau juga mula meningkat naik. Bagi mempromosikan album ini, single pertama untuk album pertama beliau adalah "Thinkin Bout You". Malah melalui album ini juga, Frank Ocean berjaya dicalonkan untuk Anugerah Grammy bagi kategori 'Best New Artist' dan 5 pencalonan lain.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Lana Del Rey
judul album : Born to Die (Special Version)


Dari pengeluaran EP album ini sehinggalah pengeluaran album penuh, artis ini berjaya menarik perhatian dengan imej serta style muzik yang dipilihnya. Dimana keseluruhan lagu didalam album ini adalah ditulis sendiri dan genre muziknya tidaklah "generic" berbanding dengan kebanyakkan lagu yang diterbitkan sekarang.

Untuk pengetahuan, album ini mendapat entri penuh sebelum ini; lihat sini

align box view my play count for this album : HERE

[-/+] another top 6
artis : Yuna
judul album : Yuna


Album ini merupakan album LP pertama Yuna dipasaran US, selepas mengeluarkan EP berjudul Decorate pada tahun sudah. Untuk menghasilkan album ini beliau banyak berkolaberasi dengan komposer luar antaranya ialah penyanyi rap terkenal; Pharrell iaitu berjudul "Live your life" dan lagu tersebut dijadikan single pertama untuk album ini.

align box view my play count for this album : HERE
artis : L'Arc~en~Ciel
judul album : WORLD'S BEST SELECTION


Album ini merupakan album kompilasi lagu - lagu dari band terkenal JRockini . Apa yang membezakan album ini dengan album kompilasi yang lain ialah senerai lagu (tracklist) yang terkandung dalam album kompilasi ini adalah diundi oleh peminat mereka sendiri diseluruh dunia melalui laman web rasmi band ini dan album ini dipasarkan semasa band ini melakukan konsert jelajah keserata dunia.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Calvin Harris
judul album : 18 Months (Deluxe Edition)


Selepas banyak tampil dengan individual single dan remixes dari tahun sudah, kini beliau tampil dengan album penuh dan kebanyakkan lagu adalah koleberasi dengan artis - terkenal antaranya; Rihanna, Ellie Goulding, Florence Welch, Example, Ne-yo dan sebagainya

align box view my play count for this album : HERE
artis : BENI
judul album : COVERS


Diperhatikan untuk tahun ini sahaja, banyak artis jepun mengeluarkan covers album berbanding album mereka sendiri. Tetapi dalam kebanyakkan covers album, perhatian diberikan untuk album covers dari Beni, dimana banyak menyanyikan semula lagu hits antaranya dari Exile, Kubota Toshinobu dan sebagainya. Tetapi yang lebih menarik; kesemua lagu tidak dinyanyikan dalam bahasa jepun tetapi dalam bahasa orang putih.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Ellie Goulding
judul album : Halcyon (Deluxe Version)


Album kedua dari ellie goulding. Adakah kejayaan single dari ini sama seperti album Bright Lights?. Apapun aku ada membuat review pendek mengenai album ini dahulu, click sini

align box view my play count for this album : HERE
artis : Alex Clare
judul album : The Lateness Of The Hour


Album ini diluar dari jangkaan aku. Seperti yang tersediamaklum genre dubstep banyak digunakan dalam muzik kpop dan pop-dance sekarang dan itu membuatkan genre demikian seakaan basi dan muak. Tetapi selepas pengeluaran single pertama "Too Close" didapati genre muzik dubstep boleh diaplikasi kepada pop-rock-ballad.

align box view my play count for this album : HERE

Itu sahaja top 10 album of 2012 dari aku, dimana sekali lagi ingin diperingatkan senarai top 10 album diatas adalah bukan mengikut turutan kegemaran. Bagi yang tak senarai mungkin akan terbit entri secara individual kerana untuk tahun ini aku memilih untuk mendengar lagu single daripada mendengar album.

- Sekian.

Sunday, December 16, 2012

Breathless

Bertemu lagi kita didalam entri "drama-terbaru-aku-baru-tengok". Kali ini seperti yang sudah - sudah,  drama pelakon Takei Emi menjadi pilihan lagi iaitu drama tersebut berjudul Iki mo Dekinai Natsu. Untuk pengetahuan, drama ini adalah untuk musin panas dan ketika musim luruh berlaku, baru aku selesai menontonya.


Title: 息もできない夏
Title (romaji): Breathless Summer
Genre: Human/family drama
Episodes: 11
Selain membariskan Takei Emi sebagai pelakon utama, pelakon utama lain adalah Yosuke Eguchi, Yoshino Kimura dan pelakon yang dinantikan untuk membuat debut beliau dalam drama mingguan ialah Kazuki Shimizu (Gokai Green, Gokaiger).

Mengenai kisah penceritaan drama ini boleh dikatakan ianya tidaklah begitu "teruja", dimana kisah utama penceritaan adalah mengenai watak Rei Tanizaki, seorang gadis remaja yang tinggal bersama ibunya dan seorang adik perempuan secara aman damai dan berkerja disebuah kedai pastri. Malah watak Rei ditonjolkan berkemahiran adalah dalam membuat Pai Epal yang sedap.

Tanpa membuang masa, konflik drama ini mula timbul apabila Rei telah ditawarkan untuk menjadi perkerja sepenuh masa dikedai pastri berkenaan selepas 4 tahun berkerja disana. Seperti keperluan untuk menjadi perkerja tetap dimana - mana syarikat atau kerajaam, dokumen diri seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya diperlukan dalam memenuhi syarat jawatan yang ditawarkan.

Didalam menguruskan dokumen perkerjaan serta mendapatkan salinan sijil kerakyatan , watak Rei baru tersedar akan dirinya yang tidak memiliki "kad pengenalan" dan yang lebih malang iaitu; ketidak-wujudan nama beliau didalam sistem pendaftaran penduduk/keluarga. dimana ini berlaku selepas Rei melawat pejabat daerah dimana nama beliau tidak terdapat didalam alamat yang dinyatakan .
Difahamkan menerusi drama ini

Dijepun  akibat penduduk yang begitu ramai mereka tidak mempunyai kad pengenalan seperti dimalaysia, sebaliknya lesen memandu dan kad insuran kesihatan menjadi kad pengenalan mereka.

Akibatnya bagi mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan, maka secara keseluruhannya mereka tidak boleh berurusan rasmi dengan kerajaan, mendapatkan perkhidmatan kesihatan hospital, pekerjaan, berkahwin, mendapatkan passport dan sebagainya yang memerlukan "kad pengenalan".
Berbalik kepada drama ini. Kisah penceritaan dalam setiap satu episode yang terdiri daripada 11 episode ini;  mamaparkan kesukaran watak Rei dalam mendapatkan "kad pengenalan" dan dalam pada masa yang sama, kisah silam ibu Rei mula terbongkar sedikit demi sedikit dan secara tidak langsung juga menjelaskan sebab yang jelas mengapa nama beliau tidak didaftarkan dalam pendaftaraan keluarga. Akibat daripada itu Rei perlu membukti kewujudan beliau didalam keluarganya iaitu berdasarkan syarat - syarat yang ditetapkan.


