Monday, June 21, 2010

mainan

Sudahkah anda menonton "Kisah Mainan 3" atau Toy Story 3 yang sudah keluar dipawagam - pawagam berdekatan anda? kalau belum pergi lah menonton dan jangan la malu kalau ramai kanak - kanak yang masuk, aku selamba bodoh je redah hahaha



Filem animasi ini merupakan filem yang amat dinanti oleh peminat toy story selepas filem terakhir mereka iaitu Toy Story 2 yang ditayangkan pada tahun 1999. Pada kali ini para peminat pengharapkan sesuatu yang diluar fikiran kerana sudah berapa tahun menanti. Jangka masa yang lama mengeluarkan movie ini, bermungkinan pihak penerbit dan penulis ingin mengambarkan bagaimana lamanya keadaan berlalu sehingga watak utama manusia membesar.

Jalan cerita kali ini adalah berbeza berbanding dua filem sebelumnya dimana ketika itu pemilik mainan iaitu Andy masih kecil, dan kini Andy sudah meningkat remaja dan akan pergi ke kolej dan terpaksa membuat keputusan terhadap mainan - mainan lamanya: samaada dibuang atau tidak. Akibat daripada itu Woody dan sebahagian rakan - rakannya yang masih bersama berasa bimbang, iaitu mengenang nasib mereka dan berpakat melakukan sesuatu.

Misi cerita ini adalah sama seperti filem - filem sebelum iaitu "Pulang ke Pangkuan Andy" tetapi kali ini lebih mencabar kerana ingin melepaskan diri daripada "Sunny Side yang Neraka" dimana pada mulanya diangkapnya seperi "Syurga". Dalam pada itu, movie ini memperkenalkan banyak mainan baru yang mungkin pernah menjadi mainan milik anda. Malah karekter antagonis dalam cerita ini adalah lebih kejam dan tidak disangka .Sejurus itu telah memaksa Woody membuat sesuatu bagi menyelamatkan kawan - kawannya. (Misi mereka kalah real movie)

Pada penamat cerita ini, babak sedih yang cuba disampai begitu berkesan, kasihan Andy waaaaa =( tetapi aku rasa boleh buat sambungan (Toy Story 4) kerana kini sudah berpindah tangan dan atas sebab faktor usia pemilik baru, malah atas sebab lain iaitu masih banyak penderitaan mainan - mainan diluar sana, moga - moga diadaptasikan pada movie akan datang

Secara kesimpulan saya mendapat pengajaran "sayangilah mainan anda dan janganlah buang mereka apabila tidak diperlukan tetapi berilah kepada mereka yang memerlukan" terutama yang pandai jaga.

Rating : 10/10