*Review ini dibuat secara 100% keatas versi anime SOA sahaja dan sekaligus tidak dipengaruhi oleh penceritaan di siri manga-nya.
Title: ソードアート・オンライン
Title (romaji): Sword Art Online
Genre: Action, Adventure, Fantasy, Game, Romance, Shounen
Episodes: 25
Berlatarbelakangkan pada tahun sekitar 2022, dimana bumi ketika itu masih lagi tidak mempunyai kereta terbang tetapi teknologi dalam bidang permainan video sudah pun berkembang pesat. Dimana pengembaraan didalam siri anime ini adalah berlaku dalam versi Virtual Reality (VRMMORPG) dimana versi permainan virtual ini masih lagi tidak wujud pada ketika ini. Untuk pengetahuan kalian lagi; bagi memasuki dunia virtual realiti permainan ini, pemain perlu memasang topi keledar khas dan menyambungkannya kepada talian internet.
Siri ini diterajui oleh seorang remaja lelaki sekolah tinggi iaitu Kirito (IGN) yang merupakan salah seorang be-ta player SOA dan didunia realiti pula, beliau merupakan seorang yang celik IT.
Plot penceritaan pada permulaan episode siri anime ini agak curam menuju kebahagian kemuncak iaitu pada episode berkenaan telah diceritakan mengenai masalah rumit yang bakal dihadapi oleh kesemua pemain Sword Art Online; dimana mereka tidak boleh log keluar daripada permainan terbabit. Disamping itu, mereka juga telah dikejutkan lagi dengan maklumkan dari pembangun/Game Master permainan ini iaitu; sekiranya avatar-ingame mereka mati (HP == 0) maka diri mereka didunia realiti juga turut akan mati. Maklum lain juga mengatakan bahawa mereka tidak boleh menanggalkan topi keledar Nerve Gear kerana apabila ianya ditanggalkan ianya akan menghantar signal seperti mircrowave yang akan memusnahkan otak.
Tetapi sekiranya mereka ingin "keluar" dari permainan terbabit, Game Master menyediakan "Event" besar - besaran, dimana sebahagian kumpulan atau kesemua pemain perlu menyudahkan permainan berkenan (clear-dungeon) dengan menumpaskan kesemua boss yang berada disetiap aras dan seterusnya menumpaskan final boss di aras 100. Syarat yang dikenakan ini amat rumit kerana rata- rata pemain belum pernah menyudahkan aras yang lebih tinggi.
Kirito dan Asuna bertempur bersama
Pengenalan yang diberikan diatas sudah mencukupi rasanya kerana aku ingin bergerakan ke perkara atau konflik yang timbul didalam permainan ini.
Dalam mengamati kehidupan Kirito yang berusaha keras didalam dunia SOA seperti menyertai party dalam menumpas boss atau menolong pemain lain dalam menyelesaikan misi, dapat dilihat juga akan konflik yang diketengahkan didalam siri anime ini dimana konflik terabit adalah MIRIP dengan apa yang betul berlaku didalam permainan MMORPG itu sendiri. Antara yang paling ketara kesamaannya adalah konflik yang berlaku dalam guild, party (pengkhianatan/penipuan dsb).
Seterusnya perkara lain yang aku perasan
- Jika diamati tempoh masa dalam penceritaan siri anime ini adalah begitu lama, dimana tempoh masa Kirito terperangkap dalam pemain video ini adalah sepanjang dua tahun. Dan dalam tempoh terbabit, penceritaan dalam disiri anime ini hanya memaparkan perkara - perkara atau hari - hari yang penting bagi Kirito sahaja.
- Di setiap aras Dungeon iaitu dari aras 1 sehingga aras 100 ianya mempunyai bandar yang berbeza iaitu dibezakan dari segi tema/fungsi bandar dan seterusnya konsep/race/rupa yang berbeza juga keatas raksasa boss yang perlu ditumpaskan untuk bergerak dari satu aras ke atas yang tertinggi .
- Malah dapat dilihat permainan Sword Art Online ini mempunyai banyak sistem yang diimplementasikan antaranya Leveling System, Unlimited number of skill, Non-Job-System, Guild System, Marriage System, Cooking System, Renting House, PK System, Weapon Forging System dan sebagainya yang mungkin aku tak perasan. Akibat permainan ini dinamakan SWORD, maka kelas - kelas magik/support tidak kelihatan.
- Penceritaan siri anime ini bukanlah dari sudut pandang Kirito (seperti point-of-view Counter Strike) tetapi penceritaan disampaikan dari sudut pandang orang ketiga (mungkin jadi hantu/penonton/game-master)
Secara keseluruhan anime ini berbeza dengan anime lain yang menampilkan MMORPG sebagai jalan cerita. Walaupun masih lagi mengitar semula kisah cerota terperangkap dalam permainan video sebagai permulaan kisah tetapi jalan cerita yang diketengahan pada berikutnya ianya boleh dikaitkan dengan pemain video online itu sendiri. Jadi ianya seperti menonton kisah diri sendiri dalam siri pegembaraan anime ini.
- Sekian.