Wednesday, September 21, 2011

Fourze

UCHU KITAAAAA!!!!!!!!!


Haa mengenai super hero lagi nampaknya #keskeskes tetapi super hero kali ini bukan dari spesis hero yang berbaju warna warni pelangi tetapi warnanya tidaklah meriah sangat, iaitu Kamen Rider Fourze. Untuk pengetahuan anda ini merupakan siri Kamen Rider yang ke-40 jika tidak silap aku dan ini juga merupakan kali pertama bagi aku untuk menonton siri wira Kamen Rider.

Tema/Penceritaan untuk siri Kamen Rider ini adalah mengenai angkasa lepas, angkasawan dan sewaktu denganya dan ini dapat dlilihat secara terus akan rekabentuk topi keledar bagi wira Kamen Rider Fourze ini; adalah mirip berbentuk rupa Roket dan ini membuatkan aku teringat akan cerita/filem mahluk asing orang putih yang berjudul "ConeHeads" iaitu alien yang memiliki kepala berbentuk Kon. Malah bagi alatan pertempuran yang diakses dari switch juga berkonsepkan ciri - ciri angkasa lepas (tidaklah semua).

Kamen Rider 2011

Mengenai siri ini pula, kuasa pertukaran wira Fourze dimiliki oleh pelajar baru sekolah tinggi jepun iaitu Gentarou Kisaragi yang dilakonkan oleh Sota Fukushi. Dimana wataknya ditampilkan mempunyai gaya seperti pelajar gokusen/crows zero tetapi yang sebaliknya beliau suka berkawan dan buat kawan. Malah keunikan watak Gentarou ini ditambah dengan keunggulan gaya rambutnya yang seakan - akan pelakon filem muzikal klasik "Grease". Disamping itu, wujud juga watak rakan - rakan sekolah lain yang membantu Gentarou untuk mengenali/mempelajari Fourze dengan lebih lanjut dan tidak lupa pada "antagonis sementara" iatu pelajar - pelajar AGHS.



Jalan cerita tertumpu usaha Kengo Utahoshi dalam meneruskan usaha ayahnya yang berkerja sebagai seorang ahli saintis dalam membangunkan astro switch selepas stesen angkasa ayahnya telah dimusnahkan dan akibat badan Kengo terlalu lemah untuk menjadi Fourze, beliau telah memberikan "tali pinggang Fourze" kepada Gentarou untuk membantunya dan Gentarou juga turut sudi membantu beliau. Disamping itu, pasukan ini turut dibantu oleh watak Yuki Jojima; iaitu rakan sejak kecil Gentarou dimana telah terlebih awal turut serta dalam misi "rahsia" ini bersama Kengo. Menerangkan perwatakkan Yuki ini, beliau memang meminati dunia angkasawan sejak dari kecil lagi. Baiklah bagi penglibatan rakan - rakan lain pula, berkemungkinan akan sertai "kelab" ini selepas Gentarou berjaya menakluki hati mereka semua untuk menjadi rakan diepisode - episode kehadapan. Seterusnya mengenai antagonis sebenar siri ini berkemungkinan rakan ayah Kengo yang khianat (aku jangkakan), dimana setakat ini tidak lagi mendedahkan tujuan serangan yang dilakukan dikawasan sekolah dan kenapa para pelajar menjadi sasaran jahat mereka. Malah antagonis tersebut juga mempunyai konsep Switch yang sama seperti ciptaan Kengo tetapi berlainan fungsinya iaitu digunakan untuk menukar manusia biasa ke mahluk penjahat.

