Siapa yang tidak menantikan filem animasi dari studio ghibli, kan? dimana studio ini banyak menghasilkan filem animasi yang menarik dan antara yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman ialah "Spirited Away".
The Secret World of Arrietty
Filem ini telah ditayangan di jepun pada tahun 2010 lagi dan berjaya mengumpul 126 juta dengan bajet filem hanya 23 juta sahaja. Ini adalah rendah kutipannya berbanding filem "Ponyo" (2008) yang berjaya mengutip 201 juta. Baiklah kali ini aku berkesempatan menonton filem animasi studio Ghibli yang terbaru iaitu "The Secret World of Arrietty" dimana filem ini menceritakan kisah Arrietty dan penghidupan orang keci, peminjam muda yang tinggal di bawah lantai rumah "manusia normal". Sebelum terlupa, untuk makluman; filem ini merupakan adaptasi dari novel "The Borrowers" yang ditulis oleh Mary Norton.
Arrietty teruja untuk "meminjam" kali pertama
Pada permulaan filem ini, ia membawa penonton untuk mendekati dunia kecil Arrietty yang tinggal bersama keluarganya dan bagi untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya, mereka perlu "meminjam" (istilah baik sikit dari mencuri) dari kaum manusia dan operasi meminjam selalunya dilakukan pada waktu malam apabila manusia sudah nyeyak tidur. Akan tetapi kewujudkan kaum kecil ini perlu dirahsiakan dari manusia agar keselematan mereka terjamin. Untuk pengetahuan, proses meminjam hanya ditunjukkan sekali sahja dalam filem ini iaitu pada permulaan dan seterusnya tertumpu kepada kisah Arrietty sendiri dan kisah Sho yang menghidapi masalah penyakit jantung sejak dari kecil lagi.
Disini aku tidak perlulah menulis dengan lebih panjang kerana pengenalan yang aku berikan itu telah menrangkumi 80% jalan ceritanya dan seperti dalam filem animasi studio Ghibili yang lain sebelum ini, aspek - aspek pemandangan, persekitaran kehidupan watak, & kesedapan makaan telah memanjang cerita ini. Bagi aku filem ini merupakan filem yang lemah dari studio Ghibli kerana aku mengharapakan kisah cerita yang lebih menarik. Ini kerana kisah mengenai orang "kecil" ini sudah terlalu banyak dan kebanyakkannya hampir sama dari segi jalan ceritanya ceritanya. Walau-apa-pun, Studio Ghibli berjaya membikin filem edisi orang "kecil" nya sendiri, syabas disitu.
Sebelum mengakhiri, filem ini masih belum memasuki pasaran Amerika lagi kerana filem ini akan diedarkan oleh Walt Disney dan dijadualkan akan ditayangkan pada 17 Feb 2012.
- Sekian.