Bertemu lagi kita diruangan tokusatsu, dimana entri kali ini adalah khusus untuk siri Kamen Rider Fourze yang baru sahaja tamat siri episodenya iaitu pada episode 48.
Ryusei ahli baru Kamen Rider Club
Seperti yang sedia maklum aku tidak begitu "ghairah" dalam menulis tentang siri fourze berbanding dengan siri gokaiger, tetapi adalah serba sedikit entri tentang wira Kamen Rider 2011 ini. Sila rujuk entri yang lepas sebelum aku mula "mencarut" panjang.
Permulaan - http://06lives.blogspot.com/2011/09/fourze.htmlAkibat aku tidak menulis entri edisi pertengahan siri Kamen Rider Fourze ini jadi kini aku menyatukannya didalam satu entri yang mengandungi edisi pertengahan siri sehingga penamat siri ini. Baiklah kita mulakan; Tersediamaklum siri mendapat tempatlah juga selepas ada sesetengah golongan yang mengatakan siri ini akan flop dek kerana mengata siri OOO adalah lebih epik (itu aku tidak boleh komen dengan jelas kerana aku masih lagi tidak menonton OOO). Baiklah berbalik dengan Fourze dengan konsep penceritaan yang latarbelakang suasana persekolahan, siri ini membarisan jumlah pelakon yang lebih ramai dan setiap dari mereka mempunyai perwatakkan yang berbeza dan secara tidak langsung membuatkan siri ini menarik/jengkel untuk ditonton. Malah siri ini diserikan lagi dengan kemunculan seorang lagi watak misteri dipertenganhan siri episode yang membawa peranan Kamen Rider Meteor yang muncul pada episode 16.
Movie 01 - http://06lives.blogspot.com/2012/07/riders.html
Kamen Rider Meteor
Baiklah, kini aku ingin menghurai akan bagaimana proses jalan cerita diuruskan. Tetapi sebelum itu; bagi puak penjahat dalam siri ini, iaitu dari permulaan siri episode sehingga suku pertengahan siri diceritakan akan kemunculan penjahat Minor Zodiarts yang diaktifkan oleh pelajar sekolah ini sendiri dan bila menjangkau pertengahan siri hingga penamat dimunculkan pula akan kesemua 12 Zodiarts (Horoskop).
Didalam pertarungan mereka dengan para penjahat durjana tersebut, ianya diperkuatkan dengan kemunculan switch baru dan kemudiannya muncul state baru Fourze dan Meteor yang pelbagai. Disamping itu, diselitkan juga jalan cerita yang membabitkan musibah/ kemalangan/sejarah silam bagi setiap ahli kelab Kamen Rider atau mahupun serba sedikit mengenai pelajar sekolah AGHS sendiri. Tetapi kisah yang dimisterikan sehingga penamat siri adalah tentang Kengo dan kemalangan yang meragut nyawa ayahnya serta siapakah dalang disebalik semua masalah yang muncul disekolah mereka. Disamping itu diselitkan penceritaan misteri bagi kemunculan wira Kamen Rider Meteor yang pada mulanya indentitinya tidak diketahui Gentarou dan rakan - rakan.
Baiklah seperti yang anda nantikan, ini komen aku bagi pertengahan hingga suku penamat siri fourze :-
- Skop cerita agak kecil dimana hampir seluruhan bencana berlaku di kawasan sekolah AGHS dan agak - agaklah para penjahat sekalian juga adalah perkerja sekolah dan para mangsa pula, terdiri daripada para pelajar sekolah ini sendiri.
- Costume Fourze state biasa (putih) boleh diterima lagi, tetapi apabila masuk ke state lain ianya menjadi merapu dan buruk.
- Manakala costume/suit untuk Meteor adalah LEBIH tertarik bagi aku tetapi apabila masuk ke state Meteor Storm, ianya nampak LEBIH huduh sekali.
- Kegunaan Astro switches No 1 - 40 yang mempunyai pelbagai senjata atau serangan hanya
kerap digunakan pada permulaan siri sehingga pertengahan episode sahaja dan
selepas itu ternyata lebih mudah terus ke state Cosmic yang mengambungkan semua switches.
.
kesemua 40
Astroswitches - State Supernova bagi para Zodiarts hanya diaplikasikan untuk sesetengah zodiak sahaja. Jadi ini kurang menarik.
- Sampai kesudah Gentarou dan Ryusei kekal dengan uniform "unik" mereka walaupun ada satu - dua episode memaparkan Gentarou memakai uniform sekolah AGHS tetapi tidak bagi Ryusei.
- Siapalah punya idea untuk serangan permainan gasing bagi Meteor Storm.
- Sepanjang menonton siri ini, aku suka melihat persahabatan diantara mereka dan tidak lupa akan Gentarou yang gigih nak buat kawan baru.
- Kisah "percintaan" Ryusei x Tomoko tergantung, dimana dipenghujung beberapa siri episode baru diselitkan kisah mereka berdua.
- Pihak post-production begitu rajin mengemaskini video opening Fourze, dimana jika terdapat switch terbaru mahupun State Fourze, lalu minggu hadapan terus diselitkan.
Seterusnya bagi mengulas 2 episode terakhir siri fourze, dimana episode tersebut banyak diselubungi perasaan sedih dan boleh dikatakan agak tidak dijangka akan apa yang berlaku kepada Sagittarius. Malah secara automatik terjawablah segala persoalan yang diselebungi di permulaan siri ini. Tetapi, terdapat kisah tergantung perihal mereka yang dihantar ke Dark Nebula "palsu" dan dinyatakan mereka telah diberi tidur. Jadi kini tiada siapa yang tahu akan apa yang terjadi dengan mereka.
Sebelum terlupa siri Kamen Rider Fouze ada membuat siri crossover pendek, 4 episode dengan siri animasi Shin Chan, dimana ianya bertujuan untuk mempromosi movie masing - masing pada masa itu. Malah para pelakon Kamen Rider Fourze ada membuat satu game show yang berkonsepkan aktiviti kelab Kamen Rider selepas sekolah dengan matlamat untuk memperkenalkan semula Kamen Rider yang lalu.
Benda yang paling terakhir mengenai Fourze adalah movie summer yang dijadualkan akan ditayangkan dalam tahun ini juga dan tersedia maklum francais Kamen Rider sudah pun bersambung dengan Kamen Rider Wizard, jadi nantikan sahaja review dari aku bagi episode permulaan siri berkenaan.
Secara keseluruhan siri ini menarik untuk diikuti tapi komen yang aku senaraikan itu hanya perkara kecil sahaja dan kebanyakkan aku menghuraikanya atas angin sahaja, ini bagi mengelak aku ter-spoiler-kan (dari segi kisah sebenar penceritaan kebanyakkanya).
- Sekian