Didalam berhadapan kesukaraan tersebut dan satu persatu rahsia silam mula terbongkar, dipaparkan watak Rei mula berbaik dengan watak Ryuichiro Kiyama iaitu perkerja di pejabat daerah (ward office). Dimana watak Ryuichiro Kiyama banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada Rei dalam membolehkan beliau didaftarkan didalam pendaftaran penduduk/keluarga.

Disamping itu juga, drama ini memaparkan akan kisah hidup watak Ryuichiro Kiyama yang menjadi menjadi ayah "angkat" kepada sebuah keluarga. Dalam pada itu, penceritaan diselitkan akan kisah individu - individu lain yang senasib dengan watak Rei iaitu nama mereka tidak didaftarkan didalam pendaftaraan penduduk/keluarga. Seterusnya identiti watak misteri yang menjadi tanda tanya sepanjang episode mula terbongkar diklimaks episode penceritaan drama ini.

Baiklah, itu sahaja serba sedikit pengenalan drama ini iaitu aku banyak diambil dari kisah di episode pertama dan serba sedikit pengenalan dikisah episode seterusnya, Secara keseluruhan, boleh dikataan pegeraakan jalan cerita adalah begitu lambat dimana dalam menceritakan satu - satu masalah yang timbul dalam membolehkan watak Rei mendaftarkan namanya dalam pendaftaran keluarga seterusnya adakah Rei berjaya memperolehi status perkerja tetap dipastri berkenaan.

Komen ringkas perihal lain - lain secara ber-point :-
  • Agak bosan dengan watak yang diberi kepada Takei Emi, kerana lazimnya watak seorang gadis yang baik/ lemah lembut merupakaan watak yang sering dimainkan beliau didalam drama - drama sebelumnya. Seharusnya diberi peranan watak yang berbeza.
  • Lagu ADELE "Set Fire To The Rain" menjadi lagu pembukaan drama ini. Untuk kali pertama aku setuju dengan pemilihan lagu iaitu lirik lagu seiring dengan jalan cerita. Digambarkan watak Rei Tanizaki yang "membara" dalam kesedihan.
itu sahaja dari aku, kini memantikan drama lain dari Takei Emi dimana ada satu lagi drama baru dan sehingga kini drama tersebut masih lagi berlangsung iaitu judulnya "Tokyo Zenryoku Shoujo"

-Sekian, selamat menonton

Sunday, November 25, 2012

Wizard

Pengetahuan; aku menunggu fansub movie crossover; SuperHero Taisen dikeluarkan terlebih dahulu sebelum aku boleh menonton siri Kamen Rider untuk tahun 2012 ini; Kamen Rider Wizard. Sebab utama ialah untuk mengelakkan bercampur-adukkan jalan cerita dengan siri Tokusatsu lain dan juga kelibat wizard tidak muncul sama sekali dalam movie tersebut.



Baiklah kita mulakan. Agak keterbalikkan konsep tema Kamen Rider kali ini dengan siri Kamen Rider yang sebelumnya dimana seperti yang sediamaklum siri Kamen Rider Fourze adalah berkonsepkan teknologi+angkasa. Manakala siri Kamen Rider kali ini pula adalah bertema sihir/magik dan itu termasuklah segala ciri/penceritaan dalam siri ini. Tunggak utama kali diwakili oleh seorang  remaja lelaki (bukan budak sekolah) yang bernama Haruto Sohma.



Pada episode pengenalan, diperkenalkan dengan watak Haruto iaitu seorang remaja lelaki yang mengemari kuih donut dan apa yang membezakan beliau dengan remaja lain adalah beliau mempunyai cincin yang membolehkan beliau bertukar kepada Kamen Rider Wizard. Bagi Wizard bertukar ke element/style seperti Flame/Earth/Water/Wind, adalah menggunakan cincin khas yang diberi nama Transformation Rings .

*Pemberitahuan; element/style utama/default Kamen Rider Wizard adalah api/fire/flame. Manakala bagi mengunakan skills yang pelbagai dalam menumpaskan puak lawan adalah menggunakan Magic Rings. Dimana setiap element tersebut mempunyai skills yang berbeza.

Mari bergerak kepada watak - watak yang muncul dalam siri ini, bagi episode permulaan, kebanyakkan mangsa yang menjadi sasaran adalah mereka yang bakal menjadi watak utama sampingan dalam siri Kamen Rider Wizard ini dan kemudiannya barulah bergerak kepada mangsa orang awam yang lain pula. Diperlihatkan siri ini masih mengekalkan konsep seperti siri Kamen Rider yang lepas iaitu menggunakan jumlah watak utama tambahan yang ramai untuk memeriahkan siri ini.


dari kiri; Shunpei, Rinko, Koyomi & Haruto

Setiap watak utama tambahan yang muncul mempunyai latarbelakang/perwatakkan yang berbeza iaitu seperti Koyomi merupakan pembantu Haruto dalam mengesan Phantom. Seterusnya watak Rinko Daimon pula dipotraitkan sebagai seorang anggota penyiasat polis wanita yang pada mulanya menjadi sasaran Phantom, lalu selepas diselamatkan Haruto beliau kekal bersama Haruto dan Koyomi untuk membantu dan mengetahui lebih lanjut mengenai perihal Phantom. Kemudian muncul pula salah seorang lagi "pembantu" Haruto iaitu Shunpei Nara dimana perwatakkannya agak keanak - anakkan dan beliau merupakan salah seorang peminat magik. Tidak dilupakan juga akan watak lelaki pertengahan usia iaitu Shigeru Wajima dimana beliau bertanggungjawab dalam membikin Magic Rings yang baru untuk Haruto/ Kamen Rider Wizard.

Secara "kreatifnya", pada episode pengenalan, konsep jalan cerita sudah memberitahu akan corak penceritaan kekal yang akan digunakan dalam sepanjang 50 episode siri ini iaitu; Misi mereka adalah menyelamat individu yang diserang atau sebelum diserang oleh raksasa Phantom iaitu bagi mengelakan Underworld mereka "diruntuhkan".

Dimana tujuan utama Phantom dalam menyerang mangsa/Gates adalah untuk membuatkan mangsa, dalam keadaan berputus asa/bersedih lalu membolehkan mereka melahirkan Phantom yang baru. Akibat daripada itu, bagi mengelak Phantom yang berada didalam Underworld mangsa dilahirkan, Haruto/Kamen Rider Wizard perlu perlu bertarung bagi mengelakkan Gates mengalami kesediahan dan jika perkara itu berlaku, Wizard perlu memasuki underworld-gates dan menumpuskan Phantom tersebut . Aku difahamkan setiap Phantom yang muncul dari siri ini kelak adalah berbentuk raksasa yang diilhamkan dari pelbagai mythologies.