Kenantian yang diwujudkan untuk para penonton supaya kekal menonton siri ini sudah tentu mengenai jalan ceritanya dan disampingkan itu juga untuk menantikan apakah 40 kuasa Astro Swtich yang pelbagai guna untuk digunakan dalam pertempuran menumpaskan musuh. Tetapi agak janggal bagi aku apabila melihat rupa bentuk switch berkenaan seperti reka bentuk Ink Cartridge sahaja, malah cara pengaktifannya juga sama seperti meletakkan ubat dakwat kedalam printer #keskeskes. Sebut pula mengenai pertempuran, setakat ini latarbelakang medan pertempuran banyak menunjukkan berlaku diwaktu dan dikawasan sekolah sahaja.

switch yang dilabel dengan nombor mempunyai fungsi/kuasa tersendiri


Buat masa ini, siri ini baru menjangkau episode yang ke-3 dan aku sahaja tunggu sampai episode sekarang untuk memudahkan aku menulis dengan penuh kefahaman. Siri ini juga mungkin menjangkau hingga puluh - puluhan episode dan seperti biasa tempat muat turun siri ini sama seperti memuat turun siri super sentai gokaiger yang aku menonton kini, iaitu dilaman fans-sub http://over-ti.me/ (aku masih tak jumpa tempat streaming lagi) sebelum mengakhiri mari kita mendengar lagu OP siri Kamen Rider Fourze ini yang berjudul "Switch ON!":-

can't see embed audio? click here

makluman: review pendek bagi tontonan setiap minggu siri Kamen Rider Fourze kini dikemasnaik di laman sosial twitter; #KamenRiderFourze

- Sekian

GIF Credit - to teh owner

Monday, September 5, 2011

Tribute

Siri super sentai Jetman menjadi wira aku sejak kecil lagi dimana setiap kali balik dari sekolah petang aku akan tonton versi yang dirakam oleh ayah aku menggunakan tape rakaman video. Tetapi kini tape rakaman video tersebut entah hilang kemana tapi didalam otak aku hingga kini masih lagi ingat akan setiap jalan ceritanya. Ini kerana bagi aku Jetman adalah siri super sentai yang paling hebat dan terbaik kerana jalan ceritanya yang paling kemas dan teratur serta menarik malah kukuh berbanding kesemua super sentai yang wujud.


Secara lazimnya sebelum ini, aku mengupdatekan mengenai siri super sentai Gokaiger yang ditonton setiap minggu hanya dilaman sosial Twitter (tag: #gokaiger) sahaja tetapi khas untuk episode ke 28 ini aku menambah jumlah posting disini.

Akhirnya tiba pula giliran episode tribute untuk Chōjin Sentai Jetman didalam siri Gokaiger dan secara bertuahnya episode tribute untuk Jetman ini dibintangi oleh bintang asal Jetman sendiri iaitu berperanan untuk melakonkan watak wira Jetman yang kembali dimasa kini. Setahu aku, ini merupakan penampilan pelakon asal yang seterusnya muncul dalam episode tribute gokaiger dan diharapkan pengambilan pelakon asal dapat dikekalkan; barulah seronok untuk menonton (dikatakan movie gokaiger kelak akan dibintangi pelakon asal siri super sentai yang pertama). Baiklah pelakon asal Jetman yang diperkatakan itu ialah Toshihide Wakamatsu, iaitu yang melakonkan watak Gai Yuki (Black Condor).


Cross Changer!!

Kemunculan watak Gai semestinya bersebab, dimana "tugas" beliau adalah untuk memberi peransang kepada wira merah yang tiba - tiba menjadi lemah semangat (tetiba pula kan) apabila berhadapan dengan musuh lama beliau (musuh dia dari Star Wars kot) dan tugas/misi gokaiger seperti biasa iaitu untuk memperolehi "ultimate power" Jetman pula. Seperti episode tribute sebelum ini, ditunjukkan setiap kisah akan melibatkan salah seorang wira gokaiger dalam setiap satu episode tribute dan pada kali ini pula kisah tertumpu kepada wira merah gokaiger dan wira hitam Jetman. Sepatutnya bagi aku, kisah ini tertumpu kepada wira sama warna (walaupun tiada yang sama dalam jetman dan gokaiger) dan jika itu berlaku berkemungkinan kisahnya tertumpu kepada wira hijau gokaiger dan wira hitam Jetman, dimana watak doc/don/hakase memang lebih penakut dan perlu beri dorongan.

