Saturday, August 13, 2011

The Throne


Watch the Throne
by Jay-Z & Kanye West

align box playcount | info album : sini




Album ini merupakan album kolaberasi penuh Kanye West dan Jay-Z. Pada perancangan awal "Watch the Throne" merupakan album EP yang mengandungi 5 lagu kolaberasi baru tetapi diubah kepada album penuh (LP). Kedua - dua iaitu cover album dan 'artwork' adalah hasil pereka Itali, Riccardo Tisci. Untuk maklumat album ini telah pun dipasarkan pada 8 Ogos yang lalu tanpa bocoran (leaked) di internet.

Album dipasarkan dalam dua edisi; pertama edisi biasa (standart) 12 buah lagu baru dan bagi edisi mewah (deluxe) pula, ditambah 4 lagu baru. Kebanyakkan lagu didalam album ini adalah diterbitkan oleh kanye sendiri dan seperti biasa penghasilan untuk satu lagu sahaja, kanye telah berkerjasama dengan ramai komposer - komposer lain dimana mungkin memecah sampai 20 orang untuk satu lagu (sila rujuk album kredit untuk album kanye west yang lepas). Sepanjang lamanya album ini dipasarkan, ia telah berjaya menduduki tangga #1 di 23 buah negara (berdasarkan penjualan album digital) dan dianggarkan penjualan album untuk minggu pertama mencecah lebih 500 ribu.

Mari semak senarai lagu
Tracklist

# Title (E)
01. No Church in the Wild (ft. Frank Ocean)
02. Lift Off (ft. Beyoncé)
03. *****s in Paris
04. Otis (ft. Otis Redding)
05. Gotta Have It
06. New Day
07. Prime Time
08. Who Gon Stop Me
09. Murder to Excellence
10. Welcome to the Jungle
11. Made In America (ft. Frank Ocean)
12. Why I Love You (ft. Mr Hudson)

[-/+] Deluxe Version
13. Illest Motherf*cker Alive
14. H•A•M
15. That's My B*tch
16. The Joy (ft. Curtis Mayfield)

* bold - 10/10
Pada awal tahun 2011, lagu H•A•M telah pun dikeluarkan ke pasaran digital tetapi lagu ini bukan single pertama bagi album ini tetapi hanyalah untuk promo single sahaja, dan sungguh memberangsangkan apabila telah berjaya menduduki tangga #23 pada carta Billboard Hot 100. Perihal lain mengenai album ini; album ini turut didatangi "geng - geng" mereka sendiri untuk kolaberasi dalam lagu mahupun pembikinan lagu antaranya ialah Frank Ocean, Beyoncé, Mr. Hudson dan ramai lagi. Malah tidak sah bagi Kanye West untuk mengambil sample dari lagu lain, dengar sahaja lagu single pertama, dimana sebelum album "Watch the Throne" ini dikeluarkan single pertama telah pun diumumkan iaitu "Otis" dan berikut adalah muzik video

can't see embed video? click here

Lagu "Otis" ini berjaya menduduki tangga #12 (debut) dalam carta Billboard Hot 100. Jika dilihat pada muzik video diatas, videonya simple/ringkas dan memaparkan dimana sepasukan pembikin mengubahsuai kereta untuk dijadikan "Bat-mobile" The Throne sendiri. Untuk single kedua album ini, masih lagi belum dikeluarkan kenyatan rasmi tetapi berkemungkinan "Lift Off".

sebelum mengakhiri :-
"I love you so
But why I love you, I'll never know"
-Sekian

Saturday, August 6, 2011

Marumo

Haa agak lama rasanya tidak menulis, rindu pula kan dan akibat daripada itu rasanya nak menulis dengan kadar yang panjang, boleh?

Baiklah akibat rezeki akaun premium yang diberi, lalu aku berjaya memuat-turun jdrama baru yang ditayangkan pada musim bunga lalu, tahun 2011. Dimana judulnya ialah : Marumo no Okite atau dalam bahasa melayu yang diberi nama "Peraturan Marumo"

Title: Marumo no Okite (マルモのおきて)
Episodes: 11
Genre: Family
Ini sebenarnya kali pertama agaknya aku menonton Jdrama bertemakan kekeluargaan, ini kerana sudah terlalu banyak drama - drama bertemakan jenayah, penyiasatan dan mesteri untuk tahun ini lalu aku perlu beralih arah.

Baiklah mengenai jalan cerita drama ini, ianya simple/ringkas tidak memening kepala dimana menceritakan kisah watak Takagi Mamoru yang dilakonkan oleh Abe Sadao; berkerja di sebuah syarikat pembuat alatan tulis dalam menjaga dua orang budak kembar yang kematian ibu bapa. Tujuan Marumo menjada dua beradik kembar ini kerana tidak sanggup melihat dua beradik kembar tersebut dipisahkan oleh pak cik dan mak cik mereka. Walaupun jalan cerita mungkin ringkas tetapi mesej yang cuba disampai mungkin besar dimana "Adakah digelarkan keluarga apabila mempunyai pertalian darah sahaja?", hmm lebih kurang begitulah.