Gates dalam proses penukaran ke Phantom

Operasi puak jahat ini diketuai oleh "Ketua" Phantom iaitu Medusa, dimana menggunakan badan seorang gadis yang diberi nama Misa. Tidak seperti villan Super Sentai Gobusters, beliau tidak berkeseorangan dimana Medusa ditemani oleh pembantunya Phoenix. Dimana Phoenix juga menggunakan badan seorang lelaki yang bernama Yugo. Matlamat utama puak jahat adalah untuk mengumpul bilangan Gates yang mencukupi supaya pemimpin mereka; Wiseman boleh melaksanakan semula satu upacara ritual yang dikenali sebagai "Sabbath".

Medusa dan Phoenix

Kisah penceritaan setakat ini tidak menjangkau begitu mendalam lagi, dimana hanya ada diceritakan kisah silam Haruto dan Horomi iaitu bagaimana mereka boleh bersama dan bagaimana Haruto dipilih untuk menjadi Wizard.

Baiklah seterusnya mari kita semak senarai komen edisi pendek ini :-
  1. Magic Spell agak jangkal dan pelik bagi aku, kerana ... ayat jampi ialah "Please"; Contoh "Connect, please"
  2. Baiklah jika diperhatikan pada kali ini, Belt Hensin Kamen Rider Wizard adalah berunsurkan "fa-p belt" dimana pendapat demikian diberi oleh kebanyakkan penonton tegar Kamen Rider.
  3. Terima kasih akan kewujudan watak Shunpei yang menyerikan siri ini dengan gelagatnya.
  4. Harapan watak Kamen Rider Witch (perempuan) diwujudkan, untuk digandingkan dengan wizard.
  5. Bagi mereka yang biasa bermain permainan video yang mempunyai kelas magik, sudah tentu mereka peka tentang menggunaan SP/Mana yang banyak dalam menggunkan satu - satu skill. Dan hal terbabit tidak terlepas daripada siri Kamen Rider ini. Jika diperhatikan sepanjang siri episode permulaan, watak Haruto banyak memakan donut berbanding makanan lain. Dimana itulah sumber SP/Mana beliau. 
Sebelum terlupa, tonton siri ini dikemas-naik dilaman sosial twitter dengan hashtag #KamenRiderWizard.

Seperti yang lepas -lepas; aku banyak menulis dari segi plot dan watak, element lain yang wujud dalam sebuah kisah penceritaan aku ketepikan. Jadi itu sahaja dari aku

- Sekian

Sunday, November 11, 2012

Taisen

taisen = war/perang



Setalah sekian lama menunggu keluaran movie crossover ini, dimana aku menunggu movie "peperangan" antara kesemua Super Sentai & Kamen Rider ini dari ianya mula dijadualkan tayangan dipawagan seterusnya pengeluaran dvd, dan akhirnya kini sudah diagihkan sarikatanya oleh para fan-subs.

Untuk pengetahuan movie ini melibatkan kemunculan semula kesemua watak - watak dari siri Gokaiger, Go-busters, Kamen Rider Decade, OOO, dan Fourze yang mengalas sebagai watak tumpuan utama untuk movie ini dan tidak dilupakan kepada KESEMUA para Super Sentai dan Kamen Rider dari siri lalu yang muncul sebagai watak sampingan.

Baiklah bagi permulaan movie ini; ianya tidak teragak - agak terus menunjukkan dimana Gokai Red / Captain Marvelous bertempur dengan Legendary Seven Rider  iaitu tujuh Kamen Rider yang paling terawal  (Kamen Rider 1, 2, V3, Riderman, X, Amazon, dan Stronger) dan kemudiannya diikuti dengan kemunculan Kamen Rider Decade.



Bagi menyelitkan keluaran terbaru francais masing - masing didalam movie crossover ini, Gobusters dan Fourze diberi babak pendek mereka dimana untuk menerangkan serba sedikit mengenai jalan cerita movie  ini. Manakala antara perkara penting mengenai movie ini yang membuatkan para penonton agak keliru daripada permulaan movie lagi ialah apabila watak Kamen Rider Decade berkerjasama dengan puak villan (Dai-Shocker) bagi menghapuskan kesemua Super Sentai, dan manakala Gokai Red pula berkerjasama dengan puak villan (Dai-Zangyack) juga untuk turut menumpaskan kesemua generasi Kamen Rider.

 

Akan tetapi "kerjasama" Captain Marvelous tersebut tidak diketahui oleh rakan - rakan lanun Gokaiger yang lain iaitu dalam menumpaskan kesemua Kamen Rider dan ini membuatkan mereka sangsi dan keliru akan tindakan wajar yang patut dilakukan. Boleh dikatakan dari pemulaan sehingga menuju klimaks, jalan cerita agak mendatar-menjunam. Dimana kebanyakkan pergerakkan jalan cerita iaitu di pertengahan plot penceritaan adalah dibawa oleh watak Joe, Hakase (Gokaiger), Kaito (Decade) dan Hina (OOO).

Bagi klimaks movie ini sudah tentu apabila kesemua generai Kamen Rider dan Super Sentai bergabung ditengah padang apabila "misi rahsia" mereka sudah berjaya. Dalam pada itu juga, dapat dilihat dimana para wira Super Sentai dan Kamen Rider berkerjasama dalam menumpaskan puak jahat.



Antara babak yang tidak boleh dilupakan dalam pertarungan epic tersebut adalah bila para Gokaiger bertukar kepada OOO forms dengan menggunakan Os Ranger Key, GOKAI CHANGE!!!



dan dalam pada itu juga; Kamen Rider Blade, Ryuki, Decade mengunakan Gosei-Cards untuk mengaktifkan mode pelindung dalam menewaskan puak jahat;



Kemudiannya, secara tiba - tiba pertukaran plot penceritaan berlaku dimana watak Kaito (Kamen Rider Diend) cuba melaksanakan hasrat puak jahat juga dan peristiwa tersebut dibawa sehingga penamat cerita. Tetapi dalam menuju ke penamat cerita, agak ralat bagi aku, iaitu dari permulaan sehingga klimaks cerita; jalan cerita dibawa oleh watak - watak dari Gokaiger dan Decade, tetapi apabila sampai kepenyudah; Fourze dan Gobusters mengambil alih pertarungan terbesar/akhir.

Baiklah secara keselurahan jalan cerita amat menarik tetapi cara penyampaian agak lemah  Apa yang lemah dimana jalan cerita begitu tertumpu apabila para wira hensin/gokai change (bertukar) kepada rupa wira berbanding ketika di mode manusia biasa. Seterusnya kurangnya penjelasan yang jelas akan apa yang sebenarnya berlaku sebelum konflik permusnahan antara Super Sentai dan Kamen Rider tercetus. Malah agak malang bagi Kamen Rider Meteor (Ryusei) kerana tidak mendapat airtime yang banyak dalam movie crossover ini.

