Thursday, December 15, 2011

carta 2011

Seperti tahun - tahun sudah iaitu 2009, 2010 aku telah menyenaraikan album - album yang paling aku minati dan menjadi kegilaan didengari sepanjang tahun dan bagi tahun ini juga, aku menyenaraikan senarai album - album yang menjadi kegilaan juga.

Berbeza untuk tahun ini, aku tidak menunggu sehingga hujung tahun untuk menulis review pendek akan album kegemaran tersebut, dimana aku membuat satu posting khas untuk album kesukaan aku tersebut. Malah untuk mengelakkan carta album ini penuh dengan jangkaan yang dapat dijangka iaitu sah - sah album artis terkenal memasuki carta aku, jadi aku buat kelainan, mari semak (tidak mengikutan tururan):

artis : Supercell
judul album : Today Is A Beautiful Day


Album ini mendapat tempat ditelinga untuk mendengar kerana hampir kebanyakkan lagu ini ternyata sedap didengari dan jika anda masih ingat aku pernah menulis review mengenai album ini. Boleh semak : disini

align box view my play count for this album : HERE
artis : John Briggs
judul album : Eleventh Hour


Akibat artis ini mempunyai pengaruh Zero 7 membuatkan aku meletakkan telinga dispeaker dan cuba mendengar pengaruh muzik tersebut didalam album ini . Ternyata pilihan aku tepat sekali dan lagu tema aku apabila memilih album ini menjadi dengaran harian ialah: "Stone Wall". Setelah lama mengkaji secara keseluruhan, pengaruh yang dapat dilihat secara terus ialah gubahan muziknya.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Yuna
judul album : Decorate - EP


Seperti tengok kepada judul album tertera "EP" ternyata ini bukan album penuh tetapi aku ingin juga memasukkan album EP ini didalam senerai carta 2011 aku. Dimana album EP ini merupakan nyanyian penuh Yuna dalam Bahasa Inggeris yang terkandung 4 buah lagu dan kesemuanya memang layan terutama lagu yang mempunyai judul sama dengan album ep ini iaitu "Decorate". Tidak sabar menunggu keluaran album penuh/baru Yuna pada tahun 2012 kelak.

align box view my play count for this album : HERE
artis : JUJU
judul album : YOU


Walaupun aku mengenali JUJU merupakan artis Jazz tetapi mengenai genre album ini kurang sedikit pengaruh Jazz yang dimasukkan. Ini kerana kebanyakkan lagu didalam album ini adalah berunsurkan JBallad (wujud ke untuk genre itu?) dan salah satu lagu dalam album ini telah menjadi OP Song JDrama "Good Life" iaitu lagu berjudul "Mata Ashita"

align box view my play count for this album : HERE

[-/+] Lihat Disini
artis : Bryan Greenberg
judul album : We Don't Have Forever


Tidak banyak sangat aku kenali akan penyanyi underrated ini tetapi yang aku tahu serba sedikit mengenai beliau, adalah seorang pelakon dan kebanyakkan lagu - lagu yang dinyanyikan menjadi lagu latar tv show terkenal. Mengenai album ini pula tidak banyak boleh dikatakan kerana konsep serta muzik album ini mirip album - album Jason Mraz, jadi anda tahu bagaimana lagunya.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Demi Lovato
judul album : Unbroken


Bagi siapa yang mengikuti muzik Demi mungkin boleh dikatakan demi ini seperti Jonas Brothers versi perempuan iaitu berdasarkan 2 album keluaran terdahulu tetapi kini Demi membuat suatu kelainan dengan menjalinkan kolebarisan dengan komposer Dev, Jason Derulo , Timbaland (ketinggalan zaman?) dan sebagainya. Single pertama yang berjudul "Skyscraper" telah menunjukkan kemampuan vocal demi serta keserakkan, kesedapan suara Demi. Malah single kedua adalah berjudul "Give Your Heart a Break".

align box view my play count for this album : HERE
artis : Within Temptation
judul album : Unforgiving


Tidak perlulah aku mencarut panjang mengenai album ini kerana aku telah menulis review ringkas mengenainya. Boleh semak disini

align box view my play count for this album : HERE
artis : Björk
judul album : Biophilia


Antara album yang "apa jadah" yang aku pernah dengar, keseluruhan muzik didalam album ini memang menarik/ unik/ serabut dan seterusnya ditambah dengan beberapa patah perkataan yang aku fikir "apa ini?, apa itu?". Kesimpulannya album ini unik dan sedap didengar dan memerlukan special headphone/ speaker untuk mendengar kesemua instrument yang dimainkan didalam sesebuah lagu.

Jumlah mainan agak kurang kerana mengelakkan sakit kepala

align box view my play count for this album : HERE
artis : Beyoncé
judul album : 4


Sah - sah album ini memasuki carta aku dan sewaktu pengeluaran album ini aku juga ada membuat review pendek mengenainya, boleh semak disini

align box view my play count for this album : HERE
artis : Adele
judul album : 21


Agak janggal bagi aku kalau tidak memasukkan album ini didalam senarai, kerana album ini berjaya menduduki tangga pertama disetiap carta muzik; best albums of 2011. Malah ditambah dengan penjualan album seluruh dunia sudah mencecah 14 juta dan diikuti hit single serta single nombor 1 yang berterusan membuat album ini berjaya dan terus berjaya. Apapun "Turning Tables" masih menjadi kesukaan.

align box view my play count for this album : HERE
artis : Lady Antebellum
judul album : Own The Night


Album ketiga daripadaa trio ini dan mengenai album ini aku tidak boleh mengatakan satu - satu lagu menjadi kesukkaan aku kerana hampir keselurahan lagu didalam album ini menjadi kegemaran aku.

align box view my play count for this album : HERE
Jadi itu dia Top 11 aku, tidak mampu nak bikin sampai top 20 kerana tahun ini aku agak kurang melayan album dan lebih gemar melayan single sahaja dan mungkin carta tahun akan datang aku perlu membuat carta single sahaja kot D:

dan juga mungkin anda tahu aku ada review album lain tapi tak masuk carta 2011, ini kerana aku malas, sila semak sendiri yang lain hahaha (ada masa tambah, sebab 2011 pun tak habis lagi)