Watak kanak - kanak kembar lelaki dan perempuan dipegang oleh Ashida Mana (Kaoru) dan Suzuki Fuku (Tomoki). Disini pujian harus diberi kepada mereka berdua kerana walaupun usia masih rendah tetapi lakonan mereka begitu menarik perhatian sekali terutama pelakon Ashida yang memegang watak sebagai seorang kakak yang matang dalam menjaga adik kembarnya yang manja. Tidak lupa juga akan watak seekor anjing yang jinak didalam drama ini yang diberi nama Mook dan anjing tersebut boleh berkata - kata (agak wtfish juga pada mulanya).

Baik, kita teruskan mengenai kekembangan kisah penceritaan drama ini pula, setiap episode tidak begitu ber-rantai kisahnya dimana setiap satu episode mempunyai kisah - kisah yang berlainan yang cuba ditonjolkan iaitu seperti menceritakan kisah Marumo dalam mengenal erti menjadi seorang bapa/ibu/penjaga dan pada masa yang sama, memahami perasaan dan fikiran budak - budak tersebut. Malah ia menceritakan juga kerisauan kanak - kanak tersebut sekiranya Marumo tidak sanggup lagi menjaga mereka. Tetapi ketika dipenghujung episode drama ini terdapat babak yang begitu menyentuh perasaan dan terdapat perkara yang sangat tidak disangka (alangkah bagus jikalau anda pergi tengok). Haa! sebelum terlupa apa yang dikatakan Okite atau dalam bahasa melayu iaitu "peraturan" dalam tajuk drama ini ialah; peraturan yang ditulis oleh Marumo disetiap penghujung episode dimana untuk dijadikan panduan untuk kanak - kanak ini dalam menjalani hidup mereka bersama sebagai KELUARGA.

Dalam pada itu juga, drama ini memaparkan bagaimana budaya kerja jepun yang begitu mengambil berat tentang aduan pelanggan mereka: ini dapat dilihat ketika Marumo pergi berjumpa dan memohon sangat- sangat maaf kepada pelanggan/pengadu yang membeli pen buatan syarikat mereka tidak mempunyai dakwat sedangkan baru sahaja dibeli (kalau disini sudah tentu beli yang lain). Malah satu teladan lain yang baik didalam siri ini, sekiranya terdengar anjing bercakap atau masalah lain yang sewaktu dengannya, sewajarnya berjumpa dengan pakar untuk berbincang masalah tersebut dan bukannya menjadi trauma tak tentu hala memikirkan hal yang bukan - bukan.

Sepekara lagi yang menarik mengenai drama ini ialah lagu kanak - kanak yang didengarkan pada paparan kredit/penamat drama ini iaitu lagu "Maru Maru Mori Mori! (マル・マル・モリ・モリ!) " dimana lagu ini dinyanyikan oleh pelakon kanak - kanak drama ini sendiri. mari lihat

can't see embed video? click here

Lagu ini tidak terdapat didalam keluaran rasmi runyut bunyi drama Marumo no Okite tetapi dikeluarkan single khas untuk dua kanak - kanak ini. Sedap juga lagu kanak- kanak jepun ini siap disertakan tarian lagi.

[-/+] Lihat Lirik Lagu Disini
Maru maru mori mori minna taberuyo
Maru maru mori mori We’re gonna eat everything
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?
Tsuru tsuru teka teka Will it be clear again tomorrow?
Wasuremon sunnayo (Mook talking)
Don’t’ leave anything behind.
Ookiku nattara osora ni koe ga todoku kana?
When I grow up, will my voice reach the sky?
Itsu ma de demo issho dayo
We’ll always be together.
Maru maru mori mori minna taberuyo
Maru maru mori mori We’re gonna eat everything
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?
Tsuru tsuru teka teka Will it be clear again tomorrow?
Kanashikute naiteita hitori aruku kaerimichi
I was so sad, I walked alone crying on the way home
Konna toki honwaka na
At times like this, the warm and comfortable
Minna ni aitai na
everyone, I want to see
Maru maru mori mori Omajinai dayo
Maru maru mori mori It’s a magical spell
Tsuru tsuru teka teka Nikkori egao
Tsuru tsuru teka teka A sweet smile
Ichi ni no san shi de goma shio-san
1, 2, 3, 4 and goma-shio-san
Takusan dato oishii ne
It tastes good when you eat with many people
Maru maru mori mori Puka puka ofuro
Maru maru mori mori Floating in the bath
Tsuru tsuru pika pika Goshi goshi burashi
Tsuru tsuru pika pika Scrubbing brush
Mina-san gunnai mata ashita
Good night, everyone, see you tomorrow
Asagohan wa nandeshone?
I wonder what’s for breakfast?
Onaka dashite neruna yo (Mook talking)
Cover you tummy when you sleep
Yoku dekimashita (Mook talking)
Good job

dan aku sudah menyahut cabaran dimana tidak sering menonton Jdrama komedi sahaja, baiklah sila tunggu review jdrama yang lain pada masa akan datang pula.

-Sekian

kredit - dramawiki & d-addicts