Sebelum terlupa movie crossover ini juga berjaya menduduki di #1 carta box-office movie japan pada minggu pertama ia ditayangkan. Dimaklumkan juga dimana movie ini berjaya mencatat rekod iaitu dalam mengumpulkan jumlah adiwira yang banyak dalam satu movie (banyak stuntman/suit-actor terlibat).

- Sekian

Saturday, October 20, 2012

Halcyon


Halcyon (Deluxe Version)
by Ellie Goulding

align box  playcount | info album : -




Tidak dihanyut dengan kemashyuran yang lambat diperolehi beliau di US, dimana lagu "Lights" dari album pertamanya "Bright Light" telah berjaya menduduki tangga #2 carta Billboard Hot 100. Ellie tampil dengan album kedua beliau yang berjudul "Halcyon". Dimana album ini masih menggunakan khidmat "sendirian berhad" dalam menghasilkan kebanyakkan lagu didalam album ini serta beliau juga mengekal identiti sendiri dalam penyampaian lagu. Sebelum bercerita serba sedikit mengenai album ini, mari semak senarai judul lagu untuk album ini.
Tracklist

# Title (E)
1.Don't Say a Word
2.My Blood
3.Anything Could Happen
4.Only You
5.Halcyon
6.Figure 8
7.JOY
8.Radio
9.Hanging On
10.Explosions
11.I Know You Care
12.Atlantis
13.Dead in the Water
14.I Need Your Love (featuring Calvin Harris)

[-/+] Deluxe Edition

15.Lights(Single Version)
16.Ritual
17.Without Your Love
18.Hanging On (featuring Tinie Tempah)
19.The Ending (UK special edition)
29.High for This (UK special edition)
21.Stay Awake (Tesco exclusive)

* bold - 10/10
Album ini tampak banyak menumpukan pada lirik lagunya selain muzik instrument, dimana ini berbeza dengan muzik pop sekarang ini yang begitu "kerap ulang tayang". Kelainan ini dapat dilihat pada hampir kesemua lagu yang terdapat dalam album ini . Seterusnya untuk memperhangatkan kemunculan album ini, promo single dikeluarkan dahulu iaitu cover version dari penyanyi asal Active Child yang berjudul "Hanging On" featuring Tinnie Tempah. Untuk pengetahuan lagu tersebut telah diberi muat turun secara percuma dilaman rasmi SoundCloud-nya. Kesimpulannya boleh dikatakan keseluran lagu didalam album ini termasuk lagu bonus begitu memikat hati.

Cukup dari segi pengenalan album ini (ringkas), mari kita bergerak pula ke keperihal: hasil penjualan album ini diminggu yang pertama. Album Halcyon ini telah berjaya menduduki ditangga #2 di UK Album Chart dan #9 di Billboard 200

https://twitter.com/chartnews/status/258597627405430784

Akibat penjualan muzik/album yang begitu lembab sekarang ini, maka aku tidak hairan kutipan minggu pertama album ini serendah sedemikian. Dimana kebanyakkan dalam tahun ini, penjualan debut album tidak mencecah angka 500k. Kalau ada sekali pun, berkemungkinan artis berkenaan mempunyai fanbase yang kuat (bukan berdasarkan jumlah follower ditwitter mahupun likes difacebook).

Sebelum terlupa, bagi promosi album ini di US/UK/WW, Ellie mengeluarkan single pertama yang berjudul; "Anything Could Happen".

 
can't see embed video? click here

Jika diperhatikan, muzik video adalah begitu berkaitkan dengan lagunya dimana ia mengisahkan pasangan kekasih bercinta terkorban dalam kemalangan jalan raya dan kemudiannya; sepanjang muzik video dipasang anda ditemani dengan nyanyian oleh roh semati (begitulah pemahaman aku) dalam menyampaikan pesanan bahawa "apa sahaja boleh berlaku". Malah video tersebut diselitkan dengan element asap/kabur, sedih dan begitu banyak segi tiga .

Tetapi agak malang untuk lagu ini; kerana hanya berjaya peak di tangga #75 Billboard Hot 100 (setakat ini). Ini mungkin rakyat jelata "disana" masih mengilai "Lights" dan mungkin juga mereka masih lagi mendengar album pertama dan mungkin juga kurangnya promosi dipasaran US. Bagi ditanah air sendiri (UK) sudah tentu lagu ini mendapat posisi lebih baik iaitu #5 UK Single Chart. Kes hidup kena diteruskan, single kedua telah pun dikeluarkan pada 8 oktober lalu dan lagu yang dipilih ialah "I Know You Care".

Jadi itu sahaja dari aku

- Sekian.

Sunday, September 9, 2012

Fouzend

Fourze- End

Bertemu lagi kita diruangan tokusatsu, dimana entri kali ini adalah khusus untuk siri Kamen Rider Fourze yang baru sahaja tamat siri episodenya iaitu pada episode 48.


Ryusei ahli baru Kamen Rider Club

Seperti yang sedia maklum aku tidak begitu "ghairah" dalam menulis tentang siri fourze berbanding dengan siri gokaiger, tetapi adalah serba sedikit entri tentang wira Kamen Rider 2011 ini. Sila rujuk entri yang lepas sebelum aku mula "mencarut" panjang.
Permulaan - http://06lives.blogspot.com/2011/09/fourze.html
Movie 01 - http://06lives.blogspot.com/2012/07/riders.html
Akibat aku tidak menulis entri edisi pertengahan siri Kamen Rider Fourze ini jadi kini aku menyatukannya didalam satu entri yang mengandungi edisi pertengahan siri sehingga penamat siri ini. Baiklah kita mulakan; Tersediamaklum siri mendapat tempatlah juga selepas ada sesetengah golongan yang mengatakan siri ini akan flop dek kerana mengata siri OOO adalah lebih epik (itu aku tidak boleh komen dengan jelas kerana aku masih lagi tidak menonton OOO). Baiklah berbalik dengan Fourze dengan konsep penceritaan yang latarbelakang suasana persekolahan, siri ini membarisan jumlah pelakon yang lebih ramai dan setiap dari mereka mempunyai perwatakkan yang berbeza dan secara tidak langsung membuatkan siri ini menarik/jengkel untuk ditonton. Malah siri ini diserikan lagi dengan kemunculan seorang lagi watak misteri dipertenganhan siri episode yang membawa peranan Kamen Rider Meteor yang muncul pada episode 16.


Kamen Rider Meteor

Baiklah, kini aku ingin menghurai akan bagaimana proses jalan cerita diuruskan. Tetapi sebelum itu; bagi puak penjahat dalam siri ini, iaitu dari permulaan siri episode sehingga suku pertengahan siri diceritakan akan kemunculan penjahat Minor Zodiarts yang diaktifkan oleh pelajar sekolah ini sendiri dan bila menjangkau pertengahan siri hingga penamat dimunculkan pula akan kesemua 12 Zodiarts  (Horoskop).