Episode kali ini juga menjawab semua teka teki akan apa yang berlaku kepada Gai dipenghujung episode Jetman yang ditayangkan perpuluh tahun lalu, dimana kisah penamat episode Jetman sememangnya tergantung tentang pada yang berlaku terhadap Gai sebenarnya dimana sebelum itu Gai ditikam oleh peragut ketika cuba monolong seorang gadis malang dan selepas itu, penonton terkontang - kanting menonton samaada beliau mati diatas kerusi begitu sahaja atau sempat dibawa ke rumah sakit.

Gai menahan "kesakitkan" dihari perkhawinan Ryu dan Kaori

Apa yang menarik untuk episode tribute kali ini ialah dapat dilihat Pasukan Jetman bertempur menggunakan sayap mereka dan berterbangan dilangit biru dalam tempoh yang agak lama dan ini membuatkan pertarungan sedemikan nampak lebih hebat. Sediamaklum pertarungan sebegini jarang sekali atau tidak dilihat didalam siri super sentai Jetman yang terdahulu (dulu tiada teknologi macam sekarang).

Black Condor

Haa, sebelum terkupa perkara penting yang ingin dikatakan mengenai episode tribute sebegini;
  1. Episode tribute yang bakal berlanjutan ini akan mengetepikan kisah setiap watak - watak gokaiger. Tribute - tribute juga, sila utamakan kisah setiap watak Gokaiger terlebih dahulu seperti kisah Silam Doc, kisah keluarga Gai dibumi dan kisah Ahim yang merupakan puteri raja.
  2. Baiklah apa yang ralat mengenai episode tribute sebegini pula ialah kehilangan wira ke-enam atau kurang ditonjolkan iaitu Ikari Gai; GokaiSilver, Gokaiger. Dimana yang sedia maklum, didalam siri super sentai yang pertama sehinggalah Jetman, tiadanya barisan wira keenam dan ketika munculnya "Kyōryū Sentai Zyuranger" barulah membariskan wira ke-enam ini iaitu wira berwarna hijau. Ini membuatkan episode tribute sebegini menjadikan watak Ikari Gai didalam siri Gokaiger seperti pembimbimg dalam mengenali setiap super sentai yang terdahulu sahaja.. hmmmm
Baiklah tunggu episode tribute untuk Flashman, Maskman (itu sahaja super sentai terbitan terdahulu yang aku kenal)

-Sekian

GIF Credit - to teh owner

Friday, September 2, 2011

Important Things

wah panjang tajuk jdrama kali ini, "Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta"

Title: 大切なことはすべて君が教えてくれた
Title (English): I Learned All the Important Things from You
Genre: Romance, school
Episodes: 10
Seperti yang diperkatakan sebelum ini aku mencuba menonton jdrama genre lain iaitu selain daripada jdrama bergenre lawak sahaja; ubah haluan sekali sekala. Baiklah pada kali ini aku cuba menonton jdrama bergenrekan romantik (erkkk) dan tarikan utama untuk menonton siri drama ini adalah kerana pelakon wanita utama jdrama ini iaitu Toda Erika (Death Note 1,2).

