Friday, April 8, 2011

Unforgiving


The Unforgiving
by Within Temptation

align box playcount | info album : sini




Within Temptation
menampilkan sesuatu yang berbeza untuk album yang kelima ini, tengok sahaja cover album-nya. Pada kali ini konsep album mereka adalah berkonsepkan kepada buku komik yang dikeluarkan khas sempena album ini dimana mempunyai nama yang sama dengan nama album iaitu berjudul "The Unforgiving". Jalan cerita buku komik khas ini ditulis oleh Steven O'Connell (Dark 48, BloodRayne) iaitu setelah mendapat input dari kumpulan ini sendiri dan seterusnya dilukis oleh Romano Molenaar (X-Men, Witchblade, Lady Death).

Aspek penceritaan bagi album ini telah ditetapkan dengan lagu pembukaan pendek yang berjudul "Why Not Me," dimana mengandungi dialog dari karekter Mother Maiden. Malah terdapat juga filem pendek untuk buku komik khas ini supaya mengukuhkan lagi jalan cerita antara lagu dan buku komik dan berikut adalah cerita pendek berkenaan dimana ianya diselitkan dengan lagu single pertama band ini yang berjudul "Faster":

can't see embed video? click here

Seterusnya klip dibawah yang tidak mengandungi lagu dan sebaliknya hanya mengambil tajuk dari single kedua daripada album ini iaitu "Sinéad", dimana jalan ceritanya lebih menceritakan mengenai kisah silam (back story) watak -watak dalam siri komik ini.


can't see embed video? click here

Sebenarnya terdapat 3 episode/siri untuk cerita pendek ini, tetapi buat masa ini hanya tersedia 2 siri sahaja berbanding 3. Jadi bagi yang berminat untuk mengikuti siri seterusnya, anda boleh melayari dan seterusnya "Subscribe" di laman rasmi media youtube mereka : http://www.youtube.com/user/wtofficial

Baiklah selesai konsep album, mari semak senarai lagu dalam album ini
Tracklist

# Title (E)
1. Why Not Me
2. Shot in the Dark
3. In the Middle of the Night
4. Faster
5. Fire and Ice
6. Iron
7. Where Is the Edge
8. Sinéad
9. Lost
10. Murder
11. A Demon's Fate
12. Stairway to the Skies
13. The Last Dance (Bonus)
14. I Don't Wanna (Bonus)
15. Empty Eyes (Bonus)

* bold - 10/10
kredit - laman ini

Saturday, April 2, 2011

S/Punch

Berpeluang untuk menonton Sucker Punch baru - baru ini


Filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama mengarahkan filem 300 dan Watchman. Kalau ditengokkan kepada hasil arahan filemnya sebelum ini, sudah tentu hebat jadi apatah lagi filem ini, lebih - lebih lagi filem ini menampilkan 5 orang para jelitawan memegang senjat api dan pergi berperang. Hmm tanggapan pertama mengenai movie ini bertemakan peperangan melawan mahluk asing meleset sama sekali selepas 20 minit menonton. Baiklah mari semak senarai komen:
  1. Watak Baby Doll memang comel.
  2. Plot dia agak tidak memuaskan (sebab ending) dan memeningkan kerana pada permulaan cerita menunjukan watak Baby Doll dimasukkan ke hospital sakit mental dan kemudiannya bertukar menjadi "Burlesque"?? hmm atau Baby Doll yang kuat berangan??
  3. Apabila Baby Doll memulakan langkah untuk menari bermulalah juga langkah masuk ke dunia peperangan (memang kuat berangan). Pada permulaan agak WTFish juga tapi itulah cara bijak/kreatif pengarah/penulis skrip mengempakkan sesuatu babak. Malah pertempuran tersebut adalah untuk menyempurnakan 5 misi (termasuklah misi didunia realiti). Sekali tengok memang macam permainan video dan teringat pula movie "Scott Pilgrim vs. the World" dimana konsep pertempuran lebih kurang sama: dimana dalam movie SPVSTW watak hero berlawan dengan bekas teman lelaki atau teman wanita perempuan yang diminati. Tapi yang membezakan kedua - dua movie tersebut hanyalah genre pertempuran mereka (Sucker Punch lebih bertemakan Fantasy) dan paparan nilai mata yang dikumpulkan ketika bertempur.
  4. Soundtrack movie ini memang gempak, dimana pada permulaan cerita para penonton disajikan dengan lagu Sweet Dreams (Are Made of This) nyanyian semula oleh Baby Doll sendiri dan diikuti pula dengan lagu Björk "Army of Me" iaitu ketika Baby Doll menerima quest pertama dan terus bertempur. Tidak lupa juga lagu Where Is My Mind? iaitu lagu yang sinonim dengan Fight Club.
  5. Masih tidak berpuas hati dengan kesudahan cerita iaitu apa yang terjadi dengan sebahagian watak utama. Nampaknya tiada harapan untuk sequal movie ini.
  6. Akhir sekali, aku masih tidak faham kenapa pengkritik memberi review "buruk" mengenai movie ini dan tidak tahu juga kenapa movie ini tidak mendapat tempat #1 pada carta box office sebaliknya mendapat tempat #2 (telah tewas kepada Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules).
adakah mengomen movie menjadi rutin blog ini? tak tahu

-Sekian

kredit - comingsoon