Didalam pertarungan mereka dengan para penjahat durjana tersebut, ianya diperkuatkan dengan kemunculan switch baru dan kemudiannya muncul state baru Fourze dan Meteor yang pelbagai. Disamping itu, diselitkan juga jalan cerita yang membabitkan musibah/ kemalangan/sejarah silam bagi setiap ahli kelab Kamen Rider atau mahupun serba sedikit mengenai pelajar sekolah AGHS sendiri. Tetapi kisah yang dimisterikan sehingga penamat siri adalah tentang Kengo dan kemalangan yang meragut nyawa ayahnya serta siapakah dalang disebalik semua masalah yang muncul disekolah mereka. Disamping itu diselitkan penceritaan misteri bagi kemunculan wira Kamen Rider Meteor yang pada mulanya indentitinya tidak diketahui Gentarou dan rakan - rakan.

Baiklah seperti yang anda nantikan, ini komen aku bagi pertengahan hingga suku penamat siri fourze :-
  • Skop cerita agak kecil dimana hampir seluruhan bencana berlaku di kawasan sekolah AGHS dan agak - agaklah para penjahat sekalian juga adalah perkerja sekolah dan para mangsa pula, terdiri daripada para pelajar sekolah ini sendiri.
  • Costume Fourze state biasa (putih) boleh diterima lagi, tetapi apabila masuk ke state lain ianya menjadi merapu dan buruk.
  • Manakala costume/suit untuk Meteor adalah  LEBIH tertarik bagi aku tetapi apabila masuk ke state Meteor Storm, ianya nampak LEBIH huduh sekali.
  • Kegunaan Astro switches No 1 - 40 yang mempunyai pelbagai senjata atau serangan hanya kerap digunakan pada permulaan siri sehingga pertengahan episode sahaja dan selepas itu ternyata lebih mudah terus ke state Cosmic yang mengambungkan semua switches. .

  • kesemua 40  Astroswitches 

  • State Supernova bagi para Zodiarts hanya diaplikasikan untuk sesetengah zodiak sahaja. Jadi ini kurang menarik.
  • Sampai kesudah Gentarou dan Ryusei kekal dengan uniform "unik" mereka walaupun ada satu - dua episode memaparkan Gentarou memakai uniform sekolah AGHS tetapi tidak bagi Ryusei.
  • Siapalah punya idea untuk serangan permainan gasing bagi Meteor Storm.
  • Sepanjang menonton siri ini, aku suka melihat persahabatan diantara mereka dan tidak lupa akan Gentarou yang gigih nak buat kawan baru.
  • Kisah "percintaan" Ryusei x Tomoko tergantung, dimana dipenghujung beberapa siri episode baru diselitkan kisah mereka berdua.
  • Pihak post-production begitu rajin mengemaskini video opening Fourze, dimana jika terdapat switch terbaru mahupun State Fourze, lalu minggu hadapan terus diselitkan.

Seterusnya bagi mengulas 2 episode terakhir siri fourze, dimana episode  tersebut banyak diselubungi perasaan sedih dan boleh dikatakan agak tidak dijangka akan apa yang berlaku kepada Sagittarius. Malah secara automatik terjawablah segala persoalan yang diselebungi di permulaan siri ini. Tetapi, terdapat kisah tergantung perihal mereka yang dihantar ke Dark Nebula "palsu" dan dinyatakan mereka telah diberi tidur. Jadi kini tiada siapa yang tahu akan apa yang terjadi dengan mereka.

Sebelum terlupa siri Kamen Rider Fouze ada membuat siri crossover pendek, 4 episode dengan siri animasi Shin Chan, dimana ianya bertujuan untuk mempromosi movie masing - masing pada masa itu. Malah para pelakon Kamen Rider Fourze ada membuat satu game show yang berkonsepkan aktiviti kelab Kamen Rider selepas sekolah dengan matlamat untuk memperkenalkan semula Kamen Rider yang lalu.

Benda yang paling terakhir mengenai Fourze adalah movie summer yang dijadualkan akan ditayangkan dalam tahun ini juga dan tersedia maklum francais Kamen Rider sudah pun bersambung dengan Kamen Rider Wizard, jadi nantikan sahaja review dari aku bagi episode permulaan siri berkenaan.



Secara keseluruhan siri ini menarik untuk diikuti tapi komen yang aku senaraikan itu hanya perkara kecil sahaja dan kebanyakkan aku menghuraikanya atas angin sahaja, ini bagi mengelak aku ter-spoiler-kan (dari segi kisah sebenar penceritaan kebanyakkanya).

- Sekian

Wednesday, August 15, 2012

Spending


Spending all my time
by Perfume

align box  playcount | info album :




Kini aku memutuskan untuk menulis review mengenai perihal muzik pula, dimana sebelum ini ternyata sedikit kurang bagi aku untuk menulis perihal album mahupun single terbaru. Baiklah serba sedikit mengenai single terbaru kumpulan Pop/Dance dari jepun ini yang digelar Perfume. Untuk pengetahuan kalian, single ini merupakan single kedua yang dikeluarkan dalam tahun 2012 (keseluruhan single ke-15 mereka) dimana sebelum ini single pertama mereka dalam tahun ini ialah; Spring of Life.

Single ini baru sahaja dipasarkan iaitu pada tanggal 15/8 dan dari hasil penjualan harian CD-single ini membuatkan single ini berjaya menduduki  di tangga ke #2 Oricon Daily Charts. Album ini memuatkan 3 lagu baru termasuk lagu yang menjadi tajuk single ini serta dimuatkan versi instrumental 3 lagu tersebut;

Tracklist

# Title (E/J)
1. Spending all my time
2. ポイント
3. Hurly Burly
4. Spending all my time -Original Instrumental-
5. ポイント -Original Instrumental-
6. Hurly Burly -Original Instrumental-

Jika ingin menyentuh PV (muzik video) Perfume untuk single kali ini adalah sedikit berbeza dimana ianya lebih kepada seni bebanding dengan PV yang sebelumnya yang cenderong kepada robotik/teknologi. 

*bukan pv penuh
can't see embed video? click here

Secara sinposisnya PV single ini adalah menunjukkan 3 orang gadis terkurung didalam bilik yang berkunci dan "Spending All My Time" dengan aktiviti menari dan magik mereka didalam bilik tersebut. Jika dilihat dalam muzik video ini ianya agak berulang bagi sesetengah babak terutamanya ianya berlebih ulang ketika aksi mengetuk pintu dan bagi aku ianya amat sesuai dengan lagu ini yang AMAT repetitive dari segi lirik lagu.

Jadi itu sahaja dari aku

- Sekian

Saturday, August 4, 2012

Hungry

Bertemu lagi kita diminggu yang bertuah dan serta aman ini. Tanpa membuang masa sila nikmati entri pertama untuk bulan ini. Entri kali ini berjenis drama (tiada benda nak tulis). Untuk pengetahuan anda, drama ini mendapat rating yang lebih kurang baik dan dengan itu aku meluangkan masa untuk menontonnya.