Jalan cerita jdrama ini sungguh pantas dibahagian ekposisi (permulaan) dimana ianya terus memaparkan kemunculan orang ketiga yang akan merumitkan perhubungan cinta dua pasangan yang bercinta, yakni tanpa menunjukkan bagaimana proses bercinta watak utama. Selepas itu jalan cerita drama ini bergerak agak perlahan sedikit iaitu dari episode 1 hingga 5, dimana jalan cerita lebih menumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh pelakon watak utama lelaki (Shuji) dalam menyimpan perkara yang akan mengecewakan tunangnya (Natsumi). Malah diselitkan juga beberapa element suspen dalam perkembangan jalan cerita dari episode 1 - 5 iaitu bagaimana orang ketiga (Hikari) itu cuba memutuskan perhubungan cinta pasangan watak utama drama ini. (sewajarkan tambah genre disitu). Lepas memasuki episode 6 timbul pula masalah lain iaitu terbongkarnya mengenai "kecacatan" Hikari dan dalam masa yang sama, ianya menjawab segala misteri yang menjadi tanda tanya pada episode sebelumnya. Setelah segala misteri terrungkai, timbul pula akan keraguan Shuji akan cintanya terhadap Natsumi sehingga terpaksa membatalkan perkhawinan yang telah lama dirancang tetapi perkara ini tidak disetujui oleh Natsumi yang amat mencintai Shuji. Episode seterusnya begitu bosan bagi aku dimana menonton watak lelaki bodoh yang tidak membalas cinta Natsumi yang lawa (tapi Hikari pun lawa) :-


watak Hikari yang dilakonan oleh Takei Emi

Sementara itu, pada episode 7 dan keatas, dapat dilihat watak Natsumi menarik diri dari cinta 3 segi ini dan menumpukan pada perkara "lain". Lalu kisah penceritaan bergerak 3~5 bulan kehadapan dan dapat dilihat watak Shuji banyak meluangkan masa bersama Hikari kerana ingin membantu masalah yang dihadapinya(bantulah sangat), namun perasaan cinta Shuji terhadap Hikari masih lagi menjadi tanda tanya sehinggalah suku episode penghabisan. Hmm itu sahaja main plot yang aku rasa wajar dikongsi, yang lain pergi tengok.

Baiklah, apa yang pelik mengenai drama ini, aku dapat lihat dua orang cikgu bercinta didalam sekolah yang sama (Shuji & Natsumi) dan jika ditengokkan dalam drama - drama jepun yang lain adalah dilarang cikgu dan cikgu bercinta didalam sekolah yang sama. Bermungkinan ini peraturan sesetengah sekolah swasta sahaja dan berkemungkinan bukanya datang dari kementerian pengajian jepun. Sepekara lagi dapat dilihat juga bagaimana penerimaan cikgu - cikgu lain dan para pelajar sekiranya ada cikgu yang terbabit dengan masalah displin iaitu begitu amat tragis sekali.

Sepanjang menonton jdrama ini, kedenganran banyak lagu P!nk dipasang sebagai lagu latar tetapi alangkah malangnya dimana kebanyakkan lagu terbabit tidak sesuai dengan suasana dan emosi sesuatu babak (lirik lagu terutamanya), sebagai contoh:-
"Dead Mr. President" - Babak sedih
"Stupid Girl" - Lagu tema kemunculan hikari (dia tak bodoh)
dan selepas beberapa episode menonton, rupanya tujuan memainkan lagu p!nk adalah untuk mempromosikan album Greatest Hits beliau dipasaran Jepun. Baiklah akibat sudah meyentuh mengenai lagu, lagu ending/penutup untuk jdrama ini adalah didendangkan oleh Porno Graffitti dengan tajuk lagunya EXIT, sila dengar dibawah (TV Size) :-

can't see embed audio? click here

Kesimpulanya, cerita inilah yang sebenarnya "Born This Way" iaitu memaparkan kisah penderitaan Hikari dalam cubaan mencintai dan dicintai seseorang. Sebelum mengakhiri, kita lihat semula pada tajuk drama ini, " I Learned All the Important Things from You". Hmm siapa yang "Learned All the Important Things?" sudah tentu watak utama lelaki (Shuji) dan "from you?" berkemungkinan bagi aku adalah dari watak Hikari.

Hmmm, begitu rumit kisah cinta -cinta ini, apapun cabaran sudah disahut dan genre apa pula lepas ini? sila nantikan

- Sekian

kredit - dramawiki