Title: ハングリー!
Title (romaji): Hungry!
Genre: Food, romance
Episodes: 11

Dan drama ini pula bertemakan makanan dan jika diimbas kembali, kali terakhir drama bertemakan makanan mendapat perhatian aku adalah drama terbitan 10 tahun lalu iaitu Lunch Queen (sila salahkan drama bertemakan penyiasatan yang masih tak henti - henti diterbitkan).

Kalau ditengokkan pada tajuk cerita semestinya akan membayangkan cerita mengenai orang yang miskin kebulur kelaparan tetapi kisahnya adalah sebaliknya. Dimana drama ini mengisahkan kisah Eisuke iaitu seorang bekas pemain bass sebuah kumpulan rock yang tidak berjaya untuk menempa nama walaupun sudah mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman. Kegagalan band mereka menempa nama serta kematian ibunya mendorang Eisuke meneruskan perniagaan restoran Francis milik ibunya. Malah keputusan ini juga dibuat kerana Eisuke mempunyai bakat dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi dan ianya juga merupakan impian ibu beliau.

Tetapi malangnya hasratnya untuk meneruskan perniagaan ditapak restoran milik ibunya terhalang selepas ayahnya menjual restoran tersebut kepada sebuah syarikat pernigaan; Aso Corporation, dimana syarikat tersebut menjalankan pernigaan kedai makan. Walaupun sudah kehilangan tapak restoran milik ibunya, tetapi itu tidak mematahkan semangat Eisuke untuk menjalankan perniagaan restoran ditapak yang lain. Dimana sebelum itu beliau  mengajak rakan - rakan band-nya untuk bersama - sama dalam menjalankan perniagaan restoran Francis di sebuah gudang iaitu tempat mereka berlatih band semasa kecil dahulu. Disamping itu juga, ia mengisahkan juga akan seorang gadis remaja yang bernama Chie, dimana watak Chie yang gemar kepada makanan dan sering menziarah ke restoran yang dikendalikan oleh Eisuke dan dalam pada itu muncul "peristiwa - peristiwa" lain. Disamping itu, drama ini diselitkan mengenai kisah percintaan lebih kurang 3 segi di antara watak utama. Sebelum terlupa drama ini juga tidak ketinggalan dalam meyelitkan kisah persahabatan antara Eisuke dan rakan - rakan bandnya.



Baiklah mengenai kisah jalan cerita yang diteruskan untuk setiap episode drama ini ialah dengan menceritakan akan bagaimana Eisuke dan rakan - rakannya yang tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan restoran mengendalikanya. Dalam pada masa yang sama, menunjukkan akan kisah yang berlaku di restoran GASTEREA iaitu restoran baru yang dibuka ditapak restoran milik ibu Eisuke. Dimana memaparkan serba sedikit kehidupan pemilik restoran berkenaan dan perasan tergugat beliau dengan restoran baru Eisuke.

Hmm itu sahaja pengenalan yang aku nak tulis, benda - benda merapek lain aku malas tulis. Baiklah tibanya masa aku nak mengulas secara fast-point.

  • Pada permulaan drama ini banyak mengunaakan teknik imbas kembali/FlashBack iaitu untuk menceritakan bagaimana sebelum ini Eisuke didalam sebuah band dan bagaimana seterusnya beralih menjalankan perniagaan restoran.
  • Aku suka akan watak Ebina Mutsuko yangn tidak lawa serta sengal dan beliau suka bercerita perihal dirinya tetapi malangnya, ceritanya sering tidak habis disampaikan.
  • Drama ini juga menunjukkan sikap perempuan yang lebih cendorang kepada rock star berbanding chef sebagai karier. (pelik bagi aku)
  • Malah drama ini akan membuatkan anda akan telan air liur menontonya, kerana ada segmen khas untuk memperkenalkan makanan yang dihidangkan untuk pelanggan restoran ini. 
  • Serta drama ini juga ada ditunjukkan perkhawinan bertemakan restoran; dimana tema begini amat baru bagi aku.

Keseluruhan, bagi aku drama ini tidak merumitkan dimana hanya mengikut flow cerita sahaja dan dalam masa yang sama penonton dapat melihat gelagat lucu/susah/senang semasa mereka. Baiklah itu sahaja dari aku mengenai drama ini


- Sekian.

Saturday, July 21, 2012

Riders

Jika entri pada sebelum ini banyak menumpukan mengenai jdrama sahaja tetapi pada kali ini, entri berbalik kepada adiwira jepun iaitu Kamen Rider Fourze pula, dimana aku baru berkesempatan menonton movie terbaru mereka yang berjudul; Kamen Rider x Kamen Rider Fourze & OOO: Movie War Mega Max.


Dimana seperti movie - movie Kamen Rider yang lalu, movie ini juga menampilkan beberapa Kamen Rider yang terdahulu untuk menarik minat kipas-susah-mati dan para penonton. Seperti yang dapat kalian lihat pada judul movie ini, Kamen Rider yang dibariskan ialah; Kamen Rider; Fourze, OOO, W dan kemunculan istimewa; Legendary Seven Rider iaitu tujuh Kamen Rider yang paling terawal  (Kamen Rider 1, 2, V3, Riderman, X, Amazon, dan Stronger). Malah khas untuk movie ini diperkenalkan 3 Kamen Rider baru. Dan untuk mengetahui siapakah dan apakah peranan mereka, terusan membaca.

Bagi kisah plot untuk movie Kamen Rider Fouze pertama ini; ianya dipecahkan kepada beberapa kisah penceritaan yang bebeza iaitu setiap jalan cerita diwakilkan kepada setiap Kamen Rider. Dimana untuk permulaan jalan cerita, ianya diperceritakan setiap kisah tersebut secara berperingkat tetapi dalam masa yang sama, ia masih memegang kepada jalan cerita pokok dan dibawa sehingga ke penamat cerita. Baiklah mari lihat pecahan permulaan jalan cerita :-

Dimana pada permulaan cerita dipecahkan kepada 3½ kisah
  • Permulaan, Legendary Seven Rider bertarung dengan orang - orang Foundation X dan dalam pada masa yang sama munculnya Kamen Rider dari masa hadapan; Kamen Rider Poseidon
  • Seterusnya Kamen Rider OOO bertarung pula dengan Kamen Rider Poseidon dan serba sedikit mengetahui akan Kamen Rider masa hadapan tersebut.



  • Lalu muncul pula Kamen Rider Aqua dalam membantu Kamen Rider OOO menumpaskan Kamen Rider Poseidon.
  • Kemudian Kamen Rider W cuba memberhentikan para penyelidik Foundation X dan selepas itu, W mendapati hasil kajian Foundation X telah "melarikan" diri. Dalam pada itu juga, ia memaparkan akan musibah yang menimpa pada Legendary Seven Rider.
  • Selepas itu, ia memaparkan slot Kamen Rider Fourze pula, dimana latarbelakang memaparkan Gentarou dan rakan - rakan sedang menjalankan aktiviti festival sekolah mereka dan secara tetiba - tiba muncul seorang gadis dari langit. Dalam pada itu ia menunjukkan watak Gentarou telah tertambat hati dengan gadis tersebut. 



  • Selang beberapa ketika Gentarou dan rakan - rakan telah diserang dan kemudian munculah Kamen Rider Wanita yang khusus unutk movie ini sahaja dan tidak muncul didalam siri fourze; Kamen Rider Nadeshiko. Dimana kamen rider tersebut meniru hampir segala yang dilakukan oleh Kamen Rider Fourze. Kisah Gentarou dan cinta pertamanya berlarutan sehingga penamat cerita.

Itulah kisah "permulaan" cerita bagi movie ini dan seperti yang dapat anda lihat ianya plot permulaan amat panjang lebar sekali sehinggakan plot pertengahan dan penghujung movie ini telah disingkatkan. Akibat plot yang sedemikian aku merasakan tidak perlu menulis ringkasaan penamat untuk movie ini. 

Dan semasa mengamati jalan cerita sehingga ke penghujung, didapati kelibat Kamen Rider W seperti hilang secara mengejut iaitu bila tiba disuku akhir cerita, ini bermungkinan untuk menumpukan hanya dua Kamen Rider utama sahaja di pertarungan akhir dan sejajar dengan tajuk movie ini yang tidak menyebut langsung tentang Kamen Rider W.

Secara keseluruhan, movie ini agak meleret penceritaanya terutama pada bahagian Kamen Rider OOO dan yang lainnya agak sekadar baik sahaja dan bagi aku tarikan utama movie ini sudah tentunya Kamen Rider Nadeshiko & Legendary Seven Rider

Sebelum terlupa, movie yang berikutnya ialah summer movie special, iaitu dibintangi  oleh watak Kamen Rider Fourze sahaja dan tidak didatangi watak Kamen Rider yang lain. Jadi nantikan DVD keluaran movie summer ini iaitu berkemungkinan dipasarkan selepas musim panas kelak atau mungkin musim sejuk nanti. Jadi itu sahaja dari aku.

- Sekian.

Saturday, June 23, 2012

VV

Berkesempatan menonton drama Takei Emi yang paling terbaru. Walaupun sebelum ini berkeras agar tidak menonton drama berspesiskan misteri, tetapi kerana Emi aku menonton jua.


Title: Wの悲劇
Title (romaji): W no Higeki
Genre: Mystery, drama
Episodes: 8

Baiklah ada beberapa pengenalan yang ingin aku huraikan, dimana drama ini adalah diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama dengan drama ini iaitu "W no Higeki" (Tragedi W). Ditulis oleh Natsuki Shizuko dan novel tersebut telah diterbitkan pada tahun 1982. Mengenai drama ini pula, pelakon wanita terkenal; Takei Emi melakonkan watak dua orang gadis yang berbeza dimana kedua - duanya adalah watak utama drama ini.

Perihal penceritaan drama ini adalah mengisahkan mengenai penghidupan 2 orang gadis iaitu Mako dan Satsuki dimana mereka berdua memiliki rupa bentuk muka yang serupa dan kemudianya mereka telah membuat kata sepakat untuk bertukar penghidupan masing - masing selepas watak Satsuki berdepan dengan masalah. Dalam masa yang sama, bergerakkan jalan cerita dari setiap episode ke episode lain dalam drama ini adalah menunjukkan akan dua kisah penghidupan watak utama yang berbeza dalam masa yang sama berdepan pelbagai cabaran. Dimana watak Mako merupakan cucu kepada  keluarga jutawan Watsuji (senang) manakala watak Satsuki pula hanya seorang gadis cuci disebuah kelab dan sanggup menjual dirinya untuk menyara hidup (susah). Selepas kedua - dua watak utama ini bertemu dan bertukar hidup mereka, jalan cerita tertumpu akan penghidupan lazim watak yang bertukar tersebut dan yang utama adalah menceritakan bagaimana dua watak ini cuba berubah menjadi orang yang "baru". 

Berhubung kait dengan genre drama ini iaitu misteri /drama, penceritaan drama ini tampak lebih difokuskan kepada watak Satsuki yang bertukar menjadi Mako iaitu ditunjukkan bagaimana keadaan berubah apabila Satsuki memasuki rumah keluarga Watsuji dan selepas itu berlakunya satu "kemalangan" didalam keluarga tersebut. Manakala bagi kisah Mako yang bertukar menjadi Satsuki pula, kurang hebat jalan ceritanya. Dimana ditunjukkan bagaimana Mako menjalani liku - liku hidup kepayahan yang dialami oleh Satsuki sebelum ini, dan dalam masa yang sama, watak Mako terpaksa menghadapi kesan dan akibat atas perbuatan Satsuki yang terdahulu dimana watak Satsuki didakwa telah melakukan jenayah sebelum itu.


simbolik bertukar telefon bimbit

Walaupun drama ini terdapat beberapa perubahan pada watak utama tetapi jalan cerita masih mengikuti dengan jalan cerita asal (novel), akan tetapi pergerakkan jalan cerita tampak agak terlalu terburu - buru terutama dalam menghuraikan akan sesuatu misteri dan kurang diselitkan dengan element *buat-hati-cemas/tak senang-duduk. Malah drama ini juga agak terbalik konsepnya dengan konsep drama jepun dewasa ini, dimana jika kini banyak drama bermotifkan penyiasatan tetapi drama ini pula, bertukar konsepnya sedikit. Tetapi agak ralat bagi aku selepas melihat jumlah episode drama ini kerana tidak pasti penceritaan drama ini terlalu mengikuti jalan cerita novel mahaupun versi filemnya yang pernah diterbitkan pada tahun 1984. Ini disebabkan banyak kisah yang tidak dihuraikan seperti; 
  1. Apakah motif yang jelas watak Mako untuk menukar hidupnya dengan Satsuki walaupun pada permulaan episode ada ditunjukkan beberapa sebab "samar".
  2. dan juga apakah sebab/punca tercetusnya misteri pantang larang keluarga Watsuji; ianya tidak diceritakan dengan lebih mendalam. 

Kini aku ingin menyentuh pula akan lagu latar yang terpekik didalam drama ini; iaitu single terbaru dari Ken Hirai, walaupun aku tak suka cara beliau menyanyi iaitu seperti membaca tetapi bagi lagu yang dinyanyi untuk drama ini agak berbeza dan menarik sekali, kerana lagu tersebut mempunyai mood misteri seperti drama ini. 

Itu sahaja dari aku dan jika berkesempatan, aku ingin menonton versi filemnya pula kerana mugkin huraian penceritaan agak sedikit berbeza dan mungkin lebih jelas. Satu pesanan; jika Takei Emi ada drama baru, jangan lupa nanti review aku xD


- Sekian

Sunday, June 10, 2012

Mita-san

Bertemu kembali kita didalam sudut review J-Drama dan drama yang bertuah untuk ditonton pada kali ini ialah : Kaseifu no Mita.  Pemilihan jdrama ini kerana melihat akan ratingnya yang sangat tinggi berbanding jdrama yang pernah aku tonton. Baiklah kita mulakan :-


Title: 家政婦のミタ
Title (romaji): Kaseifu no Mita
Genre: Mystery, family
Episodes: 11

Pengenalan ringkas mengenai jdrama ini; dimana ianya mengisahkan watak Mita Atari yang berkerja sebagai pembantu rumah secara kontrak. Kemudiannya beliau telah ditugaskan untuk berkerja dirumah keluarga Asuda yang "baru" sahaja kematian isteri dan ahli keluarga tersebut terdiri daripada papa Asuda, 2 orang anak lelaki mereka (Kakeru, Kaito) dan 2 orang anak perempuan (Yui, Kii).

Pengutamaan cerita drama ini adalah lebih difokuskan kepada watak Mita-san dan bagi mengupas akan kisah watak utama, kisah keluarga Asuda diceritakan. Baiklah aku akan menulis serba sedikit mengenai ringkasan untuk permulaan episode drama ini. Dimana bertujuan untuk menarik minat pembaca sekalian untuk menonton.

  • Pada epsidoe permulaan banyak mempaparkan bergolakkan perasaan/emosi watak kanak - kanak drama ini yang bersedih mengenangkan kehilangan ibu mereka terutama watak anak bongsu keluarga ini; Kii. Seterusnya pada episode 2, diceritakan secara serius, mengenai apa yang dihadapi oleh Kaito dengan dengan rakan sekelasnya yang membulinya.
  • Apabila mencapai episode 3, rahsia yang disimpan oleh papa Asuda akan punca kematian isterinya sudah diketahui oleh setiap anaknya dan tercetus pertelingkahan sesama mereka. Dan dalam pada masa yang sama bermulalah penyiasatan kanak - kanak ini  yang cuba mengorek kisah silam Mita-san selepas ianya dilarang oleh Mita-san sendiri untuk mengajukan soalan peribadi. Pada episode 4 pula, dapat dilihat bahawa keluarga ini berpecah dan anak bongsu, Kii mengharapkan Mita-san dapat menyatukan keluarga ini semula. Kemudian diceritakan pada episode 5 pula adalah mengenai masalah yang dihadapi Kakeru selepas rahsia ayahnya dihebohkan dan diketahui masyarakat sekeliling dan diceritakan juga bagaimana ayahnya menguruskan masalah rahsia yang dihadapainya. 
  • Disamping pernceritaan keluarga Asuda sepanjang episode permulaan sehingga pertengahan, ada diceritakan juga mengenai perihal watak Mita-san, dimana beliau merupakan seorang suri rumah yang cekap dalam melakukan kerja - kerja rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Malah beliau juga sering membawa beg misteri yang mengandungi pelbagai benda/alat keperluan untuk kegunaan ketika bertugas. Disamping itu juga, ia memaparkan perwatakkan Mita-san yang tidak senyum, tidak menangis, tidak merungut (seperti robot) dan tidak membantah akan setiap arahan majikan mahupun ianya arahan yang amat tragis. Seterusnya, Mita-san juga mengetahui akan setiap perkara (kamus bergerak), sebagai contoh; mengetahui setiap nama ahli AKB48. Perwatakkan Mita-san yang sedemikian memyebabkan keluarga Asuda, terutama anak - anak keluarga Asuda menyukai beliau dan teruja untuk mengetahui kisah latar belakangnya.

Aku rasa, itu sahaja ringkasan jalan cerita bagi setiap episode yang boleh aku tulis, disebabkan episode seterusnya merupakan klimaks cerita dan aku tidak suka menulis spoiler secara banyak. Tetapi aku cuma nak mengulas pada episode suku penghabisan; dimana ditunjukan babak Mita-san menceritakan segala kisah silamnya yang begitu menyayat hati. Tetapi agak ralat bagi aku menonton babak tersebut kerana tukang tulis skrip/ pengarah tidak mengunnakan teknik penceritaan imbas kembali iaitu sebolehnya memaparkan babak - babak silam kisah Mita-san tetapi sebaliknya hanya memaparkan Mita-san bercerita diatas kerusi sahaja. Kerana jika teknik itu dilakukan, maka para menonton boleh mendekati lagi akan derita yang dialami oleh watak Mita-san. Malah babak tersebut juga tidak ditemani dengan muzik latar dimana hanya memfokuskan Mita-san menceritakan kisahnya.


kehadiran mita-san pada awal episode

Sebelum menutup penulisan jalan cerita, agak tidak keterlaluan jika aku mengulas juga penamat drama ini, dimana saat penghujung drama ini seharusnya dimaksima tahap kesedihannya tetapi malangnya, ia telah diminimakan. Sejujurnya penamat yang dibuat sudah cukup sempurna bagi aku, dimana apa yang berlaku kepada keluarga Asuda tetapi penamat akan kisah hidup Mita-san masih lagi tergantung.

Untuk pengetahuan kalian, ada element - element lain yang aku tidak tulis disini kerana ianya wajar ditonton sendiri kerana itu lebih bagus untuk difahami. Disini aku memberi pujian kepada setiap pelakon kerana berjaya membawa watak masing - masing dan mempamerkan perwatakkan dengan jayanya termasuk pelakon kanak - kanak drama ini.

Sebelum menonton drama banyak review luar mengatakan drama ini seperti Nanny Mcphee dimana watak Mita-san yang misteri/seram datang kerumah dan membantu dan menguruskan penghidupan budak - budak ini. Tetapi selepas menonton episode pertama ternyata agak bercanggah dengan pemikiran aku, dimana drama ini lebih mirip kepada jdrama Haken no Hinkaku iaitu dari segi perwatakaan Mita-san itu sendiri dan yang membezakan dua drama tersebut ialah genre. Baiklah mari kita lihat persamaan dua drama ini Kaseifu no Mita vs. Haken no Hinkaku ;-

[-/+] Lihat Disini
  1. Watak utama perempuan, berkebolehan serba - serbi dalam bidang mereka.
  2. Menepati waktu, berkerja secara "tekun" dan tidak senyum.
  3. Semua orang mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan.
  4. Kisah lalu membentuk perwatakkan kedua - dua watak utama ini.
dan apa yang PALING membezakan ialah tahap penerima arahan dari ketua mereka, dimana watak Mita-san sanggup melakukan APA SAHAJA yang diarahkan oleh tuannya dan ahli keluarga lain. Ini berbezakan dengan watak utama Haken no Hinkaku yang hanya melakukan arahan pejabat sahaja.

Cukup setakat ini sahaja penulisan aku dan pengajaran utama yang boleh diambil dari drama ialah jangan merosakkan kebahagian keluarga sendiri atau keluarga orang lain kerana setiap masalah yang timbul dalam drama ini berpunca daripada perbuatan tersebut.

- Sekian